Melawat rumah kekal mama dan papa

Hubby ajak ke rumah kekal papa dan mama kat Bukit Kiara masa cuti Tahun Baru Cina. Keluar dalam 9 lebih macam tu. Kami breakfast dulu on the way tu. Singgah kat Serdang je. 


Saya suka nasi lemak yang macam dulu-dulu tu isi just nice tak banyak. Nasi lemak bungkus tu je. 


Bawak la plastik. Ikutkan tak banyak nak mencabut rumput liar atas pusara pun sebab memang nampak terjaga. Cuma nak bersih-bersih kalau ada daun-daun yang gugur. Berdekatan pusara mama ada pokok rambutan. 


Saya ada kumpul-kumpul daun kering masukkan dalam plastik sampah. 


Pusara bawah sana tu pusara anak kecil. Kecik je pusaranya. 


Ni pula singgah bersih apa yang patut pusara kawan. Nak cabut lebihan rumpai yang tumbuh ni sayang sebab tumbuhan ni akan mendoakan....jadi cabut rumpai yang panjang sikit je. 


Ini pula pusara papa. Mama dan papa guna batu sungai. Orang kata batu sungai hidup kan. 


Cabut rumput yang panjang sikit je dan kumpul daun-daun kering. 


Nampak hijau la atas pusara papa. 


Ada tempat duduk pula kat sini. Pusara warna hitam belah kiri saya tu ibu kepada Tan Sri Dato' Sri Rafidah Aziz. Dulu masa papa masih ada, try adjust adik saya yang PTD tidak masuk Kementerian yang diterajui Rafidah Aziz. Cara kerja beliau yang papa saya mungkin tak berapa ngam masa tu. Akhirnya adik saya masuk Kementerian Pendidikan. 


Rajin menantu papa ni. 


Dalam tak banyak rumput panjang yang dikumpul ni....jadi penuh juga satu plastik ni haa....


Kat area belah ni pokok ni banyak ditanam di atas pusara. 


Panjang juga rumput atas pusara ni. 


Pusara yang ditabur bunga warna-warni. Cantik pula nampak bila berwarna-warni ni. 


Rasanya ini pusara suami isteri sebelah menyebelah. 


Alhamdulilah dapat la menjenguk rumah kekal mama dan papa. Ramai juga ambik kesempatan membersihkan pusara sempena cuti Tahun Baru Cina ni dan sebelum umat Islam berpuasa. Jalan kat Perkuburan Islam Bukit Kiara ni jadi makin sempit sebab kereta parking tepi. 




XOXO,
Ezna

25 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Rindu pada yang telah tiada adalah perasaan sunyi yang mendalam dan sukar digambarkan...alfatihah utk arwah Papa & Mama Ezna

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Amy....rindu sampai bila2 rindu kan....

      Padam
  2. Alhamdulillah. Rindu yg tiada penghujungnya...

    BalasPadam
  3. Sy pun sempat bawa anak⁴ ke pusara mak sblm puasa. Bulan puasa ni bertambah syahdu bila teringat ayah bonda 🥹

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah..dapat menziarahi pusara mama papa.. walaupun balik taiping hari tu, tak sempat nak melencong ke kubur FIL.. Al-Fatihah untuk mereka yang telah pergi meninggalkan kita dahulu

    BalasPadam
  5. I pun plan nak visit pusara arwah ayah bila balik kg ujung2 ramadan nanti..moga org2 yg kita syg yg telah pergi mengadap Ilahi ni, ditempatkan di taman2 syurga..aamiin🤲

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah bersih terjaga...ni pusara arwah mama papa suami Ezna ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mama papa saya SA. Kalau mak dan ayah suami kat Alor Setar, Kedah rumah kekal mereka.

      Padam
  7. Kat pusara arwah abah pun kami letak batu sungai juga.

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. Ya....alhamdulilah...terjaga nampaknya. Nampak tukang potong rumput tengah berborak-borak. Entah bila nak potong tu agaknya....

      Padam
  9. Alhamdulillah...Semoga roh Mama n Papa Kak Ezna dicucuri rahmat Allah, Aamiin...

    BalasPadam
  10. Moga rohnya papa mama Ezna, papa kami dan lain2 yang sudah tiada, dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.

    BalasPadam
  11. Semoga roh semua yang disayangi yang telah meninggalkan kita dirahmati Allah. Dilapangkan kuburnya. Dimasukkan ke dalam syurga Firdaus tanpa hisab

    BalasPadam
  12. Kak, di sana makam itu disewa atau apa konsepnya? Ada fee yg harus dibayar rutin oleh keluarga? Kalau di sini kan sewa makam per 3 tahun biasanya. Nanti setelah 3 tahun, diperpanjang lagi. Jadi jika tidak diperpanjang, makamnya akan dioffer ke orang lain yg membutuhkan. Jadi jenazah baru ditumpang di atasnya.

    Di sana begitu juga kah?

    Kemarin sebelum puasa Raka juga ke makam papa mama. Bersyukur karena yg menjaga makam rajin lah, jadi makam papa mama ttp bersih dan terawat. Memang baik dan rajin orangnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh kena bayar sewa pulak ya...kalau di Malaysia tak payah bayar sewa pun sebab selalunya tanah perkuburan ini diwakafkan. Bayaran cuma kepada tukang gali kubur, dan jika mahu buat batu nisan kubur. Setelah itu tak ada bayaran dikenakan. Pihak kubur akan menjaga kawasan kubur ini dengan mesin rumput tapi hanya kawasan sekitar. Jika atas pusara/kubur tanggungjawab anak/saudara/adik beradik yang meninggal. Tapi....jika atas kubur juga bersih...mungkin ada yang murah hati membayar tukang potong rumput untuk membersihkan juga kuburan di situ. Sebagai satu amalan sedekah. Sebab kakak tengok atas kubur mama dan papa kakak pun terjaga.

      Padam
  13. nampak bersih kawasan perkuburan ni. semoga arwah papa dan mama kak ezna dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan org beriman

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.