Bergotong-royong dan makan bagaikan kenduri

Minggu ni seminggu Dania dan kawan-kawan Bacelor UPM tengah cuti study week tapi 27 Jan 2026, Dania cakap Jabatan Sains Haiwan ada buat gotong royong. Dania pada mulanya malas nak turun padang cakap cuti-cuti pun ada aktiviti kat Fakulti. Dania sibuk mengulangkaji pelajaran untuk Final Exam coming soon ni. Lepas tu bila tengok yang kata boleh datang pun tak ramai jadi Dania macam kesian pulak. Kawan-kawan ramai yang ambik kesempatan pulang ke kampung halaman. Saya kata pergi je la sebab rumah kita pun dekat je. Mana tak dekat 5 km je dengan Fakulti Pertanian tu 😅. Dania kata akan pergi jika selesai menelaah untuk 1 subjek tu. Akhirnya waktu malam Dania decide nak pergi gotong royong tu. Ummi membayangkan sound effect orang bertepuk tangan kat Tik Tok tu. Hehe. 

Bawah ni Dania cerita Dania dan kawan membersihkan reban ayam. Lepas tu ayam bising-bising....lepas tu ada sebiji telur. Ingatkan riuh sebab apa. Rupanya ada seekor ayam bertelur sebiji, riuhnya sekampung. Betullah perumpamaan tu. 


Jadi gotong royongnya membersihkan kandang haiwan. Kat Jabatan Sains Haiwan ada kandang haiwan yang ada ayam dan kura-kura. Rasanya arnab pun ada kot. Saya ada suruh Dania hantar gambar gotong royong. Hmmmm frust betul 3 gambar awal ni dihantar kat whatsapp. Mana tak frust, muka anak sendiri tak ada. Ada gambar kandang dan haiwan. Hehe

Membersihkan kawasan sekitar sini.


Kat bahagian tengah Jabatan Sains Haiwan ni luas. 

Credit : FB Jabatan Sains Haiwan UPM

Kura-kura ni nampak berkilat sebab Dania mandikan dia. Hehe. Dania kata kura-kura ni baik. 


Barulah ada gambar ramai-ramai. Ada staff sekali dengan student. 


Credit : FB Jabatan Sains Haiwan UPM

Credit : FB Jabatan Sains Haiwan UPM

Lepas bergotong royong, makanannya mewah ya. Ala ala kenduri Dania kata. Ada kambing bakar yang disembelih dari kambing yang ada kat tempat amali UPM ni. Fresh la tu. Ada seorang Dr ni memang jaga kambing-kambing ni kemudian ada yang cakap Dr tak lalu la tu nak makan kambing tu. Nasi minyak dengan lauk pauk yang banyak beserta desserts lagi. Ada kek etc.

Saya ingatkan Dania dapat pack food jadi lepas ambik boleh balik....rupanya makanan berhidang jadi saya tunggu la kejap dalam kereta. Biar Dania makan dulu. Kawan Dania sampai bertambah nasi tu. Ye lah lauk pauk ala kenduri tu. 


Dania kata gambar ni kawan sekelas nama Taqif yang ambik. Barulah nampak anak ummi makan apa tu. Kambing ada, ayam ada, buah tembikai ada. Tak nampak sangat kat gambar coleslaw. Dania kata malu nak menambah kambing jadi Dania tambah coleslaw je. Hehe. Kawan sebelah Syahirah tambah kambing. Sebelah Syahirah, Dr. Nazri dan Dr. Faris yang ajar kelas Dania semester sebelum ini. Dr. Nazri cakap dengan Dania ni saya kenal ni (merujuk kepada Dania) sebab suka duduk depan. Dania dan 3 lagi kawannya memang suka duduk depan masa kelas. Orang lain pakat duduk belakang. Saya juga bukan sejenis duduk depan...hehehe....takut kena tanya dengan lecturer time dulu. 😆. Kalau saya kena duduk depan, mesti tak panggung kepala....tunduk je. 😅

Credit : FB Jabatan Sains Haiwan UPM

Masa tengah tunggu Dania tu nampak lecturer ayah kawan Dania yang kami melawat kat hospital baru-baru ini. Kemain laju menuju ke Jabatan Sains Haiwan tu. Saya cerita dengan Dania. Tak lama kemudian Dania kata lecturer tu dah tiba kat Jabatan dah. Mewah betul makanan untuk mereka yang bergotong-royong ni. Lecturer yang datang makan pun dari Jabatan sini juga.
Alhamdulilah. 

***Gambar ada yang diambil dari phone Dania dan fb Jabatan Sains Haiwan UPM. 





XOXO,
Ezna

 

23 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Rajin Dania gotong-royong, tak takut pula dengan haiwan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak takut sebab memang minat haiwan dan ambik course pun Sains Haiwan. Tapi ada juga yang Dania geli iaitu ular. Lain-lain ok.

      Padam
  2. alhamdulillah...rezeki yang datang bergotong royong.. ye, kadang2 minggu study week ramai yang ambil kesempatan balik kampung...eh, linda tak ingat pun ada minggu study week, rasanya macam exam je terus.. cuma nya untung kalau paper yang ambil tu lambat lagi tarikhnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada Uni yang tak ada study week terus je Final Exam. Memang ramai yang balik kampung pun. Tinggal pun berapa kerat je.

      Padam
  3. Alhamdulillah... rezeki dapat makan sedap.. lagi tambah sedap makan dengan kawan-kawan

    BalasPadam
  4. Bagus Dania..sentiasa memikirkan untuk kelancaran program..betul tu kalau x ramai yang join macam mana plak kan...part makan paling best..ye la meriah betul makanan tu ha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam kenduri dah SA. Lauk pauk banyak dengan desserts sekali. Semua cukup.

      Padam
  5. Cantik kura-kura tu.. mgu ni mmg study week, anak kazen sy yg di um pn balik kuching, maknya yg suruh balik anaknya mmg la x lepas peluang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh jauh juga tu nak balik ya....tapi kalau mak suruh memang balik la. Ada yang tak balik sebab takut kalau tiba rumah, tak menelaah pulak pelajaran.

      Padam
  6. Memang berkilat betul kura kura tu. Kalau lah kena mandikan, alaaa geli lah rasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe....Dania dia berani dengan haiwan Mulan. Kalau saya pun sejenis geli juga tapi kalau haiwan keras ada cengkerang saya ok. Kalau yang berbulu maaf....saya geli....

      Padam
  7. Letih membersihkan , tapi dapat lunch yg sedap yaaa 😍😍😄. Memang kalau dah kuliah di jurusan ini, harus siap juga membersihkan kandang2 ya kak. Saya kalau bab bersih2 kandang, kecuali kucing tak apa. Hewan lain, nanti dululah 🤣🤣

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini cuma mereka yang sukarela ingin membantu Fanny. Ini dalam Departemen sains hewan ini sahaja. Belum lagi di tempat amalinya di ladang yang ada kambing dan lembu. Setiap tahun ada program membersihkan kawasan sekitar hewan ini dan Fakultas Pertanian ini iaitu mengecat kelas, membersihkan kandang hewan dan kawasan sekitarnya, ada juga menanam pokok untuk tambah pokok-pokok di sini. Sesuai dengan namanya Fakultas Pertanian yang bertanggungjawab ke atas pokok-pokok dan hewan.

      Padam
  8. Macam mana la Dania sukat 'kebaikan' kura2 tu...? Hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe...tau pulak tu kura-kura baik. Mudah nak bersihkan badan dia kot UG. Tak meronta-ronta. Nak meronta macam mana....dah kura-kura ni jenis slow.

      Padam
  9. tak sia2 penat bergotong royong dihidangkan makanan yang meriah.

    BalasPadam
  10. Rugi siapa yg tak datang gotong royong ni hikhik ... Berkilat cengkerang kura² :)

    BalasPadam
  11. Berkilat betul kura-kura tu Dania mandikan hihi...
    Bagus ye program nih..bersih semua kandang-kandang yang ada...
    Saya dulu suka duduk depan atau pun paling belakang...depan selalunya jarang-jarang je lecturer Tanya...kalau duduk tengah iya seram..sebab mata lecturer memang direct ke kita hihi...

    BalasPadam
  12. bestnya kambing bakar! rezeki dania dpt mkn best2 tu lps penat cuci kandang haiwan

    BalasPadam
  13. Uishhhh... kemain berkilat kura² tu.. good job Dania.
    Dulu waktu study biasalah yang sampai awal penuhkan barisan tengah dan belakang. Yang lambat kena duduk depan😆

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.