Keluar rumah awal sikit sebab Dania ada assessment untuk subjek CEL2105 (Spoken Communication for the Workplace) yang dijadualkan jam 6.15 petang. Mereka akan diberikan satu tajuk untuk mereka satu group discuss. Tajuk yang group Dania dapat ialah team building. Lecturer akan bagi masa tu. Ni saya tahu sebab kejadiannya dah berlaku.
Disebabkan hanya mengambil masa ± 20 minit ajer jadi saya pun tunggu je la sini.
Kita ambil gambar sekitar Fakulti ni la ya. Ada tempat duduk batu juga kat sini. Saya nampak beberapa tempat duduk batu.
Tempat duduk batu tadi tak ada bumbung. Ini pula di bawah bumbung.
Sunyilah kat sini sebab jarang ada kuliah lewat petang. Kat Fakulti Dania ada. Bermula jam 5 petang sampai jam 7 malam. Lecturer dari Fakulti ni yang akan ke Fakulti Pertanian mengajar. Dania ke sini sebab bilik kosong kat Fakulti Pertanian tak ada jika assessment ni nak diawalkan jadi solusi buat kat dalam bilik lecturer ajer tapi kena datang la Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi ni.
Ini confirm la pokok Mulberi ni. Tak ada buah.
Tepi Fakulti ni masih ada kawasan hutan lagi. Bukan kat sini je. Masih banyak lagi kawasan hutan yang belum diteroka kat UPM tu. Haiwan liar pun ada seperti babi hutan, musang etc...
Ternampak banner kat pagar sebelum masuk kawasan rumah tradisional.
Kawasan rumah tradisional ni nampak suram la waktu petang. Efek seram pula dari pokok yang mempunyai juraian tu.
Ni mungkin rumah tradisional Terengganu. Gate kawasan ni buka tapi tak boleh masuk dalam kawasan ni sebab kena minta kebenaran pihak Muzium Warisan Melayu dulu.
Dah nak gelap dah ni.
Depan Fakulti ni ada tempat tunggu bas.
Kat UPM ni banyak juga la ambil subjek Bahasa Inggeris ni. Dania kena ambik :
1. 24 mata LAX. (Ambik la mana-mana topik dan matanya kena capai 24 mata) Ada 6 mata dan 12 mata. Kalau ambik yang 12 mata kena ambik 2 kali je la. Kalau 6 mata ni singkat sikit la masanya. Video kena hantar 6 je berbanding 12 mata LAX yang kena hantar 12 buah video. Hanya diadakan online dengan group yang mendaftar sekali subjek ni. Jadi tiap minggu kena la jumpa sebab nak buat online meeting.
a. LAX2047 Poetic Society (6 mata) ✅
b. LAX2015 Have Food Will Travel (6 mata) ✅
c. LAX2018 Teh Tarik Book Chat (12 mata) Ambil semester ini. Dania kata nak terus habiskan LAX ni.
2. CEL kena ambil 2 iaitu :
a. CEL2105 (Spoken Communication in the Workplace). Ambil semester ini.
b. CEL2106 (Communication for Professional Development). Ambil semester depan.
3. LPE kena ambil dua iaitu :
a. LPE2403 (Academic Interaction and Presentation) ✅
b. LPE2503 (Academic Writing) ✅
Pengambilan LAX, CEL dan LPE ni mengikut band MUET yang Dania dapat. Bila naik Year 3 tu dah tak payah la ambik Bahasa Inggeris dah. Concentrate pilih elektif untuk program ijazah pulak.
Tulis sini sebab nak ingat balik pengalaman ambik Bahasa Inggeris ni. Kat UPM ni kemain banyak pulak kena ambik kursus Bahasa Inggeris ni.
Assessment Dania macam mana?. Lecturer kata kat Dania you did ok. Tak ada komen lain dah. Kawan segroup ada la lecturer komen pasal grammar. Ada band juga untuk subjek CEL2105 iaitu yang tertinggi Band 4. Dapat sijil juga katanya untuk pelajar yang dapat band tertinggi. Moga ada rezeki Dania mendapat band tertinggi. CEL dan LAX tak ada jam kredit. LPE pula 3 jam kredit. Semua Bahasa Inggeris ni kena ambik untuk melayakkan untuk graduasi jadi kena tengok betul2 apa yang kita wajib ambik.
XOXO,
Ezna

All the best utk dania! my zharfan dh start final exam. semlm his 1st paper. ada lagi 4 paper tapi byk gap jugak...1st week of feb nanti baru abih all the papers
BalasPadamThanks Suzz. Moga Zharfan dapat menjawab exam dengan tenang dan tepat mengikut skima pemarkahan. Moga dean's list dalam genggaman. Aamiin. Oh 5 paper juga sama dengan Dania. Dania sem ni ambik 7 subjek tapi 5 je ada final exam. Lagi 2 tu english dan kena lulus untuk grad nanti.
PadamAll the best Zharfan! Dania 1st week of Feb tu baru nak mula first paper.
Wahh bagus ye Dania...Alhamdulillah...
BalasPadamAll the best untuk the rest, Aamiin..Semoga dipermudahkan Dania menuntut ilmu...Aamiin...
Thanks Sue. Aamiin untuk doa Sue.
PadamBanyak jugak kena ambil tu. Struggle anak2 nak menuntut ilmu. Semoga dipermudahkan.
BalasPadamIya...banyak kursus Bahasa Inggeris ni jadi bila campur dengan matapelajaran kursus tu jadi banyak.
Padamsemoga dania berjaya dapat band tinggi!
BalasPadamAamiin. Terima kasih. :)
PadamSaya pun tak berani masuk ke tempat2 yg banyak pohon beringin begtu, apalagi ada juntaian talinya hahahahahha. Memang seraaam.
BalasPadamSemoga Dania bisa mendapat band tertinggi yaa. Saya yakin Dania bisa, sekarang nih pun memang rajin dan disiplin anaknya kan
Ya selalunya orang cakap Kuntilanak suka bergayut di situ. Tak tahulah.....seram kan? Kakak ambik ni pun sore. Terima kasih Fanny. Kita menggalakkan anak2 ini supaya belajar bersungguh-sungguh tapi anak yang kena kekal semangat ya.
PadamWow...padat gak ye...semoga Dania berjaya cemerlang dan dapat band tinggi selalu...
BalasPadamAamiin. Terima kasih SA. Memang banyak kena ambilnya.
PadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.