Watsons Pink berwarna Pink?

Masa pergi Sunway Pyramid ni ternampak Watsons Pink ni. Memang kalau nampak je mesti rasa nak masuk. 


Watsons Pink ni lebih kepada barangan kosmetik la kalau dari apa yang saya nampak ni. 


Pandai pulak disusun barang comel belah depan ni. Dah ambik tengok2 dah saya dan Dania. Hehe. 


Perfume disusun sebegini ni memang nampak cantik dan kemas. 


Ni rasanya span untuk muka ni. Cantik tersusun dalam ni. 


Ini untuk kuku pulak ya. 


Ni macam cake dan pastries sebenar tetapi ia adalah kosmetik ya. Cermin muka kat bawah sekali tu ala ala cermin muka zaman dulu yang boleh nampak kat dalam filem Titanic. 


Apa yang ada dalam box cantik di atas? Ada sampai 42 item ya. 


Barang yang diperagakan ni sangat unik. Boleh ambik gambar juga kat sini. 


Masa tak mengizinkan untuk explore lama-lama kat Watsons Pink ni. Ada beberapa juga branch Watsons Pink ni. Ada yang berdekatan dengan you alls ke?. 

Watsons Pink hanya terdapat di :
  1. Sky Avenue, Genting Highlands, Pahang
  2. Sunway Pyramid, Bandar Sunway, Selangor
  3. Central I-City, Shah Alam, Selangor
  4. Nu Sentral, Kuala Lumpur


***Saya akan slowly bw kat rumah you alls ya. Saya baru tukar template blog ni nak bagi senang nak manage jadi perlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan template baru ni. Nak kerjakannya pun ambik masa. 

Terima kasih kerana sudi baca blog saya. 




XOXO,
Ezna
 

29 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Baru pertama kali ni tengok Watson Pink. Belum pernah nampak di mana2 lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rupanya memang tak banyak pun branch dia Cie. Ni pun baru pertama kali juga masuk kedai dia.

      Padam
  2. wah cantik la watson pink..ada 3 tmpt je ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. So far kalau google latest hanya ada kat 3 tempat ni je Amy.

      Padam
  3. Kalau yang suka make up tu, memang sesuai lah masuk sini.. wah deko² untuk tahun baru

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya memang sesuai sangat la tapi kalau nak bergambar pun lawa dalam ni Linda.

      Padam
  4. Cantik, Watson Pink. Saya tak pernah jumpa. Maklumlah, duduk luar bandar. Teringat ada satu video, seorang suami tunggu isterinya masuk watson, sambil menjaga baby. Bila isterinya keluar Watson, anak yang baby tadi dah besar berapa tahun, macam baya sekolah rendah. Teruk betul, menunjukkan macam masuk kedai Eco juga, lama baru keluar... perempuan memang suka masuk Watson, kan. 😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Video tu tanda peringatan untuk orang pompuan. Hehe....perli la tu...tapi memang cantik warna Watsons ni.

      Padam
  5. Nampak lain blog sis Ezna ni, rupa2nya tukar tempate baru 😃 Watson's pink ni ada dekat Nu Sentral jugak rasanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah ah tukar yang baru sebab nak bagi nampak kemas lagi banyak warna putih. Ye ke?. Ok boleh tambah nanti dalam post. Tq Carneyz.

      Padam
  6. Dekat Ni Sentral ada juga Ezna... Sy belum sempat pergi lagi tapi masa opening tu member cakap ramai la orang esp women sbb tertarik dgn konsep pink tu kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok tq inform PH. Nanti boleh tambah dalam post tu. Kita kalau pergi teruja dengan warnanya PH.

      Padam
  7. suka pulak saya tengok watson warna pink...ia rasanya amat sesuai berbanding warna hijau daun pisang sebelum ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini memang khas Watsons Pink, ada juga Watsons yang biasa tu. Watsons Pink ni lebih kepada barangan kosmetik.

      Padam
  8. i memang teringin nak masuk watsons pink ni cuma so far lom ada peluang lagi...semua outlet tu tak berapa dekat dgn my area hahahah i kan pink lover ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...I pun sama tak dekat semua outlet tu. Ni pun kebetulan ke Sunway Pyramid.

      Padam
  9. cantik nya....cute!! fav iris la ni kan...watson!!!

    BalasPadam
  10. belum pernah nampak lagi WAtson Pink. Kyra tengah try apply kerja part time dekat Watson tapi kat seremban watson biasa jelah yang ada pun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best kalau dapat keje Watsons tu Ammi. Dania mintak gak Watsons IOI City Mall tu tapi takde rezeki kat situ.

      Padam
  11. Menarik. Naniey tak pernah nampak dan baru tahu kewujudan Watson Pink ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada 4 je baru kat Malaysia ni. Lain2 masih Watsons yang biasa tu.

      Padam
  12. Ini penggemar pink pasti sukaaaaa 😄😄. Baguuuus memang susunan barang dia. Rapi, dan estetik. Utk foto2 pun oke. Saya bisa kalap kalau melihat begini. Sayangnya Watson di sini keciiiil je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Watsons ni fokus alat makeup, perfume etc. Kalau Watsons biasa tu ada barangan health juga....

      Padam
  13. Wah cantiknya concept pink nih...mesti ralit dok membelek kan....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.