Lepas kenduri anak jiran tu, kami ke Kuala Lumpur pula untuk majlis perkahwinan anak saudara kepada hubby pula.
Majlis diadakan di kem Wardieburn. Sebelum masuk dah ada askar pegang senapang dah. Masa keluar kem pun sama.

Depan dewan ni cantik dengan hiasan cermin.
Ada arch berbunga yang penuh bunga. Cantik...
Tukang bagi cenderahati isteri-isteri askar. Bakat ATM ke namanya....dalam ni yang baju merah ni ada beberapa orang juga yang bertugas.
Ni makan kat luar dewan berdekatan dengan gerai makanan kat luar. Macam cafe pulak konsepnya. Jadi tak tertumpu kat dalam dewan la.
CKT ada...banyak juga pilihan makanan kat sini.
Laksa....
Soto....kalau tengok yang menyediakan tu macam askar.
Putu piring. Lama tak makan...
Dania ambik 3. Sorang satu merasa.
Goreng-goreng. Saya ni ambik gambar je tapi tak ambik pun goreng pisang ni.
Cendol. Tukang buatnya askar.
Pilihan air pun banyak. Saya ambil air detox.
Kuih-muih.
Suasana dalam dewan.
Anak saudara suami yang lelaki ni. Cantiknya yang perempuan.
Dania dengan sepupu nama Adam. Anak saudara saya la Adam ni. Anak kepada abang ipar saya. (Abang hubby). Masa kecik-kecik Adam kata Dania girlfriend dia. Bila saya tanya kenapa suka Dania? Sebab Dania putih. Time tu Dania 6 tahun dan Adam 5 tahun. 😅. Mak Adam cakap toksah la pilih perempuan berumur ni. 😆. Berseloroh je la kan....kalau boleh tak digalakkan la kahwin sepupu ni kan. Pilih yang takde kena mengena dengan keluarga kita unless saudara jauh la. Ni saudara dekat.
Tapi bab kahwin lelaki muda ni ada seorang kawan saya kahwin dengan lelaki setahun muda. Hidup rukun aman damai je.
Gambar throwback Awatif, Dania dan Adam kat Kedah. Time ni rambut Dania panjang.
Hubby dengan Panglima Briged Kedua Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Dato' Pahlawan Asri Shukor. Sepupu hubby isterinya. Saya tak tahu sangat pasal pangkat ATM ni tapi kalau dalam filem Paskal, Hairul Azreen panggil Eizlan tu Panglima. Nampak macam diantara rank tertinggi juga.
Haaa mesti nak cari Aisyah ni. Aisyah ni anak Asri. Hubby panggil Asri je la. Abang Aisyah yang kahwin ni. Dulu kecik-kecik je. Sekarang masing-masing sedang ambil Ijazah. Aisyah ambil Ijazah Sarjana Muda Audiologi kat UIA.
Throwback gambar Dania, Awatif dan Aisyah berlarian kat sawah padi masa kecik.
Masing-masing dapat duit raya kat rumah kakak ipar saya Kak Zaharah.
Dari kiri : Awatif, Aisyah dan Dania
Comel mereka ni masa kecik-kecik. Saya bersyukur juga ambil gambar kenangan masa kecik.
Dania dengan Awatif kat tepi sawah.
Saya tak lupa juga nak ambik gambar Awatif ni. Balik kampung mesti cari dia. Dari kecik Dania baik dengan Awatif ni. Main masak-masak. Ambik bunga Tok Robiah kemudian main masak-masak. 😅. Tok Robiah ni mak hubby. Sampai besar la asal balik kampung cari Awatif. Mak Awatif (Fizah) nampak Dania.....Awatif ka?....akan panggil anak dia. Masa kenduri ni Fizah bagi saya acar buah dan ikan pekasam yang Kak Chaq buat. Kak Chaq ni duduk belakang rumah arwah mak hubby. Fresh dibuatnya ikan pekasam yang ikannya pancing kat sawah.
Nak bergambar berdua mereka je ya sebelum.....😆
Terselit pula sepupu hubby....alahai....takpe la ambik je la gambar kan. Katanya lama tak jumpa jadi bila ternampak Dania, saya dan hubby excited la kan. Insya Allah kami balik raya nanti.
Cakap dalam hati (Alaaa Mak Tam nak ambik gambar Awatif dengan Dania ja...). Sepupu hubby panggil saya Mak Tam.
Akhirnya....terlupa nak ambik gambar saya sebab sibuk ambik gambar orang kan. Alhamdulilah....seronok juga berjumpa saudara-mara belah suami. Kita tak tahu bila pula kita dapat berjumpa kan....
Keluarga Awatif ni raya kedua mesti buat makan-makan bakar ikan. Meriah dan sedap ikan yang dibakar bapa Awatif ni. Terasa-rasa kesedapannya dengan perapan tu fuhhhh....
Kepada Sharifah & Asri, selamat terima menantu dan kepada pengantin....moga berkasih-sayang sehingga ke syurga.
XOXO,
Ezna








Dah lama tak pergi kenduri Kawin sebab tak ada yang menjemput.
BalasPadamSemoga berbahagia kedua-dua mempelai.
BalasPadammengimbau kenangan kecik2 kt sawah tu ye..skarang smua dh besar...meriah btul la makanan nya ...mcm2 ada
BalasPadamselamat pengantin baru pada mempelai..
BalasPadamlinda dengan penuh kesabaran scroll cerita kak ezna, sebab kalau buat kenduri kahwin dalam kem nie selalu nya anak pegawai atasan je... rupanya betul.. dan memang panglima tu, kalau ikut pangkat paling tinggi lah dalam kem tu..kira orang no satu lah.. kalau tak silap linda lah...
alhamdulillah..Seronok jmp sedara mara =)
BalasPadamsegak betul Tuan Panglima Briged tu, nampak muda.
BalasPadamcutenya tengok glow up dania n sepupu2. masa kecik comel, bila dah besar cantik2 semuanya. seronok betul berkumpul dgn family :D
Cantik pengantinnya :)
BalasPadamwaahhhhh adam dr kecik nak booking dania jd gfren ye ehehe.. sonok wktu kenduri ni sbb dpt jmpa sedara mara hehe.. salam ramadhan buat sis ezna sekeluarga :)
BalasPadamseronok bila pergi kenduri saudara mara, dapat berkumpul dan mengimbau kenangan. Gambar diorg lari di sawah tu ala² cerita Tentang Bulan pulak 😁
BalasPadamLaskar nih berarti tentara kan? Susah tak tentara di sana kalau menikah? Kalau di Indonesia, yg saya suka ada tradisi Pedang Pora, kalau tentara menikah. Jadi barisan tentara muda membentuk formasi sambil menaikkan pedang ke atas, lalu pengantin lewat di bawahnya.
BalasPadamTapi utk bisa menikah, itu dicek background dari pengantin pasangannya. Jadi kalau terlibat hal tak baik, tak bisa menikah mereka Krn izin menikahnya tak akan keluar dari atasan si tentara. Sampai segitunya, tentara dijaga jangan sampai menikahi orang yg mereka anggab berbahaya utk militer.
Saya tak tahu kalau di sana.
Cantiiiik memang pengantin wanitanya 😍😍. Semoga berbahagia lepas menikah ini yaa.
First time tengok puti piring di wedding. Sedapnya semua food. Seronok juga dapat jumpa saudara mara. Comel semua masa kecil sampai lah dah besar.
BalasPadamMeriah betul ye menunya tu. Macam2 la ada tu.
BalasPadami pernah attend kenduri dlm kem ni ie masa anak my colleague kawin. wahhh semua pun sedap la mknn tu
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.