Ni kali kedua breakfast kat sini sebab kali ni Dania nak repeat lagi Pancake. Teringat-ingat dengan keenakan pancake Gebu Gebas.
Ada buffet ramadan nanti bulan ramadan kat sini.
Ada payung disengetkan untuk elak dari matahari.
Macam tak ramai orang masa kami breakfast kat sini tapi lepas tu ada group orang berumur reunion katanya dari kawan-kawan universiti. Salah seorang jemaah surau. Tu yang tahu mereka reunion tu. Sejauh dari Melaka pun turun sini. Saya agak2 memang super super senior sebab semua penuh dah rambut putih.
Ini dia pancake gebu gebas yang Dania suka sangat ni. Ada maple syrup, buah-buahan beri dan mentega. Saya pun makan pancake juga.
Dalam 1 set ni ada 3 pancake.
Seronok la tu dapat makan kan?.
Hubby pula order nasi lemak. Siap ada kangkung lagi dan meriahnya lauk pauknya.
Ok lah kiranya tak kempunan la nanti kan. Boleh makan sebelum puasa. Banyak lagi cerita tak keluar pasal makan ni....
Selamat Berpuasa ya kawan-kawan... moga ibadah kita diterima oleh Allah. Dania memang sepanjang bulan puasa ni bercuti sebelum masuk semester baru lepas raya ni. Insya Allah. Nak masuk Semester 4 dah (Kalau tak tukar program dah semester 6 dah).
XOXO,
Ezna
Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa
BalasPadamSelamat berpuasa hari pertama kak ☺️. Semoga lancar2 yaaa sampai akhir Ramadhan. Nampak sedaap pula pancake Dania 😄😄. Jadi teringin ke Pancious, restoran khusus pancake di jakarta 😄
BalasPadamSalam Ramadan. Tengok gambar makanan di hari pertama puasa ni memang agak menggoda
BalasPadamwah pancake tu gebu betul.
BalasPadamKenyang tu tau makan 3 pancake.
BalasPadamkafe ni antara list yg saya nak pergi. lagi satu, kopi jiran yg klasik2 tu!
BalasPadamRamadhan Kareem buat Ezna dan family.
BalasPadamHhmm lepas puasa nak try cari cafe ni lah.
adoyai terliur pancake la plak hahahah
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.