Memotong pokok

Kita mulakan operasi memotong pokok. Pokok kemboja depan rumah diantara yang dipotong. Reason nak potong sebab setiap hari daunnya luruh. Bukan sedikit tapi sangat banyak jadi membuatkan kami penat juga nak menyapu bawahnya. Kalau tak menyapu rasa sakit mata pulak tengok daun yang gugur tu. 


Ini pula hubby menebang pokok mangga belakang rumah yang tak pernah berbuah. Pokoknya kemain besar dan agak mengganggu jugak rantingnya masuk ke rumah jiran. Jadi, solusinya tebang je la. Pokok tinggi-tinggi ni juga tempat musang memanjat. Jadi kita tebang je la. Rumah belakang saya ni tanah lot jadi kemain banyak pokok-pokoknya. Saudara-mara berkaitan duduk kat 1 tanah yang luas. 


Setelah ditebang punya banyak ranting-rantingnya. 


Ni dia pokok kemboja berbunga banyak. Time nak tebang ni lah bunga dia keluar banyak. Cantik? Sayang? Ya memang sayang tapi apakan daya....daun-daun yang luruh pun sangat banyak. Nak bagi rendah je pokok ni supaya senang nak maintain. 


Memang rendang pokoknya. Teduh je bawah ni. 


Tugas saya?. Menarik tali bila hubby menebang. Ini untuk mengelakkan dari rantingnya jatuh ke laman jiran. Sebenarnya pokok ni saya yang tanam. Saya cucuk je batang dia. Tengoklah betapa tingginya dia ya?. 


Haa tudia....dah hilang dah dia. Kalau nampak pokok kemboja kat luar pagar tu pun sihat jugak. Gambar atas sekali dah gondol dah. Bawah pokok kemboja ni penuh pokok heliconia. Kena buang jugak sesekali sebab kalau tidak semak tau. Dia punya beranak-pinak la. Kawasan rumah kat sini, rumah kami kot paling banyak pokok lepas tu kebanyakkan semua tinggi-tinggi. Kat belakang ada satu pokok kelapa. Ada orang bagi katanya kelapa pandan tapi pokoknya kemain tinggi. Bukan kelapa pandan tu sebab kelapa pandan rendah je. 


Kenalah panggil lori roro hantar tong sampah industri. 


Pokok yang ditebang kat luar tu saya dan Dania settle kan dia masukkan dalam tong sampah ni. 


Nak settle kan lagi ranting-ranting pokok mangga yang ditebang tu. Ada 2 pokok mangga yang ditebang. Kanan dan kiri. Setakat hari ni dah penuh dah pun tong sampah ni. Bayangkan betapa banyaknya ranting-ranting yang ditebang tu. Bersyukur juga hubby ada gergaji yang guna petrol tu boleh la buat sendiri. Kalau tak, nak tebang pokok kena upah orang pulak. 




XOXO,
Ezna



12 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. mahal x sewa tong roro tu? kat ruamh SA xde pokok besar2..setakat pokok kari PZ tu..dia cantas dan pangkas sendiri...

    BalasPadam
  2. Wahhhh..Byk hasil potong pokok tu sis..kalau dkt kg ni mesti simpan buat bakar lemang time raya =)

    BalasPadam
  3. Cantik tgk bunga dia yang tumbuh dengan lebat... warna pink lak tu... btl la kalau dh byk gugur daun nya .. sakit pulak mata memandang ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantik memang cantik Afif tapi bila daun yang gugur tu banyak...tak sanggup pulak jadi kita trim sampai macam tu sekali la....

      Padam
  4. Taman Cie baru ni operasi tebang pokok besar2an. Pokok yang dah terlalu tinggi tu semua kena tarah. Nampak terang benderang bila dah kena tarah tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya memang terang la. Belakang pun potong jugak....senang nak maintain nanti.

      Padam
  5. Iya yaa, tinggi sangat pohon Kamboja Kakak 😅😅😅. Saya biasanya lihat pohon Kamboja tp tak setinggi itu. Dan memang bunga dan daun dia gampang luruh. JD kalau tak dibersihkan akan kotor lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya memang senang sangat luruhnya Fanny. Jadi penat tengok kalau asyik luruh je.

      Padam
  6. bunga pink tu cantik betul tp besar dan tinggi juagk pokoknya tu...dh potong2 semua, so dh kemas lah halaman rumah u tu ezz :) rumah i tak de pkok dah kat depan, lps reno ari tu..memang car porch semata2

    BalasPadam
  7. Sayang pokok kemboja tu tapi tu lah kan...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.