Dania berbuka dengan kawan baik

Dah balik dari hantar ayam bakar kat rumah adik di Cyberjaya, kami baliklah rumah. Tiba rumah jam 5 lebih. Dalam jam 6.15 petang macam tu hantar Dania pulak ke Evo Mall. Mulanya cadang ke IOI City Mall tapi Zalilah takut jam pulak area situ. Lepas tu Zalilah suggest Metro Kajang pulak which saya tak familiar la area situ. Lagi pun kalau namanya Kajang tu memang jam la tempat tu. Akhirnya Evo Mall Bangi. Ok area sini saya familiar. Hehe

Ni ambik gambar kat main lobby. Saya just drop je Dania kat sini. Kena cepat-cepat ambik gambar. Kang datang kereta lain kita kena jalan dah. 


Ummi pesan ambik gambar. Dapat gambar ni kat whatsapp masa saya dah sampai rumah. Eh eh mereka ni kalau keluar mesti ada persamaan warna pakaian. Kali ni tudung masing-masing warna hitam. 

Zalilah ni baru habis paper final. Ambik course Mechanical Engineering kat Unisel (Universiti Selangor). Dulu masa sekolah, masing-masing dilemma la nak teruskan sains ke idak ke sebab sains ni memang perlukan pengorbanan yang lebih. Kebetulan SMK Jalan Empat time tu hanya ada aliran sains tulen. Kalau tak boleh bawak aliran ni kena tukar sekolah. Sekarang ni je baru ada aliran lain kat SMK Jalan Empat tu. 

Tak sangka selepas 5 tahun di bangku sekolah...keduanya ambik course STEM (Science, Technology, Engineering & Mathematics). Teruskan legasi sains ni dari bangku sekolah. 

Oh ya kat muka Zalilah ni ada bentuk heart tu acne patch (patch jerawat). Lepas tu Zalilah kata make up dia pakai yang Dania bagi untuk hadiah hari jadi tu. Punyalah suka katanya. Pandai Zalilah make up. Dania pakai pemerah pipi dan lipstick tak pun pakai lip balm je. Selalunya ke kelas pakai lip balm berwarna je.  


Kawan Dania nama Zalilah ni ajak makan kat A&W tempat Zalilah part time lepas SPM. Dania pun ada mintak sini tapi tak dapat. Dania dapat kerja kat F.O.S. kat IOI City Mall. Rezeki masing-masing kan. 


Ni bila lepas maghrib saya datang nak pick up Dania. Batteri phone tinggal 1% je sebab tak charge. Rupanya Zalilah dan Dania masuk kedai Watsons sebelah A&W ni je. Ambik la gambar selfie bertiga. Tak balik lagi ni sebab saya nak minum dulu kat A&W ni. Mereka jalan2 kedai bundle dalam ni dulu. Biarlah mereka nak bersama-sama pun sebab jarang jumpa pun. Lepas minum, sempat la saya gi beli bedak compact kat dalam Watsons pulak sesambil tunggu Dania dan Zailah.  


Bila nak balik, saya tanya bila nak jumpa Dania lagi?. Set la time tu lepas raya nanti jumpa lagi. 


Hantar Zalilah sampai masuk kereta, barulah kami ke tempat kereta. Level sama je parking pun cuma tempat lain je. Evo Mall ni tak besar mana pun. Opposite Bangi Sentral tu je. Bahagia la Dania dapat jumpa kawan dia....Zalilah....




XOXO,
Ezna

 

10 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Seronok kan tengok anak2 berkawan, berbuka puasa sama2 bila free.

    BalasPadam
  2. Ya betul, kalau ke IOI, mencari jem namanya haha

    BalasPadam
  3. bila dpt berbuka puasa dgn kwn baik mmg sronok..lama nya tk singgah anw

    BalasPadam
  4. Pernah masuk EVO ni sekali je kebetulan masa tu nak support anak buah yg meniaga collector items

    BalasPadam
  5. Both dania and zalilah lawa sangat!
    Area evo tu pun selalu jem musim2 puasa ni, ramai yg suka parking tepi jalan sebab nak ke bangi sentral..

    BalasPadam
  6. sesekali berjumpa bila dah lama x jumpa kan...

    BalasPadam
  7. Anak sekarang pandai pakai make up-nya. Dulu saya di usia yg sama, blm pakai kak 🤣🤣. Baru start makeup saat dah kerja hahahaha

    BalasPadam
  8. alhamdulillah, rezeki dania dpt kwn yg baik2 :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.