Masak lemak cili api tempoyak udang

Masa Dania balik staycation ada bawa durian yang dah dikopek yang diambil dari dusun kat Qowiy Village tu. Mereka dapat 5 biji buah dan bahagikan sesama mereka la. 

Ada durian yang yang dimakan dan selebihnya buat tempoyak sebab ada duriannya rasa masam. Dah lama juga saya tak makan tempoyak. Kalau ada, saya suka pair dengan ulam-ulaman. 


Ni kejadian tempoyak ni. Sempat makan dengan nasi la sedikit. 


Lepas tu teringin pulak nak makan masak lemak cili api tempoyak. Beli sayur yang sesuai masuk dalam masak lemak tempoyak dengan udang ni jadi saya beli kacang buncis. Kacang panjang kurang sikit saya makannya. Saya lebih suka kacang buncis. Udang pula hubby baru beli stok jadi apa lagi kan....

Kebetulan hari tu Dania agak busy jugak jadi lauk pauknya harus la pantas juga. Jadinya terjadilah lauk ni. Tempoyak tu bagi habis je sebab sebenarnya tak banyak sangat pun. Kuahnya bagi pekat sikit. Haa tudia satu lauk tapi dah ada sayur dalam ni. Ringkas. 

Dania makan dulu sebelum ke kelas. Alhamdulilah. 


Ada yang suka juga masak lemak cili api tempoyak?. 

Terima kasih la kepada mama sebab dah kenalkan Ena dengan tempoyak ni. Mama taruh je dalam pinggan. Mula-mula tak makan...lama-lama suka. Begitulah cara mama ajar makan tempoyak. 

***Ni kisah weekdays bukan weekend. 





XOXO,
Ezna

 

6 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Sedap sangat ni makan nadi lauk begini. Memang ngam betul, menambah nasi dalam pinggan.

    BalasPadam
  2. Tak pernah masak lemak tempoyak. Orang Pahang memang pure masak tempoyak je takde campur santan.

    BalasPadam
  3. Waduh sedapnya! Dah up ye cerita staycation Dania? Nanti sy scroll post sebelum ni...

    BalasPadam
  4. wahhhh Ana pun suka msk lemak cili api tempoyak & suka juga patin msk tempoyak! hehe

    BalasPadam
  5. Wak masih tak pandai makan tempoyak dan masi belum mencuba try lagi.

    BalasPadam
  6. kita tk mkn tempoyak raw..tp kalo dh masuk dlm gulai okla..pekat btul kuahnya tu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.