Beli kurma, jumpa kawan

Nak berpuasa dah tapi time tu kami tak beli lagi buah kurma. Since dah kat Nilai....kita cari je la kedai kurma kat sini. Google ada tunjuk Empayar Kurma jadi ya...ke sinilah kami pergi. Tak jauh pun dari Salomak Sampodeh tu.


Ni kurma 5 kg ni tapi tak beli yang ni. Kalau beli ni sampai habis Ramadan pun tak habis makan lagi. 


Ni adalah buah yang dikeringkan. 


Banyak jenis kurma kat sini. Kami beli sikit kurma Mariami dan kurma Ajwa. Kurma Ajwa (Kurma Nabi) ni pun ada banyak jenis. Beli 500g kurma Mariami dan kurma Ajwa. 


Kemudian singgah rumah kawan kat Sepang. Tak jauh la dari Nilai tu. Border je kan....kawan nak bagi something. Takkan kita datang tangan kosong kan....hadiahkan la Nor ni kurma Ajwa dan air kotak jus delima. Nor kata beli kat kedai arab ke sebab ada jus delima kan.....bukan ya sebab Empayar Kurma ni kedai orang melayu tapi jual produk dari Arab. Kebetulan pack kurma Ajwa namanya Noor. Saya nak bagi pun kat Nor. Tapi ejaan nama memang Noor pun cuma saya panggil Nor je. 


Saya dapat sejadah Raudhah. Kalau solat ni teringat la kawasan Raudhah tu. 


Dapat 2 pek besar keropok keping Terengganu. 


Nor juga hadiahkan kain batik ela dan pilih warna yang sweet ni sebab katanya sesuai dengan saya. Peach warna kain batik Terengganu ni. Nor orang Terengganu jadi keropok dan kain batik ni dari Terengganu la. Alhamdulilah. 

Dulu masa Dania masih bersekolah rendah. Senyum pastu bye je dengan Nor ni. Tak berkawan pun. Bila Dania dah habis sekolah baik pula. Mungkin Allah jumpakan saya dengan Nor lepas Dania habis sekolah rendah sebab tahu circle saya makin kecik. Saya juga perlu berkawan kan. Mungkinlah. 

 

Alhamdulilah.....atas segala rezeki yang diterima ini. Tiba kat rumah pula....pass pula kurma untuk jiran yang saya baik. Tak bagi la semua jiran. Kalau saya ada duit banyak mungkin saya bagi la jiran yang lain. Bagi kat jiran yang saya baik je, tak banyak kerenah....pendek kata jiran yang baik la. Tu je nak cakap. Jiran-jiran banyak jenis juga kan. Malas saya nak elaborate. Kalau dapat yang baik alhamdulilah. 





XOXO,
Ezna

10 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Seronoknya bila kita ingat kat kawan...kawan ingat kat kita kan....orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa kan....

    BalasPadam
  2. Wahhh..Alhamdulillah rezeki. Sy suka la tgk dried strawberry tu =)

    BalasPadam
  3. kurma kita mmg tk pernh bli sbb tiap2 thn dpt dr company ...sejadah raudhah ada belikan utk mak kita dlu

    BalasPadam
  4. bestnya dpt hadiah2 tu...sejadah tu nice sgt!

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah rezeki orang baik 👍🏻
    Cantiklah kain batik tu, boleh tambah koleksi baju kurung Ezna ye

    BalasPadam
  6. Macam2 jenis kurma sekarang ni kan? Kalau zaman uncle budak2 dulu satu je jenis kurma yang kecut tu....

    BalasPadam
  7. Eh agak mirip kak Mulan yaaa teman kakak ini 😄.

    Waah banyak jenis kurma nya. Tapi tuhlah, saya ntah kenapa memang tak suka kurma 😅😅. Mau apapun jenisnya, memang tak tertelan lah. Tapiii kalau diolah jadi minuman, saya sukaaa. Makan langsung tak suka

    BalasPadam
  8. banyaknya kurma macam2 jenis ada tu.

    BalasPadam
  9. Saya suka kurma Ajwa berbanding kurma lain, rasanya tak terlalu manis dan teksturnya pun tak terlalu kering atau terlalu lembap. Alhamdulillah, dapat kawan baik yg suka bagi hadiah mcm2 mmg satu rezeki. Sis Ezna pun rajin belikan hadiah utk kawan2 Dania jugak.

    BalasPadam
  10. betul tu sis ezna.. mmg rasa syukurrrr sgt bila dpt jiran yg baik.. dpt kwn yg ingat kita pun lg lah btambah syukurrrrr tu yg rasa mcm nak bg kat smuaaa jiran2 kita yg baik hehehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.