Milk A Deal - Spa Eve De Beaute

Spa di sebelah kedai tayar Good Year

Bunga yang kering ini lah dijadikan teh tu...

Selesai ber-Spa, i dihidangkan teh bunga. Frankly speaking tak sedap. Takde gula. Dania kata tak sedap la ummi...

Bilik rawatan

Pakej yang ditawarkan selepas ber-Spa

Produk yang digunakan dalam spa

Dania pose dulu

Kaunter Spa De Beaute

I pergi ke Eve De Beaute Spa ni setelah beli kupon berharga RM36 dari Milk A Deal. Murahkan?. I adalah customer pertama pada hari pertama spa ni menerima customer Milk A Deal. Tuan punyer spa yang jadi receptionist, tuan punya spa yang mengurut....Dania memang ikut i masuk dalam treatment room. Mula2 i discrub menggunakan peppermint. Wangi baunyer. Selepas scrub, i masuk dalam bath tub. Masa ni, Eve ajak Dania keluar makan gula2. Kalau nak tambah milk essence, kena tambah RM12 tau. I tak tambah pun. Scrub peppermint tadi pun dah buat air jadi berbuih buih. I relax kat tub tu selama 15 minit. Air kat dalam tu macam mengurut pulak. Lepas tu you alls, ada lampu berwarna warni. Langsir ditutup dan lampu ditutup. Gelap weiii....jangan le lepas tengok cerita seram you alls. Selepas 15 minit, kita akan baring di katil dan akan diurut sambil batu2 panas diletakkan di belakang badan. I suruh Dania kira. Dania kata ada 12 biji batu. Panas terasa juga tapi dilapisi tuala. Sambil tu Eve mengurut i menggunakan minyak essential oil. Selesa sungguh bila dah urut satu badan. Kemudian pada bahagian belakang tengkuk diurut juga dengan menggunakan batu panas tu.

Jeng jeng, i thought dah boleh balik dah la. Rupanyer kena masuk bilik dan mula2 ditanya best tak kena urut? Lepas tu dikeluarkannyer pulak pakej spa. Harganyer RM450 untuk 5 kali treatment. Dapat 1 free facial treatment atau 2 ear candle treatment. Ha....macamana? Kalau berminat boleh ajer tapi kalau yang teragak2 baik la cakap tak nak atau kelentong pepe. Hehehe. Macam i pernah buat jer.... So you alls yang beli pakej ni kena bersedia. Hehehe....spa ni pun terletak berdekatan dengan butik Ariani, Sekinchan Ikan Bakar, Gulatis, Giant Kota Damansara. Lepas tu leh le gi shopping eh....

Jom spa


****Dah bagi pakej murah, ada jer pulak nak soh tambah lagi...ehmm.....

7 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. wah dah pi ek, ape kesimpulannya ok tak?ramai blogger yang beli pakej ni.

    BalasPadam
  2. wah dh pegi ye...tk sbr nk pegi april nanti...biasa la sure die promot pakej lain plak

    BalasPadam
  3. Serik nak pergi spa segala ni dgn pengalaman lepas huhu... wan menang voucher Bella rm300 pn smpai skrg xpegi lagi. risau kena pksa amik pakej2 dia lak huhu

    BalasPadam
  4. ala ezz...i tak reti ni bab2 nak escape beli pakej tu..risau ler plak :(

    BalasPadam
  5. of cos i rasa derang ni akan promote bende lain kan.. cume kalau tak cukup iman, ia kan je semua nya.. :D

    BalasPadam
  6. hmmm sudah ku agak yang ini akan terjadi..klu spa kita dapat yang kat hotel diaorang tak akan promote langsung suh jadi member..setakat ni i pernah berspa kat hotel..mmg excellent...siap kasi makan lagi...tapi klu klu center2....mmg ada jer offer tu ini...kena kuat semangat :)

    BalasPadam
  7. dah pegi smlm...package yg dia keluarkan utk saya murah je..168 utk 2 kali spa package + 1 facial..worth it kan... :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.