Lauk tengahari hari minggu

Sambal tumis udang dengan petai. Kebetulan ada petai 3 papan yang hubby beli jadi...masakan yang ngam kita buat la ni. Petai ni saya suka belah dua sebab kat tengah tu kadang-kadang ada ulat jadi bila belah tengah tu senang nak buang yang buruk. Boleh terjerit kalau ternampak ulat. Hehe. 


Sebelum masukkan petai, kena asingkan lauk Dania dulu. Dania tak makan petai. Bila dah asingkan barulah senang hati masukkan petai pulak. 


Ikan goreng. 


Pucuk paku tumis. 


Lauk sambal sotong ada lebih masa makan nasi lemak waktu breakfast jadi buat lauk la masa makan tengahari. Tak banyak pun sotong yang tinggal. 


Tema hari ni makanan laut la. Saya suka sangat masakan laut dan masakan bersambal ni. 

Masak apa hari ni?. 




XOXO,
Ezna



 

13 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Ngam teruk menu ni sedapnya sambal udang petang.

    BalasPadam
  2. Aduh typo pulak nak tulis sedapnya sambal tumis udang petai. Lepas ke petang pulak 😆

    BalasPadam
  3. sampai ke hari ini saya pun tak makan petai

    BalasPadam
  4. Sedapnya udang sambal petai tu.. Linda pun suka belah 2 petai, senang nak nampak ulat..hihihi

    BalasPadam
  5. i masak utk bf jer ari ni ezz ie nasi lemak. then tengahari gi mkn dlm cafe uia ajer sbb kebetulan ariff ada program motivasi kat sek dia..so lps amik dia, terus singgah cafe uia

    BalasPadam
  6. Semua sedap², esp sambal udang petai tu .... Sy masak kari ikan bawa ke asrama :)

    BalasPadam
  7. Kat sini pun tema laut... menantu datang masak ketam!

    BalasPadam
  8. Dania samalah macam wak tak makan petai.
    Pn is3 wak kalau masak pun kena buat macam tu, asingkan yang ada petai dan tak.

    BalasPadam
  9. Aduhai, trliur tgk sambal udang petai tu =D

    BalasPadam
  10. Petai + udang, memang combo maut lah, favorit sangat sampai lupa melirik lauk lain 🤣❤️❤️❤️. Saya jarang belah petai. Langsung masukkan bulat2. Kalau masalah ulat, anggablah additional protein hahahahah

    BalasPadam
  11. Makan malam kami juga ada ikan goreng..suka makan ikan yang rangup isi tebal sedap tu..hehehe

    BalasPadam
  12. Sedapnya sambal petai! Nasib baik semalam baru saja makan sambal udang kak ipar masak

    BalasPadam
  13. Ahad haritu saya masak Kari Daging+Ikan Masin Goreng Bawang+Kubis Goreng..terajin gitu hihi...
    Betul tu Kak Ezna...petai tu kena belah..seram makan sebab kadang-kadang tu elok cantik kat luar, sekali kat dalam elok gemok ulat dia tu...dulu saya pun macam Kak Ezna kalau belah tu menjerit jugaklah sebab terkejut nampak ulat hahaha..sekarang dah tak menjerit..tapi satu je, kadang-kadang sampai nak terpelanting pisau pulak jadiknya sebab terkejut..bahaya kan...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.