Laksa dah ubah tempat

Ada satu hari tu Dania lapar tapi saya tak masak lagi tengahari. Plan bila Dania balik baru nak masak. Sekali....dah lama la kami tak makan laksa yang kami selalu makan tu. 

Bila lalu, eh eh ummi ni food truck laksa tu. Dah ubah tempat la pulak. Kalau kat sini tak best la pulak sebab bukan bawah pokok. Tempat dulu bawah pokok jadi teduh sikit. Sini cam panas sikit. Nampak ada pelanggan juga yang kata dah pergi tempat lama lepas tu singgah pulak sini. Kebetulan time kami pergi tu laksa ni baru je kat port sini. First day katanya. 

Reason tak parking kat port lama sebab dia dah tak buat cendol dah. Alkisahnya orang yang menjual santan sawit tempat orang laksa ni selalu beli tu dah pindah dah. Orang laksa ni kata kalau guna santan biasa tak sedap. Bila dia parking kat port lama, orang dok tanya tak jual cendol ke....agaknya ramai yang tanya dia pun rimas jadi dia cari port baru pulak. 

Tak jual cendol dah. Sekarang dia jual teh ais pulak. Teh ais pun teh ais la. Dania dan saya minum teh ais dan mestilah gu dengan......


Laksa.....


Tak ada cendol pun tak apa janji ada laksa. Hehe. Dania kata teh ais pun sedap. Rasanya tak manis, tak tawar. Secukup rasa. Kalau teringin laksa lagi boleh la singgah ke sini. 




XOXO,
Ezna

 

17 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Kalau bawah pokok tu selesa layan .. kalau mcm panas la sikit tapi demi semangkuk laksa layan jer la hihihii

    BalasPadam
  2. Best makan laksa dekat tempat open macam ni. Tapi kalau ada pokok rendang lagi syok, kan.

    BalasPadam
  3. Sy suka laksa dekat depan R&D Sony tu sis...Mee rebus dia pun sedap jgk pd sy =D

    BalasPadam
  4. nampak rupa paras laksa tu SA tau memang sedap.ni laksa beras kan bukan laksa yang licin tu...

    BalasPadam
  5. sedap nya laksa...teh ais pun sedap juga

    BalasPadam
  6. kalau bawah pokok,redup sket nak santai2 makan tu kan

    BalasPadam
  7. Nampak sedap laksanya tu... Sy lagi suka teh ais dari cendol hehe

    BalasPadam
  8. Baru tadi belikan laksa untuk anak. Teh ais pun sedap jugak.

    BalasPadam
  9. Dah lamaaaa tak makan laksa yg macam ini. Laksa Penang kan? Mirip soalnya. Saya sukaaaaa. Walaupun dulu awal2 memang tak mampu telan, sebab dari ikan kuah nya. Tp saat diajak teman kuliah coba lagi di tempat lain, baruuu saya suka kak 😄😄.

    BalasPadam
  10. Sedapnya..esok nak cari kat Pasar Malam😄

    BalasPadam
  11. Traknya betul² tepi jalan tu.
    Kalau dah sedap laksanya... orang pun akan cari. Cuma sayanglah supplier santan sawit pindah pulak.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.