Meow dan Pizza Api

Ni saya nak keluar dah ni. Masa ni kucing hitam ni suka la tidur kat spoiler kereta saya. Bila keluar pintu dia akan terjaga dari tidur. Kalau tak tidur kat spoiler ni dia tidur atas kereta. Paling suka kat atas bumbung tu. Bila dia nak turun tu yang ada cop kaki kat cermin kereta tu. 

Kadang pok pok la badan dia ni ha...bila kereta ni tak ada dia sambung tidur pulak kat atas kereta lagi satu. Bila cukup time makan, dia pun 'Mao'. Bunyinya mao bukan meow. Kadang 'Wow'. 


Mengada sungguh dia. Kali ni bunyi dia hmm pulak. 


Lepas tu dah ke sana ke sini....penat la pulak kan. Teringin nak makan pizza. Jadi order Pizza Api kat Grab. Pizza ni kalau nak order kat Grab, dia ambik masa juga sebab Pizza ni lambat nak masak dalam 30-40 minit. Kalau lapar sangat kena order lain. Pernah la saya order Pizza ni masa makan kat Tapak Urban Street Dining @ Cyberjaya. Ambil masa lama juga nak masak ya....kang takut lapar-lapar kita pulak keluar 'api' sebab makanan lambat tiba. 😅


Saya order Pizza Fake Margherita.  Pizza margherita ni ada cheese, tomato dan daun selasih. Sedap la rasanya. Saya suka. 


Makan pulak dengan sos dari Sabah iaitu Sabacco. Sedap. 


Pizza ni makan dua slice pun dah kenyang jadi simpan la selebihnya. Sambung makan kemudian pulak. 




XOXO,
Ezna



 

11 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. wow...mantap juga rupa piza tersebut..kalau hujan memang layan tu dengan air kopi

    BalasPadam
  2. dah lama tak makan pizza... nanti nak order la weekend ni...

    BalasPadam
  3. sedapnya pizza! salam jumaat al mubarak ezz

    BalasPadam
  4. Hahaha.. Takut tu kalau Ezna yang keluar api gara2 tunggu pizza lama sangat.

    BalasPadam
  5. Tgk kucing hitam ni, terigt kucing sy nama sonic yg dh mati tu =(

    BalasPadam
  6. Salam tahun baru ezna.... haha makan pizza kena order yg cpt masak la ye... klu lambat takut kluar api ;p

    BalasPadam
  7. Saya lagi puasa HR ini, puasa ganti trakhir. Lihat pizza kakak, langsung teringin nak pesan pizza 😍😄. Sedaap sangat. Apalagi tipis dough nya.

    Lucu sangat si comel berbulu tuh yaa 😍😍😄.

    BalasPadam
  8. sama macam kucing saya, meow dia bunyi mow hahaha.
    pernah order apipizza ni kat grab. sedap saya suka!

    BalasPadam
  9. Ngam² pulak kucing tu lepak kat spoiler kereta.

    BalasPadam
  10. SA pun dah lama x makan pizza...terus teringin plak bila tengok entry ni

    BalasPadam
  11. sama macam Brown la ni.....suka tido or lepak atas kereta

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.