Rabu, Disember 17

Pickup T Shirt dan bunga kerak nasi

Ni pertama kali ke Stadium UPM ni. Setelah breakfast kat Haura Cafe, sempat lagi beli bahan mentah kat pasar.... saya dan hubby datang sini untuk pick up T-Shirt 10000 langkah UPM. Beratur tak lama mana la. Dia bukak ambik T-Shirt kat foyer ni jam 9 pagi.


T-Shirt nya harga RM20 je sehelai tapi kualiti dia bagus. Tebal juga. Dania pun beli untuk tambah baju bila buat amali. Satu family la belinya. Hubby memang suka kumpul baju sukan ni. Tapiiiii hijau bajunya....


Balik rumah, bukak je pintu kereta dah tercium bau wangi....rupanya banyak bunga kerak nasi dah keluar bunganya. Hujan-hujan ni meriah pula bunganya. 
 

Dia macam sejambak sejambak keluarnya. Wangi bau dia ni seakan bau pandan. 


Bunga kerak nasi ni atau ada yang panggil kesidang ni bunga jenis memanjat ni. 


Ha ni Mao ni....tidur atas Beetle je kerjanya....bila tuan dia balik siap menggeliat dulu kemudian bersihkan badan. Itulah nampak tapak kakinya dia cop kat cermin kereta. 


Siapa lagi yang tanam bunga kerak nasi @ kesidang?




XOXO,
Ezna






11 ulasan:

  1. saya biasa panggil bunga kesidang.. tertanya-tanya juga bunga kerak nasi tu macamna.. rupanya nama lain bagi bunga kesidang.. baru saya tau hihi.. moga sentiasa sihat 10k langkah

    BalasPadam
  2. Kuat ya bau wangi bunga tu? Cuya first time tengok

    BalasPadam
  3. Teringat ex boss SA org Singapore...dia cukup suka bunga Kesidang ni...peenah la dia mintak SA carikan kat mana2....

    BalasPadam
  4. Cantik jugak bunga tu. Suci je warna putih. Lama tak masuk fun run ni sejak kaki tak berapa ok. Tahun ni takde medal.

    BalasPadam
  5. waaa bestnya u ada bunga ni kat rumah! i suka bau dia sbb lembut ajer wangi tu

    BalasPadam
  6. First time ni dengar bunga kerak nasi. Kalau kesidang tu Sy pernah la dengar. Tapi tak pasti pernah jumpa ke tidak.
    Terang warna baju tu tapi lawa la bagi Sy peminat hijau ni :)

    BalasPadam
  7. Dapat hadiah chop tapak kaki tu yg tak tahan tu!

    BalasPadam
  8. Baru tahu bunga kesidang tu ada nama lain, unik pulak nama diberi tu.

    BalasPadam
  9. Dkt stadium ni la hari sukan ofis Hata hari tu =D

    BalasPadam
  10. Bunga kesidang pernah dengar, cuma tak tahu rupanya macamana. Pertama kali tengok.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.