Morning view dalam kampus dan presentation

Pagi-pagi kami ke Haura Cafe untuk breakfast. Dania pakai jam yang kawan dia bagi tu. 


Dalam perjalanan nak ke Fakulti Pertanian, kena lalu bawah jambatan ni. Jambatan ni lagi elok kalau dicat. Kalau maghrib ke mungkin nampak suram la jambatan ni. 


Lalu juga menara jam warisan budi putra. Baru je menara jam ni dibina. Rupanya lama dah menara jam ni dirancang pembinaannya iaitu pada tahun 2006. Kos sebanyak RM1.6 juta ni hasil sumbangan alumni dari pelbagai latar dan bidang. 

Ia akan menjadi bangunan ikonik tumpuan para pelajar ketika konvokesyen kerana ia berdekatan dengan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah tempat majlis konvokesyen diadakan. Ada tempat duduk ala stadium juga kat sini. 


Lalu kawasan ladang pulak. Tak sure ni ladang apa tapi Dania pernah la amali kawasan ni masa asasi dulu. Kena mencangkul sekeliling bawah pokok tu untuk buang rumpai.  


Dah tiba dah kat Fakulti. Dah berkedut pula baju bawah tu sebab pangku beg. Dania sangat jarang-jarang la pakai baju kurung ni. Kalau ada presentation barulah pakai. Baju kurung kedah design yang ni Dania kata baju awam sebab selalu nampak orang pakai. Kalau pakai, kadang pernah dengar kat R&R, suami ni cakap kat isteri dia...'eh baju you ni kan?', tak pun masa pakai kat Fakulti, Dania ada dengar orang belakang cakap 'eh baju tu sama dengan baju xxx la...cuba tanya dia beli kat mana?'. Hehehe. 

 

Moga presentation bertajuk IVM/IVF Embryo Production berjalan dengan lancar. 




XOXO,
Ezna

17 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Selamat tahun baharu dan moga tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya

    BalasPadam
  2. first time singgah sini... dan terus follow... selamat tahun baru 2026...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana sudi datang blog ni. Selamat Tahun Baru! Lepas tu imagine keluar emoji bunga api....

      Padam
  3. All the best dengan presentation nya sweetie Dania. Moga cemerlang selalu.

    BalasPadam
  4. Ada nampak ads lalu lalang baju ni tak ingat brand apa. Tu yang tak suka pakai kalau baju tersama ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bayu Somerset Cie. Memang baju Bayu Somerset ni design ni memang ramai yang suka. Selalu sangat terjumpa.

      Padam
  5. Design baju bagus, tp memang bahannya jenis yg mudah kusut ya kak. Biasa tuh, kalau baju banyak diproduksi dan memang bagus, pasti banyak yg membeli. Akibatnya terkadang jumpa di jalan lah. 😅😅.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bahannya cotton Fanny tapi bila kita letak beg atas riba, terus baju tu berkedut tapi sedap pakai sebab serap peluh.

      Padam
  6. happy new year 2026...ari cuti ada presentation ye Dania

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni citer bukan tahun baru Amy. Tahun baru cuti. Selamat Tahun Baru.

      Padam
  7. menara jam tu lawa sungguh! all the best utk dania!! my zharfan pun minggu ni sgt bz dgn test la, assignment la...sbb now dh week 12 kat uia..tinggal 2 minggu jer lg utk habiskan sem ni sblm revision week dan final exam

    BalasPadam
  8. All the best Dania ...
    Sebut pasal baju sama ni bila terpakai baju atau tudung yang sama dengan orang lain di tempat yang sama memang cepat cepat lari dan elak.. 🤣🤣

    BalasPadam
  9. haha saya pun ada baju yg dania pakai tu :p memang baju awam! tapi kain dia selesa dan sejuk sbb cotton

    BalasPadam
  10. Kalau baju ramai yang pakai maksudnya cantiklah😊

    BalasPadam
  11. Happy New Year...more success for this year ye Dania...all the best...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.