Terlupa nak tulis post yang ni. Masa tu hubby nak singgah Hero Market dalam Kipmall ni. Jom la kita ke Jalan Jalan Japan.
Dania round la dalam ni tengok apa yang menarik. Kalau dapat yang elok memang berbaloi la. Kena cari betul-betul la kan.
Baju-baju yang dipamerkan. Pilih pilih jangan tak pilih.
Kimono pun ada.
Topi ni rasanya harga di bawah RM20 je. Depan tu deretan kasut-kasut lelaki.
Mainan pun ada.
Datang nak tengok-tengok je jadi memang tak ada pembelian la. Cuci mata pun syok jugak. Mainan Jepun ni seram juga ya sebab ada cerita pasal roh anak dalam patung. Cerita mengenai seorang abang menghadiahkan patung kepada adiknya yang berumur 2 tahun sempena hari jadi. Nama adiknya Okiku.
Patung tu adik dia sayang sangat dan dinamakan Okiku juga (Adiknya Okiku, patung ni pun nama Okiku). Bila adiknya meninggal kerana demam panas, adiknya dilihat memeluk patung Okiku tersebut. Patung Okiku diletakkan di atas altar (tempat mereka melakukan aktiviti sembahyang cara mereka). Kejadian pelik mula berlaku kat rumah tersebut seperti ketukan pintu dan suara yang aneh. Gangguan makin dahsyat pada tarikh hari jadi dan tarikh kematian Okiku. Ada kejadian aneh juga pada patung tersebut di mana rambut patung tersebut makin lama makin memanjang. Bagaikan benda hidup pula. Pertumbuhan rambut patung memanjang juga walaupun setelah rambutnya dipotong. Dikatakan rambut asal patung ini di paras bahu je.
Patung bernama Okiku ni diletakkan di bawah penjagaan sebuah kuil setelah keluarga Okiku ini berpindah ke kawasan lain.
Macam ala ala patung Annabelle pula ya....hishhh seram la.
XOXO,
Ezna
Suka masuk JJJ Kipmall ni...Sy tak pernah terlintas nak lalu area patung2 jepun tu sis..Sy sendiri rasa seram..Baca cerita sis bertambah seram =)
BalasPadamkena cari cerita Okiku ni...
BalasPadamnampak kasut2 tu semua lawa2 lagi..
Byak brg yg menarik... cuci mata pun seronok juga hehe
BalasPadamSeram pulak kesah anak patung tu.
BalasPadamOhh ingatkan pegi jepang
BalasPadamArea rumah uncle pun ada satu... Taman Shamelin
BalasPadammistik sungguh kisah anak patung tu!
BalasPadamSaya dari kecil dilarang papa main boneka kak. Awalnya sempat punya banyaaaak sangat. Tp kemudian setelah papa lebih kuat Islamnya, semua mainan boneka kami dibuang, termasuk guci2 mama yg rare 🤣🤣🤣. Jangan tanya lah, saat itu kami termasuk mama, memang menangis.
BalasPadamMama apalagi kan, guci2 yg mama punya termasuk mahal. Alasan APPA Krn semua yg berbentuk binatang dan manusia, itu haram dlm Islam. Sejak itu kami terbiasa tak main boneka. 😄. Di rumah saya pun tak banyak boneka. Ada 2-3 buah, tp itupun diksh orang. Dan bukan dijadikan mainan oleh anak2 saya, tp sebagai bantal 😄😅
Seram pulak cerita payung okiku tu. Tapi nasib baik patung tu tk jahat mcm Annabelle yg rasuk2 orang sampai membunuh.. huhu
BalasPadamNanti nak google lah pasal okiku tu
Oh ya ke first time dengar kisah Okiku ni. Alaa seram...
BalasPadamAlamak...seram plak bila baca kisah ni..SA jarang pi JJJ ni..ada je kat Seremban dekat ngan rumah...anak- anak buah yang suka pi sini...
BalasPadampenah pegi JJ ni kat The Mines. ada yg murah ada yg mahal...
BalasPadamdlm komik2 jepun selalu je ada cerita pasal roh patung laa, patung balas dendam laa dan mcm2 lg...
kat Seremban pun ada satu Jalan-Jalan Japang ni tapi ammi tak pernah pun masuk.
BalasPadamuishh.. seremmmm
BalasPadambanyak sekarang JJJ.. last akk pergi kat Aeon Klang.
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.