Sebelum berpuasa ni rasa macam nak makan macam-macam la kan. Singgah nak makan nasi briyani dari tahun 1977 lagi kat Taman Tun Dr. Ismail. Dari Dania kecik sampai dah masuk Universiti, masih ada kedai makan ni.
Kedainya luas juga tapi tengah ni mejanya memanjang ala kantin sekolah.
Ayam madu memang sedap kat Ismail ni jadi ya ayam madu 2 pinggan. Ada dalca, papadom. Nasi saya tak habis pass ke hubby je. Hubby je willing nak habiskan sebab memang suka nasi briyani. Saya makan juga cuma kurang je makannya. Dania pun suka juga nasi briyani ni.
Ada kata-kata kat white board Ismail. Tulisan pun cantik.
Kemudian, singgah nak tapau Wondermilk ni. Dulu kedai ni kawan sekelas saya buka masa baru balik dari belajar di UK. Namanya Ifzan Ibrahim. Sekarang ni dah jual kat orang lain dah. Wondermilk ni kat Damansara Utama.
Dah minum kopi dan sewaktu dengannya ke belum?
Ada cookies dan cupcakes la.
Seleksi cookies.
Comelnya party kit ni.
Ada cookies comel yang ni.
Hubby beli ni sebab nak rasa tart nanas tapi style empat segi.
Ni yang kami beli. Dania la teringin nak makan cupcakes ni. Jadi pilih-pilih banyak perisa ni.
Nak minum pun boleh juga tapi sebab baru je makan jadi tak minum la.
Interior dalam cafe ni.
Apa lagi dua beranak belek ni?
Kat parking ada siapa ni? Ummi tak kenal tapi Dania kata pelakon ke penyanyi Korea ke ni....tak ingat.
Lepas ni balik la kami....
Kisah cuti Tahun Baru Cina 17 Feb 2026 ya. Kita tak berpuasa lagi. Post ni keluar lambat.
XOXO,
Ezna

Nice la kafe ni .. teringin pula nak makan cupcakes bila tengok comel² je yg Dania beli tu...
BalasPadamAyam madu tu nmp menarik merahnya =D
BalasPadamkita suka nasi beriani ayam madu...tart nenas 4 segi pernah dpt time raya dr bos
BalasPadampernah tengok cerita pelakon korea tu, tapi macam biasa la..sambil lalu je.. hahaha..tak pernah nak lekat dekat ingatan...
BalasPadamkalau dedek, nasi briyani tu, makan nasi je pun dia makan banyak..sebab nasi nya pun sedap
Meriahnya cuppies yang Kak Ezna n Dania pilih...
BalasPadamComel2 cupcake tu. Rajinnya Sis Ezna sekeluarga JJCM smp ke TTDI 😃
BalasPadamAwwww cupcakes sedapnya. Bulan puasa masih berkopi, lepas iftar dan sebelum imsak hehe.
BalasPadamcuppies tu cute2 sungguh!
BalasPadamComel-comel cookies dan cupcakes dekat Wondermilk tu. Nanti kalau tiba-tiba tersampai di TTDI boleh cari nasi beriani sejak 1977 tu. Nampak menggoda
BalasPadamNaaah kalau aktor itu saya kenal, Krn saya sering nonton Drakor 🤣🤣. Byun woo Seok. Bagus2 Drakor yg dia main.
BalasPadamNasi biryani saya sukaaa juga kak. Tp tak bisalah kalah makan banyak 😅😅. Makanya kalau dah makan ini, memang LBH suka ramai2, jadi bisa sharing
lamanya bertapak sejak 1977. sebaya kakak cie yang ke6.
BalasPadamSeronoknya makan nasi beriyani...ni kalau suami tengok ni sure dia bengang...dia tgh ngidam nasi beriyani...hahahaha
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.