Khamis, Disember 4

Hari ni makan luar sahaja

Paginya dah makan kat Haura Cafe kan....lepas tu tengahari hubby ajak makan kat luar lagi. Huhuhu....wife dia senyum meleret gais....Hehe....😁

Kami ke food court Alamanda je la. Lepas tu hubby boleh terus pergi kerja. Hubby kena masuk kerja petang hari ni. Nak kena standby. Client yang request. Nama je masuk kerja petang tapi tengok pagi pun buat kerja jugak....😅

Hubby makan nasi dari Mi Tarik tapi lauknya tu rasa rempah jadi saya macam tak berkenan la rasanya. Hubby tak berkenan pun boleh habis nasinya. 


Saya pilih Yong Tau Fu ada Mi, ada telur puyuh. Eh eh telur puyuh ni saya ambik lagi masa makan tengahari. Paginya dah makan 3 biji telur puyuh. Sesekali makannya. Bukan selalu pun. Ada cili api kicap nak bagi kick lagi. 


Malam pula, lepas maghrib Dania nak pergi makan dengan kawan-kawan asasi dia. Lepas hantar Dania kat tempat tu....saya pun mencari la nak tapau apa la ya....singgah FamilyMart tapau Pan Mee with Onsen Egg. Fuhhhh chilli flakes dia power buat orang terbatuk-batuk. Hehe. Terasa sampai ke hidung. 
 

Sambil makan saya repeat KDrama CLOY (Crash Landing On You). Aiyoooo tak boleh move on la. Dok sorang2, hubby kat tempat kerja. Dania pulak dengan kawan-kawan. 

Ambik part ada tulis Malaysia kat dalam CLOY ni. 


Dok kejap me time ni....adik pula kata dah tiba sebab nak pass barang. Sebenarnya pagi saya ada ke rumah adik nak ambik barang ni. Ketuk pintu dah, bunyi loceng dah...call anak saudara dah...pintu tak bukak2 jugak lagi. Anak saudara saya zzzz rupanya....Adehhhh.....so saya cakap dengan adik....frust la Kekna nak balik la. Tu yang adik saya malam dia hantar barang2 yang saya kirim masa adik saya outstation kat Sarawak. 😅

Apa lagi?.....Mita Cake dan Sos Pedas Sabacco. Sos pedas ni saya pertama kali rasa kat Mokky's masa makan-makan nak sambut birthday Dania. Terus terjatuh hati.....mana pulak nak beli kat Semenanjung ni ya?. Tu yang adik ke Sarawak saya kirim tu. Terjumpa pula dia sos ni. Ikutkan saya kalau tak jumpa pun tak apa sebab adik saya pergi sana pun sebab kerja kan....


Lepas tu sambung balik makan dan...tak lama lepas tu bersiap nak pick up Dania pulak. 




XOXO,
Ezna



19 ulasan:

  1. Hari tu nk mkn di foodcourt alamanda ni tp crowded org ramai... sy suka foodcourt yg kat belah bawah dulu tu... mcm luas je mata memandang

    Nnt dtg la bercuti makan² di kuching dgn dania kak.. ajak kak SA sekali... dia nk mkn mee kolok tu.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. patut la tersedak..ada orang sebut rupanyaaaa...

      Padam
  2. ada sekali tu lalu kononnya nak singgah tp kedai tutup laa pulaa haha... tak ada rezeki nak mkn kat situ

    BalasPadam
  3. kek mita fav..kami kt opis kalo ada yg outstation swk pasti kirim kek mita kegemaran ramai

    BalasPadam
  4. Sekali skala dpt layan korea sorg2 best jgk ni sis =)

    BalasPadam
  5. tengok CLOY memang tak jemu... senyum memang akan meleret kalau incikSuami ajak makan luar

    BalasPadam
  6. nampak menarik la sos sabasco tu...botol pun mirip the famous tabasco

    BalasPadam
  7. Food court Alamanda best banyak pilihan kan.

    BalasPadam
  8. Kek mita tu wajib la beli selain kek lapis kalau ke Sarawak kan.

    BalasPadam
  9. Harumnya kek mita... masuk jap kat microwave sebelum makan.

    BalasPadam
  10. Best dapat makan luar, jadi tak payah masak. 😊

    BalasPadam
  11. Sesekali makan di luar boleh membahagiakan tu..

    BalasPadam
  12. sedapnya pan mee..fav SA tu Ezna....

    BalasPadam
  13. sedapnya mee tarik....semalam tgk video kewa teaw soup pun dia served ngan chili oil, mcm menariks je
    CLOY..memang best & layan.. MA pun dah layan more than 2 times kalau x silap
    but yg kali kedua tu dah skip2 la..

    BalasPadam
  14. Drama cloy memang tak bosan di tonton ulang 😍. Saya jadi suka Drakor sejak menonton cloy lah 😄.

    Penasaran pula rasa sabacco itu kak. Di sini pun ada dupe nya Tabasco buatan lokal. Tp saya blm coba lagi. Saus begini sedap memang utk dikombinasikan dengan kuliner pasta

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Breakfast di Restoran 7 Pagi

Pergi Restoran 7 Pagi ni masa pagi Jumaat. Ikutkan hari biasa ni tak payah beratur pun. Saya masuk dari tepi Restoran. Nak duduk la kat meja...