Pagi-pagi kami ke Haura Cafe untuk breakfast. Dania pakai jam yang kawan dia bagi tu.
Dalam perjalanan nak ke Fakulti Pertanian, kena lalu bawah jambatan ni. Jambatan ni lagi elok kalau dicat. Kalau maghrib ke mungkin nampak suram la jambatan ni.
Lalu juga menara jam warisan budi putra. Baru je menara jam ni dibina. Rupanya lama dah menara jam ni dirancang pembinaannya iaitu pada tahun 2006. Kos sebanyak RM1.6 juta ni hasil sumbangan alumni dari pelbagai latar dan bidang.
Ia akan menjadi bangunan ikonik tumpuan para pelajar ketika konvokesyen kerana ia berdekatan dengan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah tempat majlis konvokesyen diadakan. Ada tempat duduk ala stadium juga kat sini.
Lalu kawasan ladang pulak. Tak sure ni ladang apa tapi Dania pernah la amali kawasan ni masa asasi dulu. Kena mencangkul sekeliling bawah pokok tu untuk buang rumpai.
Dah tiba dah kat Fakulti. Dah berkedut pula baju bawah tu sebab pangku beg. Dania sangat jarang-jarang la pakai baju kurung ni. Kalau ada presentation barulah pakai. Baju kurung kedah design yang ni Dania kata baju awam sebab selalu nampak orang pakai. Kalau pakai, kadang pernah dengar kat R&R, suami ni cakap kat isteri dia...'eh baju you ni kan?', tak pun masa pakai kat Fakulti, Dania ada dengar orang belakang cakap 'eh baju tu sama dengan baju xxx la...cuba tanya dia beli kat mana?'. Hehehe.
Moga presentation bertajuk IVM/IVF Embryo Production berjalan dengan lancar.
XOXO,
Ezna





Selamat tahun baharu dan moga tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya
BalasPadamAamiin untuk doanya. Terima kasih.
Padamfirst time singgah sini... dan terus follow... selamat tahun baru 2026...
BalasPadamTerima kasih kerana sudi datang blog ni. Selamat Tahun Baru! Lepas tu imagine keluar emoji bunga api....
PadamAll the best dengan presentation nya sweetie Dania. Moga cemerlang selalu.
BalasPadamTerima kasih Mulan! Aamiin untuk doanya.
PadamAda nampak ads lalu lalang baju ni tak ingat brand apa. Tu yang tak suka pakai kalau baju tersama ni.
BalasPadamBayu Somerset Cie. Memang baju Bayu Somerset ni design ni memang ramai yang suka. Selalu sangat terjumpa.
PadamDesign baju bagus, tp memang bahannya jenis yg mudah kusut ya kak. Biasa tuh, kalau baju banyak diproduksi dan memang bagus, pasti banyak yg membeli. Akibatnya terkadang jumpa di jalan lah. 😅😅.
BalasPadamBahannya cotton Fanny tapi bila kita letak beg atas riba, terus baju tu berkedut tapi sedap pakai sebab serap peluh.
Padamhappy new year 2026...ari cuti ada presentation ye Dania
BalasPadamNi citer bukan tahun baru Amy. Tahun baru cuti. Selamat Tahun Baru.
Padammenara jam tu lawa sungguh! all the best utk dania!! my zharfan pun minggu ni sgt bz dgn test la, assignment la...sbb now dh week 12 kat uia..tinggal 2 minggu jer lg utk habiskan sem ni sblm revision week dan final exam
BalasPadamAll the best Dania ...
BalasPadamSebut pasal baju sama ni bila terpakai baju atau tudung yang sama dengan orang lain di tempat yang sama memang cepat cepat lari dan elak.. 🤣🤣
haha saya pun ada baju yg dania pakai tu :p memang baju awam! tapi kain dia selesa dan sejuk sbb cotton
BalasPadamKalau baju ramai yang pakai maksudnya cantiklah😊
BalasPadamHappy New Year...more success for this year ye Dania...all the best...
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.