Breakfast di Mak Kimbong di tahun baru 2026

Ni cerita 1 Januari 2026 ni. Paginya kami bersarapan ni Mak Kimbong. Mulanya nak ke Warung 70's tapi tutup pulak. 

Ok jom tengok la kami makan apa ni. 
Saya makan bihun sup. Ada cili dan sos untuk makan dengan bihun ni. 


Nasi putih dengan lauk ayam dan bergedil untuk Dania. 


Hubby makan kuih je. Ni kuih akok. Hanya nak makan ringan sikit sebab ada jemputan makan untuk AJK surau. 


Beli jugak roti dan cream puff. Ni tapau je la. 


Dania pun ada beli kek matcha strawberry. Rasa sikit dan tak berapa suka la saya. Creamy rasanya. Matcha tu pun saya tak suka pula warnanya tu. 


Restoran Mak Kimbong ni bukan hanya ada dua pintu je ya...


Ada tiga pintu kat deretan ni walaupun terpisah dengan 2 klinik. Kat depan Mak kimbong ni pun ada juga kedainya. Kalau nak pilih makanan kat kedainya yang pertama tu. keseluruhan 4 pintu. 


Bila balik, Selamat Tahun Baru 2026 Mao!. 🐱


Kadang breakfast ni selalu ulang kedai yang sama. Kalau boring situ tukar tempat lain tapi kedai yang selalu pergi la. 




XOXO,
Ezna

11 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. unik nama restoran tu. part ulang2 mkn tempat sama tu, sama mcm my family jugak esp mr hubby, tak suka sgt try tempat2 baru..alih2 ulang jer bf tmpt sama, gilir2 few places/kedai

    BalasPadam
  2. nama Restonya unik ya, Mak Kimbong
    Lama nggak ke Malaysia, jadi kangen sama rasa ayam goreng disana, menurutku enak ya, mungkin bumbu rempahnya yang membuat beda dengan di Indonesia

    BalasPadam
  3. Pernah datang Mak Kimbong tapi tak jadi makan sebab tengok ramainyaaa. Tiga² restoran dia penuh masa tu. Menarik makanan² yg Ezna pilih tu. Samalah kita, asyik mengulang tempat makan yg sama jer.

    BalasPadam
  4. Selalu lalu lalang video rest MK ni. Menarik tengok makanan mereka banyak pilihan. Mereka pun selalu share cara penyediaan bahan sebelum restoran dibuka.

    BalasPadam
  5. Banyak kan kedainya. Macam2 menu pening nak pilih.

    BalasPadam
  6. Samalah.. biasa pergi kedai yang sama je.
    Memang nampak pelik pulak kaler matcha tu.

    BalasPadam
  7. Selamat menjamu selera
    Selamat tahun baharu 2026

    BalasPadam
  8. Berkali2 dengar Mak Kimbong ini. Blm rezeki bisa visit dan coba. Kalau sering penuh , berarti memang sedap lah yaa 😍.

    Kita sama kak, tak seberapa suka matcha. Dah coba beberapa kali, di cafe berbeda, memang semuanya tak sesuai dengan selera saya 😅😅.

    BalasPadam
  9. Saya pun pernah dengar nama Mak Kimbong ni. Rasa macam pernah baca ada teman blogger lain yang share. Comel Mao!

    BalasPadam
  10. Kedai Mak Kimbong tu macam- macam pilihan ada kan...sebab tu x kisah ulang- ulang kedai

    BalasPadam
  11. lama dah tak makan sini. port breakfast best ni sebab banyak pilihan!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.