Bertugas membeli untuk jualan Warong Ansci

Sebelum ke Fakulti, singgah dulu beli kuih-muih kat sini sebab Dania ditugaskan membeli 3 jenis kuih untuk jualan Warong Ansci sempena Agriculture Career Fair 2026. 

Ini selalunya orang panggil gerai tepi jalan Uniten. Terletak kat roundabout Uniten. 1.2 km je dari Fakulti Pertanian, UPM tu. Pagi-pagi pun dah buka gerainya. Ni sebelum jam 9.30 pagi ni. 


Dania kena beli 25 cakoi, 10 donut dan 10 karipap. Harga semuanya 80 sen. Masih ada lagi kuih-muih berharga sen ni. 


Ummi, Ayah dan Dania masing2 masukkan kuih dalam plastik. 


Dania bayar dulu lepas tu terlupa nak tunjuk kat orang gerai ni sebab lebih sibukkan nak redeem bayaran kuih dari kawan dia. Hehe. Senang nak kira sebab semuanya 80 sen. 


Tiba je berdekatan dengan Dewan Pertanian ni nak dropkan kuih-muih dan novel preloved Dania. 


Ummi siap-siap kamera dah ni. Hehe. 






Semua ni muka familiar dalam kelas Dania....ummi rasa lega sebab Dania lebih bersemangat untuk ke kelas sekarang berbanding kelas course lama dulu. Ada yang Dania ngam yang saya cerita lagi 3 orang lagi tu. Pergi mana-mana berempat tu lah tapi Dania kiranya setahun muda la pada mereka. Kalau dulu nak ke kelas course lama memang tak berapa ada semangat sangat tapi yang pelik dalam exam perform pulak tu. Paling tinggi CGPA masa sem 1 dalam kelas. Sem 1 & sem 2 dapat naik pentas untuk sijil dekan. Tercalon pulak untuk Anugerah Universiti 'Anugerah Syed Kechik' bagi Fakulti Pertanian. Kiranya ni anugerah untuk pelajar baharu. Kalau ikutkan ni stay ajelah kan kat course lama....tapi tuan badan tak happy pun. Ada kawan tapi lonely....entah la susah nak cerita....ada yang menanya kenapa Dania tukar program....

Ni....saya nampak kegembiraan terpancar kat wajah. Saya pun menggalakkan Dania tukar program. Ikutkan bayaran yuran jika tukar program ni saya kena bayar 10 sem (5 tahun) lah. Kalau normal hanya 8 sem (4 tahun) je. Dania mulanya risau la sebab kena bayar lebih la kan tapi saya kata takpelah....anak seorang ajer sebab yang nak belajarnya anak. Takkan la kita paksa dia stay kat program yang dia tak happy. Duit boleh dicari....kalau cakap dengan ayah Dania pun dia setuju je sebab Dania yang nak belajar. 

Tapi...ummi pesan kena buat betul-betul untuk program ni sebab program ni memang sains kan. Program lama tu campuran sains dan sastera. 

Ummi pun happy la bila Dania happy. 




Ada pulak si kecik ni kat sini. Buat apa kat sini?. Saje la sesiapa nak pegang dia silakan....dah namanya untuk Warong Ansci (Animal Science). Tak berani saya nak pegang macam ni. Kalau setakat cuit-cuit belakang badan berani la kot. 😅


Lepas dah hantar barang-barang kat gerai terus ke kelas dan pukul 12-2 pm nanti bertugas jaga gerai. 


Ummi doakan yang terbaik untuk Dania. Impian tinggi nak cuba mencapai sijil dekan semester ni. Moga baik-baik ajer dan Allah membenarkan impian Dania tercapai. 

Petang ni English Assessment (Spoken Communication for The Workplace) pun ada bermula jam 6.45 petang - 7 malam. Saya tunggu sekejap je kot tak balik. 




XOXO,
Ezna










13 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Betul kak. Belajar kalau dipaksa, malah tak bagus nanti. Tak maksimal. Saya pun membebaskan anak2 saya nak pilih program apa saat kuliah. Sesuai kemampuan merekalah. Kita support saja kan.

    Murah2nya kue 😍😍😍. Tiap ke KL atau Penang, tak pernah saya lihat kue yg masih sen harganya 🤣

    Jadi Dania jual preloved novel dia?

    BalasPadam
  2. Pernah lalu gerai tepi jalan kat uniten tu... tp x berhenti la... dlm kereta pun dh tau meriah kuih-muihnya... seronok tgk mcm bazaar ramadhan je

    BalasPadam
  3. Beli kuih modal 80 sen bolehlah jual seringgit satu.

    BalasPadam
  4. 80 sen tu murah sgt utk rate klang valley :) tiba2 i terliur cakoi hahhah

    BalasPadam
  5. wah masih ada yang jual kuih harga 80 sen sebiji ye...bagus ni...maybe harga student kot ni kan...

    BalasPadam
  6. moga yang baik2 je untuk Dania.. kita mak2 nie memang tak sampai hati kalau dengan anak...selagi mampu dan tak memudaratkan.. kita cuba la penuhi...

    BalasPadam
  7. All the best Dania. Alaaa geli nya yang pegang di tangan tu.

    BalasPadam
  8. Aunty pun doakan Dania berjaya capai cita² dan berjaya dlm apa juga bidang yg Dania pilih ❤️

    BalasPadam
  9. Kak Ezna, dulu kan kalau terpergi ke Putrajaya memang "wajib" la singgah kat bazar kat bulatan Uniten tu..suka sebab meriahhh....
    Betul lah tu Kak Ezna..biarlah anak happy bila belajar..nanti dah habis ada kenangan yang baik-baik yang dibawa sampai bila-bila kan..
    Semoga yang baik-baik sahaja untuk Dania..Aamiin...😍

    BalasPadam
  10. hebat la Dania tak happy pun boleh perform, boleh score.

    BalasPadam
  11. Bila baca konten UPM...pasti saya teringat anak saya di Serdang sekarang...dia memang lincah dan tak pernah duduk diam juga...semoga Dania dan Darwina ( anak saya) ditakdirkan berjumpa nanti

    BalasPadam
  12. Pernah singgah juga gerai kuih tepi jalan ni, macam-macam ada. Goodluck Dania.

    BalasPadam
  13. dania sebelum ni bukan course animal science jugak ke? banyak keretapi yg saya tertinggal dah ni hahaha.
    setuju sangat bila anak rasa tak bersemangat dalam course tu, usahlah paksa dia stay situ. nanti tak happy sepanjang belajar pula kan. semoga dania dapat score dekan every sem!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.