Lepas balik dari perkuburan Bukit Kiara tu, hubby kata nak singgah makan cendol. Macam takde idea kat mana nak makan cendol kan. Akhirnya....saya teringat ada lori cendol kat Shell Taman Tun Dr. Ismail.
Jadi, memang ada ya lori cendol kat sini. Namanya rojak dan cendol din.
Ada kerusi je tanpa meja. Banyaknya portion cendol pulut ni haaa....kalau share pun ok. Ada nampak burung merpati terbang kat sini.
Close up cendol pulut. Pulutnya selambak haa....harganya RM5.
Lepas tu singgah beli buah jambu batu kat lori sebelah cendol ni.
Ni buah kundang.
Lepas tu singgah 1 Utama sebab lama tak singgah.
Luas 1 Utama ni. Pernah la dulu Michael Jackson pada tahun 1996 ke sini singgah beli mainan kat Toys R Us. Hubby time tu join the crowd nak tengok Michael Jackson. 😅 Zaman muda-muda dulu.
First masuk Typo. Wow dah ada barangan BT21 la.
Dania kalau pilih mug mesti nak beli mug pink tu sebab mug Cooky. (YTJT) 😊
Chimmy (Jimin), Tata (V), Shooky (Suga)
Koya (RM), Cooky (Jung Kook), RJ (Jin)
Barang BT21 ni baru restocked kata staff Typo kat sini. Sebelum ni dah licin.
Ehem....Dania dengan Cooky dia.
Lepas tu kan....masa jalan-jalan saya terserempak dengan Kathy (Wan Nor Katherina) ni masa makan dengan suaminya Adam. Saya tegur sebab Kathy ni anak saudara kawan saya kat UITM Dungun nama Wan. Tanya la anak Kathy kat mana Tuah Khaliff dan Jebat Khaliff.
Kathy pun ada ke rumah kawan saya sebelum puasa. Kawan saya masak kari sebab Kathy nak makan kari air tangan kawan saya. Memang ibu saudara yang baik kawan saya tu.....
Kathy pun ada ke rumah kawan saya sebelum puasa. Kawan saya masak kari sebab Kathy nak makan kari air tangan kawan saya. Memang ibu saudara yang baik kawan saya tu.....
Aikkk Dania...mengimbau kenangan ke naik kereta ni? Dulu masa kecik2 mesti nak main kereta macam ni. Masuk duit syiling....bergoyang la keretanya.
Setting Tahun Baru Cina.
Bila nak keluar parking kena bayar guna QR code, kena bayar parking dulu baru boleh keluar. Shopping Mall yang lain guna Touch and Go je lebih senang. Dah stuck kena bayar kat mesin parking ni. Pulak tu mesin parking ni tengah mengong. Lambat pulak mesinnya. Bila dah scan QR Code...nak bayar melalui bank pun kena reject pembayarannya. Eiii memang panas la kan. Berkali-kali buat tak boleh akhirnya boleh. 😏
Shopping Mall lain dah senang dah guna Touch and Go tu je tak pun Debit / Credit card kat exit. Yang ni langsung tak boleh. Not supported katanya penggunaan Touch and Go dan Debit / Credit kat exit. Kena ke mesin parking dulu ya.
Dah kami ke 1 Utama ni setahun sekali memang tak tahu la kan.
Lepas ni nak makan tengahari pulak....kat mana ya?
Ni kisah cuti Tahun Baru Cina ya pada 17 Feb 2026.
XOXO,
Ezna



Tgk buah kundang tu, trigt yg ada baki dkt rumah. time brbuka nnt kena habiskan ni =)
BalasPadamNasib baik sis buat post ni. hehe....Niza tak lupa la makan buah kundang.
Padambuah kundang dpt yg manis nikmat btul...tp harga kayangan
BalasPadamBuah ni dok terpikir kalau dapat masam...tu yg tak beli. Beli jambu batu je la.
PadamCendol tu nmpk sgt menggiurkan di tgh hari 6 rmdn🤣
BalasPadamHehe...besar portion dia Suzz.
PadamTgok cendol, buah jambu dan kundang tu..aduhaiiii....ni 3 beranak ni rajin berjalan ni...SA dah lama x berjalan..seminggu x sihat..plan semua habis punah ke laut...lepak melepek je la kat rumah
BalasPadamRehat la SA bila badan tak sihat. Lepas tu jom jalan pulak. Saya batuk ni tak baik2 lagi sebenarnya.
PadamSedapnya buah kundang tu. Kat sini mahal betul harganya. Kalau kundang kampung lain sikit buahnya. Dulu kat kebun ayah ada pokok kundang. Selalu kami pi kutip.
BalasPadamYe ke kundang ni mahal....tak tanya pula harganya.
PadamComel jer Dania posing atas kereta :)
BalasPadamMengimbau masa kecik2 suka naik kereta jenis goyang2 ni.
PadamYa Allah... lama betullah tak pergi 1U tu.. dulu masa anak² kecik rajin gak ke sana... masa tu takde lagi Setia City Mall. Sekarang malas dah jalan jauh² kalau semata² nak masuk mall. Sayang nak heret kaki😆
BalasPadamYa kami pun tak singgah lama kat sini....
PadamKiteorg pun baru pergi 1U bulan 12 lepas sbb dah beberapa tahun tak masuk 1U. Tapi pernah terbaca sebelum ni parking kat 1U mmg tak guna TnG so takde la ralat sangat. Cuma kiteorg bayar awal pastu nak keluar parking tu jem pulak, risau je takut terlebih 15 minit grace period lepas tu kena bayar lagi sekali huhu.
BalasPadamTu la pasal...main terjah je kami ni. Sekali nak keluar terkial. Mesin parking pulak slow pulak. Ya 15 min je grace period lepas bayar kan.
PadamNi cerita sebelum ramadanlah erk
BalasPadamNi cerita cuti tahun baru cina Wak. Cerita lewat sikit dari tarikh tahun baru cina tu. Bulan Ramadan nak kita berpuasa kan.
PadamStatement "Singah sebab lama tak singgah" tu jujur betul... hehehehe
BalasPadamYa memang jujur. Sampai tak tahu keluar parking tak guna Touch N Go.
PadamBanyak potion Cendol tu Kak Ezna..meriah....
BalasPadamLama jugak tak ke OU...dulu kalau pergi mesti stress sebab susah nak dapat parking 😅
Banyak portion dia. Banyak pass kat suami je suruh makan terutama pulut tu. Ye la...memang susah pun dapat parking tapi kebetulan ada orang keluar pulak time kami pusing tu.
PadamSehari sebelum puasa tu lah, nak ke MyViets tapi permanently closed maka ke kedai cendol lah kami Alhamdulillah.
BalasPadamSuka cendol yang simple tak perlu banyak bahan tapi sedap. OU ni masih ramai peminatnya kan
BalasPadamBuah Kundang itu semacam mangga, tp memang size kecil, dan bisa langsung gigit dari kulitnya kan? Kalau iya, berarti sama dengan buah mangga Toba yg banyak dijual di danau Toba. Bisa langsung gigit dari kulit, macam makan apel.
BalasPadam1 Utama ini saya pernah dengar, tp blum pernah ke mall sana 😄. Di sinipun ada kak, mall yg agak susah pembayaran parking nya. Memang kesal lah kalau ketemu yg begini
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.