Kami berkesempatan untuk menghadiri kenduri anak kepada jiran pada 14 Feb 2025. Pada 14 Feb 2025...kami ada jemputan 3 kenduri. 1 terpaksa tak pergi.
Majlis bermula jam 11 pagi jadi 11 lebih kami dah tiba sebab majlisnya dekat je dengan rumah kami ni. Majlis diadakan di Royal Park Hotel, Uniten. Anak Kak Bai sebelum ni pun buat kat sini juga which kami pun pergi juga. Royal Park Hotel ni kebetulan manage by jiran kami yang lain pulak. Jiran satu taman. Berani invest juta juta ya. Ada restaurant juga ownernya iaitu MZ Cafe Bangi.
Ini area nak ambik minuman dan makanan. Kat luar pun ada juga.
Pelamin dalam dewan.
Orang masih tak ramai jadi boleh makan tenang2 je.
Tak sempat nak tunggu pengantin pun sebab nak rush ke majlis perkahwinan anak kepada sepupu hubby pula kat Kem Wardieburn, KL pulak.
Marilah kita makan ya. Saya ambik laksa. Laksa ni pun dari jemaah surau kami. Saya orang first tunggu sampai dia siap set up laksanya. Hehe.
Ni la tuan rumahnya. En Yusri dan Puan Nor Baizura. Rumah kami selang sebuah rumah je. Saya panggil Kak Bai je.
Amboiiii Kak Bai pegang tangan Dania ke tu?....
Ummi dan Ayah Dania sedondon la.
Lagi gambar....
Dekat lobi ni banyak pula tanglung sempena kedatangan Tahun Baru Cina.
Ada anak Kak Bai yang bongsu tak dapat attend malis abangnya. Masih kat UITM sebab ada Final Exam. Tapi....abangnya dah buat majlis nikah sebenarnya pada 7 November 2025 tahun lepas. Bersamaan birthday Dania pulak tu. 😁. Kak Bai dapat menantu perempuan orang Melaka.
Ni lah lobi Royal Park Hotel.
Bunga telur yang kami dapat....ada lagi tisu dan cookies. Takde gambar pula.
Lepas ni majlis yang kedua pulak.
Apa pun tahniah Kak Bai dan suami telah terima menantu. Moga pengantin hidup aman damai sehingga ke akhirnya.
Ezna





Dh lama x dpt bunga telur as door gift =)
BalasPadamBetul Niza. Sis setuju. Ni dapat pun rasa seronok sebab jarang dapat.
PadamMewaaah dekorasi nya, tak heran sebab di hotel berbintang juga kan. Saya jadi penasaran nak menginap di hotel ini 😍😍😍.
BalasPadamSaya sukaa model baju kurung Dania . Nampak modern 😍😍
Terima kasih Fanny. Buat kat hotel senang sebab semua hotel sediakan.
PadamComel pula bunga telur tuh. Lama orang tak bagi bunga telur sebagai door gift ke KSarie yang jarang jumpa kot ye
BalasPadamYa KSarie. Bila dapat bunga telur rare sekarang ni. Selalu dapat selain dari bunga telur.
PadamJarang2 dah orang bagi bunga telur ni.
BalasPadamYa setuju sangat. Diiringi dengan tisu dan cookies juga.
PadamKlasik betul doorgift bunga telur tu 😃 saya paling suka klu pergi wedding dapat telur pindang, tapi kat sini jarang2 dapat. Selalu kalau pergi wedding kat Johor je dapat telur pindang tu. Cantik baju sis Ezna yg sedondon dengan hubby. Tu baju buat ke beli? 😄
BalasPadamTelur yang ni telur biasa je Carneyz. Baju ni cari kat Bayu Somerset Carneyz. Boleh sedondon satu family.
PadamTahniah utk pengantin sekeluarga.
BalasPadamBest dapat goodies bunga telur... Rasa special
Kami datang awal sangat PH sebab nak pergi kenduri lagi satu jadi masa ni tetamu tak ramai jadi boleh la posing2 dengan Tuan Rumah.
PadamTeringat masa kecik dulu kalau dapat bunga telur pengantin, wangi jew bau bunga rampai.
BalasPadamYa dulu saya pun suka bau bunga rampai tapi sekarang bau dah moden la Amie...tak ada bau yang saya bau masa kecik2 dulu.
Padamwah sedondon ezna & husband...hotel ni aritu opis ada event kt uniten so depa stay kt sini
BalasPadamYe ke?. Memang dekat giler dengan rumah ni Amy.
Padamlawanya bunga telur ni, rasanya handmade ni.
BalasPadamYa cantik. Akak pun dok belek2 je bunganya.
Padamoh jiran kak ezna owner MZ cafe ye. pernah makan situ, harga berpatutan :D
BalasPadamcantiknya baju dania, lembut je kalernya. semoga bahagia buat kedua-dua mempelai
Ya...memang area taman akak pun. Jadi kalau buat makan2 area taman akak ni beliau akan taja juga makanan. Terima kasih mendoakan buat pengantin.
PadamKami suka ke weddings awal2 sebab senang parking dan boleh makan dengan aman. Kalau banyak jemputan yang tengah2 tu sesak lah sikit hehe. Wahh bunga telur lama tak dapat hehe.
BalasPadamlawa la u pakai bj sedondon!! nice sgt
BalasPadamBaru perasan Kak Ezna sedondon suami isteri..sweetnya...
BalasPadamBetul lah..lama dah tak jumpa doorgift kawin bagi Bunga Telur kan...
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.