Sambal tumis udang dengan petai. Kebetulan ada petai 3 papan yang hubby beli jadi...masakan yang ngam kita buat la ni. Petai ni saya suka belah dua sebab kat tengah tu kadang-kadang ada ulat jadi bila belah tengah tu senang nak buang yang buruk. Boleh terjerit kalau ternampak ulat. Hehe.

Sebelum masukkan petai, kena asingkan lauk Dania dulu. Dania tak makan petai. Bila dah asingkan barulah senang hati masukkan petai pulak.
Ikan goreng.
Pucuk paku tumis.
Lauk sambal sotong ada lebih masa makan nasi lemak waktu breakfast jadi buat lauk la masa makan tengahari. Tak banyak pun sotong yang tinggal.
Tema hari ni makanan laut la. Saya suka sangat masakan laut dan masakan bersambal ni.
Masak apa hari ni?.
XOXO,
Ezna




Ngam teruk menu ni sedapnya sambal udang petang.
BalasPadamAduh typo pulak nak tulis sedapnya sambal tumis udang petai. Lepas ke petang pulak 😆
BalasPadamsampai ke hari ini saya pun tak makan petai
BalasPadamSedapnya udang sambal petai tu.. Linda pun suka belah 2 petai, senang nak nampak ulat..hihihi
BalasPadami masak utk bf jer ari ni ezz ie nasi lemak. then tengahari gi mkn dlm cafe uia ajer sbb kebetulan ariff ada program motivasi kat sek dia..so lps amik dia, terus singgah cafe uia
BalasPadamSemua sedap², esp sambal udang petai tu .... Sy masak kari ikan bawa ke asrama :)
BalasPadamKat sini pun tema laut... menantu datang masak ketam!
BalasPadamDania samalah macam wak tak makan petai.
BalasPadamPn is3 wak kalau masak pun kena buat macam tu, asingkan yang ada petai dan tak.
Aduhai, trliur tgk sambal udang petai tu =D
BalasPadamPetai + udang, memang combo maut lah, favorit sangat sampai lupa melirik lauk lain 🤣❤️❤️❤️. Saya jarang belah petai. Langsung masukkan bulat2. Kalau masalah ulat, anggablah additional protein hahahahah
BalasPadamMakan malam kami juga ada ikan goreng..suka makan ikan yang rangup isi tebal sedap tu..hehehe
BalasPadamSedapnya sambal petai! Nasib baik semalam baru saja makan sambal udang kak ipar masak
BalasPadamAhad haritu saya masak Kari Daging+Ikan Masin Goreng Bawang+Kubis Goreng..terajin gitu hihi...
BalasPadamBetul tu Kak Ezna...petai tu kena belah..seram makan sebab kadang-kadang tu elok cantik kat luar, sekali kat dalam elok gemok ulat dia tu...dulu saya pun macam Kak Ezna kalau belah tu menjerit jugaklah sebab terkejut nampak ulat hahaha..sekarang dah tak menjerit..tapi satu je, kadang-kadang sampai nak terpelanting pisau pulak jadiknya sebab terkejut..bahaya kan...
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.