Masak dan minum petang

Ni kisah hari jumaat minggu lepas ni baru nak update. Tengahari ni kita masak ayam percik. Saya tak buat kering sangat ya. Ada kuahnya sebab nanti hubby dan Dania nak ambik kuahnya buat makan dengan nasi.  Kuahnya pekat juga la. Memang ya Dania dan ayahnya kejap-kejap bertambah kuahnya. 


Sayur bayam dengan telur hancur....


Petang tu ada nak singgah Watsons jadi singgah Watsons berdekatan dengan Q Bistro di Presint Diplomatik je la sebab malas pula nak ke Shopping Mall. Beli sabun mandi la beli Dania punya moisturizer la kemudian singgah la sini....

Mulanya nak ke Saddam tapi kami parking berdekatan dengan Q Bistro ni jadi ke sini je la. Panas pulak tu kalau nak ke Saddam tu....berdua je la ya. Oh ya ada beli mangga jugak sebab ada adik tu jual. 

Dania semester ni tak ada kelas hari jumaat jadi tenang tenang je la. 


Lama pulak tak makan putu mayam. Dulu cukup punya susah nak cari putu mayam ni tapi semenjak ada Q Bistro kita makan kat sini la. 1 ni share berdua je. 


Lepas tu takde singgah mana-mana terus la balik. 




XOXO,
Ezna

 

11 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Sedapnyaaaa ayam percik.. salam kenal.. busyra follow sini..

    BalasPadam
  2. Ayam percik berkuah, yummmm memang kesukaan sangat.

    BalasPadam
  3. Dah lama tak makan ayam percik. Dulu suka beli ayam percik dengan nasi kerabu di pasar ramadhan 😄

    BalasPadam
  4. waaa pandainya u masak ayam percik ezz. nampak sedap tuuu

    BalasPadam
  5. Sedapnya putu mayam... Makan dekat kedai camni lagi sedap la rasanya, vibe kedai ...

    BalasPadam
  6. Lama tak buat ayam percik. Sedapnya...

    BalasPadam
  7. Takde resipi ayam percik ke? Hehe

    BalasPadam
  8. sedapnya ayam percik tu... terliur!

    BalasPadam
  9. Sedapnya Ayam Percik...saya pernah try buat tak menjadiklah Kak Ezna..frusttt...
    Ooo...lepas ni dah tau dah nak mencari Putu Mayam kat mana...

    BalasPadam
  10. Ih lamanyaaaa saya trakhir makan ayam percik 😄😄. Pertama coba dulu di USM pas ada Bazaar kampus. Lalu jadi sukaaa. Trus pas ke Colmar tropicale , di salah satu restoran ada yg jual juga. Itulah agaknya trakhir kali saya makan ayam percik 😄

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.