Jumaat, November 7

Typo VS Flying Tiger Copenhagen

Dania kata ada satu kedai yang menyamai Typo baru dibuka di Malaysia. Ok kalau macam tu kita bandingkan kedai Typo yang berasal dari Australia & Flying Tiger Copenhagen yang berasal dari Denmark. Perbandingan dibuat di MidValley Mega Mall dan The Gardens.

Typo


Barangan dia selalunya akan ada tema. Kali ni tema movie Wicked. 


Seleksi pen dan buku nota. 


Bag, head phone, beg laptop....


Ada barangan travel....penutup mata, bag tag, passport cover. 


Botol air....


Mug dan stokin. 


VS

Flying Tiger Copenhagen


Tote bag di sini berharga RM16, kalau di Typo RM15. 


Barangan alatulis, pembalut hadiah, kad ucapan, kalendar..


Lilin...


Buku nota yang comel. 


Air, bag lunch box, alatan memasak dan barangan Halloween. 


Botol air, penutup makanan, span...


Banyak juga hiasan Halloween yang dijual. 


Buku nota....


Barangan kaca, chopstick....


Jadi mana yang menjadi pilihan? Bagi saya, Typo banyak lagi jual barangan untuk pelajar....seperti botol air, bag, mug, alatulis, stokin dan lain-lain. Kadang, setiap kali ada tema yang berlainan seperti Care Bears, Barbie, Hello Kitty, Snoopy ni akan menarik minat peminat watak kartun tersebut untuk membeli di sini. Kedua-dua kedai iaitu Typo dan Flying Tiger Copenhagen pun menjual banyak barangan comel. 

Typo dan Flying Tiger Copenhagen keduanya ada di MidValley dan KLCC tapi Flying Tiger Copenhagen ni belum buka lagi di KLCC. Dah nampak dah kedainya cuma belum buka lagi. Sebenarnya ikut citarasa masing-masing la kedai mana yang lebih menarik kerana kedua kedai ni ada kekuatan masing-masing. 

Dah pernah ke kedai ini?




XOXO,
Ezna

9 ulasan:

  1. Ini bagi yg suka pernak pernik memang senaaaang pasti kesana. Hati2 Kalap belanja 🤣🤣. Anak saya yg pertama suka. Tp kalo beli, dia hrs ikut, sebab selera dia beda sendiri. Nanti saya belikan, tak sesuai pula 🤭

    BalasPadam
  2. Hari tu sy nyaris2 nk beli blind box dkt Typo yg RM99..Tapi bila kena tengok lama2 dgn Hata trus x jadi =D....

    BalasPadam
  3. Dah pernah pergi Flying Tiger Copenhagen di The Gardens. Ingatkan besar, rupa2nya kecik je kedai tu. Rasanya banyak lagi barang2 di Typo. Tapi dua2 tu buat anak2 saya ralit bila dah masuk dalam kedai 😅

    BalasPadam
  4. i tak perasan kewujudan flying tiger tu...rambang mata la bila tgk brg2 cute gini!

    BalasPadam
  5. Saya pernah pergi Flying Tiger Copenhagen yang kat JB...Kedainya dalam Aeon..takda kat mid Valley..huhu..Tapi syok tengok barang comel Dan ada yang lucu lucu gituh...Hehe.. Typo..sy x pernah tahu lak kat sini ada ke takdak..Nanti gugel ..

    BalasPadam
  6. Baru tau yang Typo barang-barang dia ikut theme....
    Pernah masuk Typo tapi tak berapa nak tengok barang sangat...saya nih kalau tengok betul-betul takut keluar kedai mesti beli benda tah apa-apa hahaha...

    BalasPadam
  7. Betul tu..Typo barangan nya selain yang sedia ada ada yang ikut theme...seronok tengok..kadang beli gak untuk Dania..tapi minah tu dah warning..x yah beli dah..sebab dia kadang dah cukup segala kadang dia x berkenan..tapi lebih pada x berkenan la..nak pilih sendiri

    BalasPadam
  8. Typo...harap tak salah beli ..jika typo ejaan selalu kena ni hehehe

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.