Jumaat, Disember 5

Pre Convo Photography

Dania ada cakap nak keluar dengan kawan-kawan asasi sebilik dulu makan malam jadi ya....dah selamat pun keluarnya. Ni gambar yang Dania whatsapp saya. Dah pesan awal-awal nak juga gambar makanan. Ummi nak tengok juga apa yang Dania dan kawan-kawan makan kan....

Saya yang hantar Dania dan yang lain-lain dari kolej ikut seorang kawan ni yang memang ada bawa kereta. 


Gambar makanan Dania....hmmm hmmm hmmm dah habis la ummi....terlupa nak ambik gambar sebab rancak sangat berborak. Berkongsi macam-macam cerita dan rasa termasuk nak ada gambar pre convo photography. Amboi amboiiiiii......Kawan-kawan Dania ni grad lagi dua tahun. Tahun berikutnya 2028 baru Dania grad. Nampaknya kena pinjam la baju kawan-kawan Fakulti Pertanian yang nak grad nanti. 


Bila tahu cafe tutup pukul 10.00 malam, saya dah tiba awal ke lokasi. Tak payah la Dania nak tunggu ya. Tiba-tiba kawan-kawan Dania ke kereta saya. Setiap seorang memeluk saya. Saya pun tanyakan khabar juga. Hehe.....kawan-kawan Dania nak sambung berborak lagi tu kat cafe yang tutup lewat. Dania la terpaksa balik dulu. 

As usual gambar kena ambik la ya. 

Semua senyum nampak gigi kecuali Dania...maintain je. Eh eh....

Dari kiri  Azed Nurwafa Izati, Corina, Dania, Durrah, Elisha Hana. Missing Nur Annisah Ayuni. 

Sebelum Dania balik, berpelukan semuanya pulak. 


Ada yang cakap...eh macam nak berpisah je...


Selagi boleh berjumpa, berjumpalah. Pada tahun keempat nanti Corina akan menjalani latihan industri selama 1 tahun sebab ada certain course dekat UPM ni 3U, 3I iaitu 3 tahun belajar dan 1 tahun Latihan Industri. Ni kiranya tahun last la mereka berjumpa. Dan pulak Corina kata nak Latihan Industri di Sarawak. 

Berkawanlah baik2 ya....sampai kamu semua bekerja, beranak-pinak...sampai bila-bila walaupun kawan-kawan Borneo Dania 4 orang cadang nak bekerja di negeri kelahiran mereka di Sabah dan Sarawak. 2 orang lagi...Dania dan Durrah memang bekerja di Semenanjung la....Insya Allah. 





XOXO,
Ezna

 

18 ulasan:

  1. Alhamdulillah..Semoga berkawan smp bila2..Amin

    BalasPadam
  2. gembiranya! nampak akrab sungguh.. moga kesemua mereka sentiasa sihat dan beroleh kejayaan dalam bidang yang mereka ceburi..

    BalasPadam
  3. kenangilah masa di kampus sbb bila dah tua mcm pakcik ni memang rindu akan moment2 gitu..

    BalasPadam
  4. teringat zaman belajar.... huhuhuhu, rindu kawan2 dah semakin menjauh

    BalasPadam
  5. semoga persahabatan mereka kekal hingga ke syurgaNYa, aamiin .

    BalasPadam
  6. seronokkkkknya bila parent pon kenal semua kwn2 anak mcm ni hehehe

    BalasPadam
  7. Seronok keluar dengan kawan sampai lupa pesan umi suruh ambil gambar makanan ye. Pinggan kosong je diambilnya. Hihi

    BalasPadam
  8. Seronok semuanya bila dapat berjumpa. Tak puas borak.

    BalasPadam
  9. Wahhh... pertama kali tau ada LI satu tahun. Kalau ngam boleh kerja terus kat situ. Majikan suka kalau gini.. tak perlu dah buat On Job Training. Kadang LI 3-6 bulan, kalau ada kekosongan, company pun akan offer terus. Itu yang bagus bila LI di tahun akhir pengajian.

    BalasPadam
  10. best ada kwn2 rapat gini :) moga bersahabat sampai bila2

    BalasPadam
  11. Zaman remaja elok cari kawan ramai2 tak sunyi nanti ada kawan berborak walaupun dalam phone..

    BalasPadam
  12. Gambar berpeluk tu buat aunty SA sebak la...ye setuju dengan ummi awak..berkawan baik2 sampai bila- bila

    BalasPadam
  13. moga persahabatan kalian berkekalan..aamiin
    seronok nya zaman belajar..

    BalasPadam
  14. Saya pernah coba pose dengan senyum tak nampak gigi seperti Dania, hasilnya tak bagus 🤣🤣. Memang tak semua orang bagus difoto dengan senyum segaris. Saya termasuk yg tak sesuai, Krn itu kalau senyum pasti harus kliatan gigi 😂

    Zaman skr mudah nak komunikasi dengan teman2.

    Sedihnya saya, Krn hilang kontak dengan semua teman kuliah dulu. Apalagi kebanyakan mereka foreigners juga, dari oman, Dalian, Mongolia, India. Hp zaman dulu belum secanggih skr. Krn itu kami putus kontak benar2.

    BalasPadam
  15. Seronok ada geng sekepala boleh lebih kurang semua perkara. Semoga persahabatan Dania dan kawan² berkekalan selamanya, Aamiin❤️

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Breakfast di Restoran 7 Pagi

Pergi Restoran 7 Pagi ni masa pagi Jumaat. Ikutkan hari biasa ni tak payah beratur pun. Saya masuk dari tepi Restoran. Nak duduk la kat meja...