Warna-warni bunga menghiasi Fakulti Pertanian, UPM

Lepas makan kat Sisik Sehijau Dedaun tu, kami menuju ke Fakulti Pertanian. Dania nak book bilik untuk lecturer English (CEL2105-Spoken English and Communication) nak mengadakan assessment. Dania kena book bilik sebab Dania class rep untuk subjek ni. 

Bila Dania ke pejabat pentadbiran Fakulti Pertanian, saya pun turun kereta sebab nak ambik gambar persekitaran yang hijau ni. 


Cantiknya bunga ni. Nama bunga ni keembung. Ni saya tanya sendiri staff yang tengah menyiram pokok bunga kat sini. 


Saya siap cium baunya ya. Wangi. Eh macam nak cari bunga ni kat nurseri bunga. 



Dania masuk kat dalam ni la. Dekan, Timbalan Dekan kat dalam office ni kalau nak jumpa la. Dania nak jumpa staff untuk buat booking bilik je. 


Pokok cili. Eiii geramnya dah berbuah dah cilinya. 


Tak tahu nama pokok ni tapi selalu la nampak. 


Kalau kat google lense namanya Madagascar Periwinkle. 


Ini pula Turnera Ulmifolia. 


Ni bunga Evening Primrose. 


Ni pula pokok yang menjalar namanya Akar Dani. Cantik bunga ni. Elok je melilit kat gerbang ni. Nampak sihat dan terjaga. Bau dia wangi. Sweet je bau dia ni. 


Sama juga la ni akar dani tapi yang ni warna pink semata-mata. Atas tu ada warna merah jugak. 


Bunga telang. Pun elok je melingkar atas gerbang. 


Ni tak sure bunga apa tapi sihat je dia nampaknya. Pokok-pokok ni kalau dijaga elok....sihat la dia. 


Bunga-bunganya yang berkembang mekar. Eh ralitnya saya kat sini. Hello hello ni bukan kat rumah la ya...ni Fakulti Pertanian ni. 


Tenang je nampak kat parkir kereta ni. Mungkin hari jumaat ni tak ramai yang ada kelas. Lepas tu Dania dah selesai di office tanya kenapa ummi keluar kereta?. Ye lah ummi nak tengok pokok bunga yang cantik kat sini. 


Tengok bunga yang warna-warni ni dah buat hati berbunga-bunga. Eh nak carilah akar dani nanti. Cantik pulak bunganya tu. Pokok memanjat kat rumah saya ada kesidang, thumbergia dan pokok bunga kertas je. 

 Diantara bunga-bunga kat sini, mana satu pilihan hati anda?. 




XOXO,
Ezna

24 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Banyak bunga.. kita selalu ke HPUPM jer.. jarang nak nampak bunga hahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat sana takde tanam bunga macam sini agaknya....

      Padam
  2. keembung tu pokok bunga yg sgt common dan sgt byk kat rumah my mom zmn i sekolah...sebab senang nak membiak, dan byk2 warna!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya bila I gooogle banyak warna keembung ni. Vibrant sangat warna yang merah ni.

      Padam
  3. Sis Ezna ni dah macam my mom, pantang nampak bunga mesti nak belek 😆 siap tanya tukang kebun lagi nama bunga ye hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Carneyz. Haha....kawan tu sibuk membelek bunga...kita pun menanya. Siap cium2 bunga lagi. Eh eh macam buat kat rumah sendiri je.

      Padam
  4. Bunga keembong ada pelbagai warna, kat rumah kampung banyaklah ditanam. Dulu masa kecik, kami tumbuk lumat daunnya untuk buat inai 😀

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya berkenan juga dengan bunga keembong ni Ujie. Cantik. Ohhh daun boleh buat inai. Baru tahu.

      Padam
  5. Cantik-cantik semua bunga yang ada...tapi memang patut sebab UPM memang fokus kepada kehijauan dan alam

    BalasPadam
  6. Saya sukaaaa juga kalah melihat banyak bunga begini. Walaupun tak bisa gardening, tp senang melihat bunga2 warna warni. Ntah kenapa, kalau suatu rumah, walau kecil, tp ada banyak bunga, pasti tetap terlihat cantiiik. Apalagi pakai gate melengkung itu kak. Bunganya merambat di situ, isssh pasti indah sangat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya sebab bunga2 ni penyeri rumah. Kalau banyak warnanya lagi cantik.

      Padam
  7. Cie suka tengok bunga tapi tak suka menanam. Malas nak jaga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya sebab tanaman ni pun kena ada komitmen juga.

      Padam
  8. Pintu gerbang pokok tu kalau subur penuh mesti bertambah cantik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju UG. Kalau lebat lagi bunga2 dengan daun2 ni memang lagi cantik.

      Padam
  9. Wah..kelihatan cantik2 semuanya tu..

    BalasPadam
  10. Semua bunga cantik2. Kalau dapat hias kat rumah pon best.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Cuya...boleh bagi idea nak beli bunga apa pulak lepas ni.

      Padam
  11. Yang last sekali tu Bunga Pengantin Malam, jiran sy la bgtau namanya. Dia ada tanam juga. Lebah kelulut suka bunga ni.
    Sy pun ralit kalau tengok bunga ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you PH bagi namanya. Unik betul namanya tu. Kan....ralit tengok pulak bunga-bunga ni.

      Padam
  12. Macam- macam jenis bunga erk...terapi mata namanya..

    BalasPadam
  13. Macam-macam jenis pulak bunga-bunga kat situ ye Kak Ezna..cantik comel pulak tu hihi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.