Kebetulan hubby nak ke tempat kerja petang. Lately ni beberapa kali juga masuk kerja petang. Jadi....kita masak awal sikit la. Kalau dengan Dania je masak lewat sikit.
Terjadinya sambal terung. Ada 3 biji terung ni. Terung ni selain masakan sambal, sedap buat apa ya?...saya suka terung masak sambal ni.
Kemudian, hubby ada beli sotong basah bersaiz sederhana. Ok kita buatkan sambal sotong pulak. Saya suka sotong basah ni. Kuahnya saya suka berkuah sikit berbanding kering.
Walaupun kedua masakan ni sambal, tapi cili yang digunakan tu lain. Sambal terung saya guna cili hidup. Sambal sotong pula cili kering. Bila hubby makan, katanya sambal sotong ni pedas sedikit. 😅. Kena la gu dengan kicap nak bagi kurang pedas tu.
Apa pun....hubby makan tengahari dulu la kat rumah sebelum ke tempat kerja. Malam pula disediakan makanan untuk mereka yang standby. Standby ni sampai minggu depan je kot kemudian masuk macam biasa la.
XOXO,
Ezna


Aduhai..Terliur tgk dua2 lauk sambal ni..hrp2 sy bleh masak semula lps selesai pindah ni =D
BalasPadamSettle kan apa yang patut....kalau kitchen dah sedia....boleh masak dah....
Padamyg penting home cooked meal. alhamdulillah :)
BalasPadamAlhamdulilah Suzz....
PadamSedapnya tengok dua² jenis sambal. 😋 Saya jarang masak terung. Kadang ada letak terung dalam kari.
BalasPadamTerung goreng kicap pun sedap.
BalasPadamTerung bakar, rebus.. cicah sambal belacan.
BalasPadam