Celebrate habis final exam ibu dan anak

Lepas ambik Dania kat Fakulti, kami ke IOI City Mall nak makan.Akhirnya kami pilih makan kat Secret Recipe. 

Hmmm tengah makan-makan ada orang panggil Dania. Rupanya kawan-kawan sekelas 3 orang Qiha, Atul dan Irdi pun makan kat IOI City Mall juga. Nak celebrate sempena habis paper la tu. Ye lah sebelum mereka balik ke destinasi masing-masing. Jumpa balik bila buka semester baru. Tu pun selepas Raya kelas online seminggu. 

Dania pula?....makan dengan ummi la apa lagi. 


Dapat keropok dulu sebelum makanan sampai. 


Kek carrot ni order juga sebab lama tak makan. 


Tom Yum Kung ni masa kecik-kecik saya dah ajar Dania makan. Masa kecik2 Dania mintak noodle ummi ni. Bila Dania dah besar...tak payah mintak. Ummi yang bagi sebab tak lalu nak makan banyak. 


Lepas makan, memang kami balik je. Takdelah berlama-lama kat IOI City Mall tu sebab Dania pun kata mengantuk. Ye lah dah perah idea untuk menjawab soalan 2 paper pulak tu. Memang kena power nap la. 

Balik rumah, saya masak comfort food je. Saya buat sup dia....rencah dia cuma garlic oil je. Lepas tu masuklah udang, fish ball dan daun sup & daun bawang sikit. Perasakan dengan garam sikit. Dah...tu je...


Ada pak choy celur, daun sup & daun bawang, garlic oil dan cili api kicap. Bihun kena la ada. Lepas tu makan la dengan sup tu. 


Dania suka sangat clear soup ni. Boleh buat bertambah ni walau simple macam ni. 


Tu je lah citer 2 beranak ni haaa...


***Hari ni Dania kena daftar subjek untuk semester baru. Memang selalunya daftar awal la tak tangguh-tangguh. 





XOXO,
Ezna


 
 

14 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Lama tk mkn secret recipe... carrot cake fav

    BalasPadam
  2. Lama jugak tak makan kat SR. Kelmarin je makan kek choc indulgence anak buah beli whole cake celebrate bday ayahnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohhh Choc Indulgence. Kalau Choc ni suka Choc Banana tapi sebab makan Carrot, tak order la Choc Banana.

      Padam
  3. alamak..jadi teringin plak tengok carrot cake SR ni...dapnyaaa....yeay Dania dah habis exam...

    BalasPadam
  4. Dania pun dah habis paper ye?Alhamdulillah..semoga Dania dapat lagi good result, aamiin...
    Saya pun suka jugak clear sup Kak Ezna..tapi nak buat sendiri selalunya lupa..lagi-lagi kalau sorang je yang minat nak makan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suka clear soup juga ya. Sama la kita. Habis paper dah lega sangat. Lepas tu berdebar result exam pulak.

      Padam
  5. Yg simple beginilah yg selalu jadi comfort food kan. Apalagi sup bening. Memang sukaaa juga saya. Kalau sedang tak ingin makan, yg berkuah begini selalu sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Fanny...kakak masa ni tak lalu (tak ada appetite) nak makan jadi bila bersup ni boleh la makan.

      Padam
  6. hujan2 ni memang sedap makan benda bersup. simple rupanya nk buat clear soup tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni simple sangat Mazni. Kalau suka sup ala cina boleh la cuba.

      Padam
  7. sedapnya sup simple u tu ezz! i like!! yayyy dania dh merdeka yer!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya sup ni simple sangat dan Dania pun suka. Hubby I pulak jenis makan semua. Alhamdulilah selesai dah exam Dania.

      Padam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.