Bunga ros jepun, meow dan Sir MC Plus

Masa nak menghantar kasut konvokesyen tu, berdekatan dengan Bangunan Canselori tu, bunga ros jepun tengah mekar. Kena la ambik gambar sebab cantik. 


Ada pelbagai warna nampaknya seperti merah jambu, jingga dan kuning. 


Ni pula warna merah jambu. Ada juga nampak kudup yang belum kembang mekar. 


Nampak juga Oyen ni....nampak ok je. Selalu Oyen kan naughty. 


Nampak juga banner ni. Dania kenal sangat muka kat banner ni. Tak lain tak bukan Sir Faizul yang Dania pernah la kelas online dengan Sir Faizul masa join MCPlus tuition online tu. Masa tu Dania ambil tuition online ni masa nak SPM dulu. Sir Faizul ajar Dania Bahasa Melayu. 

Bila google Sir Faizul ni atau namanya Dr. Muhammad Faizul Abd Hamid sekarang ni lecturer kat Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM di Jabatan Bahasa Melayu. Dania kata dulu lepas MCPlus, Sir Faizul masuk pulak tuition center PTTI. 

Sekarang ni kat UPM pula....patut la UPM promote Dr. Faizul ni sebab PHD pun kat UPM ni. 


Cerita pula result SPM....jeng jeng macam dekat-dekat je nak keluar kan?. 




XOXO,
Ezna










 

13 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. bunga fav sy dulu2 ms zaman sek. rajin tanam kat asrama sbb senang hidup

    BalasPadam
  2. Nampak hamparan ros Jepun ni teringat halaman rumah Makcik sy dulu. Bila bunga ni mekar, subhanallah cantik sangatttttt. Rasa nak baring atas bunga² ni haha... Kitakan budak masa tu :)
    Oh Sir ni dah jadi lecturer ye...
    Doakan Abang ye Aunty Ezna 🤗

    BalasPadam
  3. memang suspens la bab2 result spm...turn ariff spm ujung thn ni...sekrg pun i dh start nervous jugak

    BalasPadam
  4. Bunga ros jepun ni kalau tengah menjadi bunganya, memang cantik betul.

    BalasPadam
  5. Cantiiiik bunganya. Kalau rose jepang ini pendek2 yaa..

    Memang bagus lah kalau bunganya menyebar begitu... 😍😍😍.

    BalasPadam
  6. lagi lebat bunga ros jepun tu, boleh ootd terus sambil baring.

    BalasPadam
  7. Ros Jepun ni masa subur cantik.. bunga-bunga mekar. Bila dah mengurus aishh.. jenuh nak tanam semula ambil yang elok.

    BalasPadam
  8. Result SPM 30hb nanti keluar kan....cantik ssmua rose jepun..teringat tanam.kejap dulu, last2 mati..di kencing dek kucing tp bukan Brown

    BalasPadam
  9. woww padatnya kucing tu! sedap tepuk ni.
    sir faizul tu, muka macam budak U pulak

    BalasPadam
  10. Banyak kali rasa nak tanam Ros Jepun ni tapi bila ke nursery lupa beli.

    BalasPadam
  11. Cantik tanaman rose jepun .lagi cantik bila bunga dah start mekar .. CCL ada tanam tapi tak semlat nak berbunga pun ..kena bena putih tue ..alih² dah taknak tanam rose jepun ni ..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.