Pucuk paku masak tumis je. Pucuk paku ni pun bukannya senang nak jumpa. Kat tempat sayalah. Kalau pergi pasar borong tu selalunya adalah. Kalau kedai yang kecik-kecik ni kadang-kadang tak ada. Ni hubby beli kat pasar awam serdang. Katanya selalu ada kat situ. Tumis pun guna sedikit je minyak barulah sedap. Kalau ada ikan bilis lagi sedap tapi saya tak ada stok ikan bilis la. Gunakan bahan apa yang ada jelah.
Cakap pasal ikan bilis ni...nak kena beli la nampaknya....saya suka ikan bilis yang siap dikopek. Masa kecik-kecik saya kena kopek ikan bilis tu. Penat ya....hehe. Selalu tak syok bila mama suruh kopek ikan bilis tapi momen tu la yang saya kenang ya.
Sotong pulak ada 2 ekor bersaiz sederhana jadi kita buatkan sambal sotong je la. Suka betul la kami dengan masakan sambal ni. Tu lah dok ulang-ulang sambal ni tapi bahan je lain-lain.

Nak beli stok pulak dah sebab makanan laut semua habis kecuali udang. Barang basah ni hubby dah memang pandai beli dah. Tukang masaknya saya la. Jadi, bila dah beli nanti hubby akan update la apa yang dia beli. Kadang dah buntu tanya la hubby nak masak apa....dia akan suggest la lauk apa tapi lauk tu nak masak apa....saya la kena fikirkan. Kita surf je internet. Sekarang ni semua di hujung jari kan....kadang dapat idea nak masak apa bila blogwalking (bw) ke rumah kawan-kawan la.
XOXO,
Ezna

i pun suka pucuk paku ni ezz ;) lawa gmbr u amik, nmpk sgt menyelerakan laa masakan pucuk paku ni!
BalasPadamSama la kita Suzz tapi pucuk paku ni tak semua kedai ada jugak. Bila dah jumpa, hubby I beli la....guna phone pastu I zoom ke kat pucuk paku....
PadamSaya suka masakan pucuk paku, tapi itulah kan…memang susah nak jumpa. Biasa kalau nak beli kena pergi pasar/pasar tani/pasar pagi.
BalasPadammemang sedap makan pucuk paku rangup je kan ezna :)
BalasPadamsy kalau pucuk paku masak lemak + ikan masin boleh mkn bertambah2 hehehe
BalasPadamCombo menu yang sedap sangat ni Ezna..
BalasPadamSaya pun sukaaaa kak pucuk paku 😍😍😍😍. Kalau di kampung saya di Sibolga, biasanya dibuat gulai hijau. Pedas. Jarang dimasak lain.
BalasPadamTapi tuhlaaah, kalau di JKT ini susaaaaah sangat cari pakis. Harus ke pasar yg mana banyak penjual orang Batak, baru ada. Tapi sayangnya saya tinggal di pasar yg orang Batak tak ramai.
Beda dengan Medan, atau Sumatera Utara, pakis banyak sangat dijual
Sy kalau pucuk paku ni suka buat masak lemak, sebab anak² suka masak gitu. Ikut selera sy lagi suka buat kerabu. Nak² ada kerang 😋
BalasPadamAik? Dinner tadi pun unce makan pucuk paku
BalasPadamsedap pucuk paku boleh masak macam2.
BalasPadamKami panggil pucuk paku pakis tanjung. Masa kecik-kecik dulu emak masak tumis jew, itu pun dah cukup sedap. Apalagi kalau dibuat kerabu atau masak lemak.
BalasPadamMA pun suka tapi susah nak jumpa sayur ni kan
BalasPadamSedap sangat tu sayur dan lauk.. pucuk paku tu masak apa pun sedap.
BalasPadamSaya pun ada memori dulu kena kopek Ikan Bilis Kak Ezna..kenangan kan...
BalasPadamJenuhh kan masa tu..so sekarang ni memang beli yang berkupas jelah...
Tapi kan Mak saya still lagi suka beli yang tak berkupas....satu kepuasan kot bila kupas Ikan Bilis tu...
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.