Ahad, Disember 7

Emart24 dan angin kuat

Lepas dah hantar2 barang misi bantuan banjir tu ummi dan Dania lepak la kat Emart24 dalam UPM ni. Kereta ni boleh masuk sebab ada sticker. Elok je la palang tu naik sebab dah berdaftar dengan UPM kan. Ada tempat berpalang dalam UPM ni. Hanya kereta berdaftar je boleh masuk. 

Dania nak makan ice cream. Dulu...2 kali masa datang kat Emart24 ni tak dapat makan ice cream sebab dah habis. Beli juga susu strawberry dan nasi kecik segitiga ni. Saya suka sungguh la nasi ni. Luar dia ada balut dengan seaweed. Masa ni petang2 eh eh tenang ya.....tambahan pulak petang jumaat dan minggu depannya dah mula cuti semester untuk pelajar Ijazah. Mungkin ramai yang dah balik ke kampung halaman masing-masing. Kawan Dania seorang dah balik Sarawak dah. 


Marilah kita makan snack dulu ya. Sementara itu, kat luar angin sangat kuat dengan hujan lebat dan petir....complete set dah. 


Takde bawak payung jadi hmmmm camne ni...nak ke kereta ada kilat, hujan lebat...angin kuat. Tunggu kilat dah tak ada bunyi...kami redah je sebenarnya. Balik nanti mandi la. Tapi macam scary ya sebab angin dia kuat.....nanti tengok la apa akibatnya ya kat gambar selepas ni. 


Dalam perjalanan dari parking kami nak keluar ni...tudiaaa ada pokok tumbang. Ada laluan yang muat kereta belah kiri. 

Semua gambar di bawah diambil oleh Dania kat sebelah ya. Saya memandu. 


Kon kon pun tunggang terbalik. UPM baru mengadakan konvokesyen baru-baru ini tapi jumaat rasanya tak ada sesi konvokesyen. 


Ni nak keluar pintu masuk utama. Ada ranting-rating pokok juga. 


Elok je keluar dari pintu utama....hujan dah tak lebat dah. Eh eh cepat je cuaca berubah ya....Tu lah sekarang ni cuaca tak menentu jugak la. Tiba kawasan rumah saya cerah. Padehal kan UPM dengan rumah saya tak jauh pun. 

Moga you alls semua alert dengan keadaan cuaca semasa ya. Moga kita semua baik-baik ajer....



***Hari ni hari jadi arwah papa saya....kalau beliau masih hidup berumur 78 tahun hari ni. Tapi papa saya meninggal tahun 2011. Masa tu berumur 63++ Tak sempat capai umur 64 tahun sebab hari jadi bulan 12. Moga papa & mama tenang di sana. Ena sentiasa mendoakan.....😓. Dah 14 tahun berlalu. 

Gambar masa Dania kecik dengan Atuk...







XOXO,
Ezna

12 ulasan:

  1. Takut memandu time hujan & angin kuat ni. Syukur takde apa² berlaku Ezna... Nasi kecik tu onigiri kan panggilnya. Comel pulak sebut nasi kecik 😁

    Al fatihah utk ayah bonda kita. Semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin hendaknya aamin 🤲🏻

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah selamat sampai ke rumah.
    Al-Fatihah untuk arwah papa Puan Ezna.

    BalasPadam
  3. moga arwah your parents tenang di sana..ditempatkan di taman2 syurga...anyway, scary tgk pokok tumbang tu..memang lately cuaca tak menentu...gombak pun dh few times kena banjir kilat (certain areas yg selalu naik air/tepi sungai)..moga kita semua sentiasa dilindungi Nya dari segala musibah..aamiin

    BalasPadam
  4. Sekali je pernah try aiskrim emart ni. Risau sekarang banyak kejadian pokok tumbang kalau drive time hujan. Take care. Alfatihah untuk arwah papa Kak Ezna.

    BalasPadam
  5. Cuya pon suka onigiri tu, memang favourite. Cuaca tak menentu, moga sentiasa dilindungi Allah kak

    BalasPadam
  6. Hati2 lah memandu dalam musim sekarang ni...

    BalasPadam
  7. tk pernh singgah lg mana2 emart24....ribut hujan mmg risau btul...al-fatihah utk Papa & Mama Ezna

    BalasPadam
  8. Ye sekarang ni petang- petang hujan lebat berserta angin kuat dan kilat sabung menyabung..SA x drive tapi duduk sebelah memang rasa takut tu lebih la...Alfatihah buat ayah Ezna...semoga arwah tenang di sana...

    BalasPadam
  9. Betul baru2 ni memang ribut kata jiran2 Putrajaya. Moga rohnya papa Ezna dan papa kami dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.

    BalasPadam
  10. fav Iris tu..onigiri.
    kuat nya angin
    al fatihah but arwah

    BalasPadam
  11. Saya juga sukaaa sangat onigiri 😍😍😍. Biasanya dulu kalau ke jepang, pasti beli onigiri utk sarapan atau bekal kalau mau lanjut ke kota lainnya 😄.

    Al Fatihah utk papa kak Ezna. Semoga beliau selalu berada dalam golongan orang2 beriman 🤗

    BalasPadam
  12. Saya pun jenis redah je kalau hujan Kak Ezna, kecuali kalau angin kuat atau petir..tu tak berani..
    Al-fatihah untuk Arwah Papa n Mama Kak Ezna..

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Breakfast di Restoran 7 Pagi

Pergi Restoran 7 Pagi ni masa pagi Jumaat. Ikutkan hari biasa ni tak payah beratur pun. Saya masuk dari tepi Restoran. Nak duduk la kat meja...