Pernah ke terima panggilan dari nombor yang tidak dikenali....kemudian panggilan tu senyap je. Bila kita angkat memang dia akan senyap je.
CyberSecurity Malaysia (CSM) ada memberi amaran tentang taktik terbaharu scammer iaitu 'panggilan senyap'. Ia dilakukan dari nombor yang tidak dikenali. Menurut Pegawai Eksekutif CSM, Datuk Dr. Amiruddin Abdul Wahab, jika kita menjawab nombor tersebut akan menyebabkan nombor kita dikenali sebagai nombor aktif.
Selepas itu, kita mungkin akan menerima panggilan dari kononnya pihak bank, balai polis, syarikat kurier atau agensi kerajaan. Lepas tu mereka akan create 1001 cerita.
Kita diminta untuk menamatkan panggilan dan jangan berkongsi maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, alamat rumah, nombor perbankan etc TAPI kalau nak mainkan scammer silalah....bagi nombor kad pengenalan palsu...😅.
Dulu pernah saya share nombor kad pengenalan pelesu lepas tu scammer tu cakap hello kawan....kalau belakang tu nombor genap nombor IC perempuan. Kalau belakang tu nombor ganjil...IC lelaki. Saya pun katalah oh.....lepas tu saya cakap pulak you bukan scammer ke?. Dia kata scammer tu apa? Saya kata you-lah. 😆. Dia kata nak cari makan....Sabo je lah....
Gambar hiasan
Jadi...berhati-hatilah dengan 'panggilan senyap' ni ya. Masalahnya dah blocked dah nombor tu, tup tup dapat call keluar pulak nombor lain. Berapa banyak dah saya blocked nombor mereka ni.
Pada 21 November 2025, ada terima panggilan mengatakan saya akan mendapat benefit kesetiaan la disebabkan selalu menggunakan platform online untuk membeli barang kemudian dia beritahu alamat rumah (eh betul la alamatnya gais....😲) kemudian saya kata dah lama dah saya pindah. Kemudian dia kata boleh berikan alamat rumah yang baru?. Saya kata eh takkan you tak tahu sebab saya baru je shopping dua hari lepas (kelentong pi lah....). Kemudian saya letak phone. Ehhhh scary la dia tahu alamat yang betul la. Takut dia buat naya hantar barang cash on delivery kemudian kita bayar. Huiiiii macam-macam boleh jadi ni jadi kena lebih berhati-hati2 ya. Ni bukan panggilan senyap dah ni... panggilan bercakap dah.
XOXO,
Ezna

Sekarang ni malas nak angkat panggilan telefon dah. Kalau penting pandailah mereka hantar email rasmi
BalasPadamLately, memang kerap dalam panggilan senyap. Walaupun tahu ni taktik terbaharu, tapi tak boleh buat apa. Nombor scammer bertukar-tukar, tak jawab call kotlah ada urusan penting.
BalasPadamPasal nak bagi hadiah tu, ada sorang blogger (lupa siapa) kongsi cerita - hadiah memang dapat (bukan hadiah mahal), memang tak perlu bayar tapi nanti kena masuk grup di telegram dan perlu buat kerja. Lebih kurang gitulah ceritanya.
Macam cerita Linda je ni.. hihihi
Padamkita kena one step smarter dari scammer!
BalasPadamkita install apps truecaller so kalo nombor yg tk dikenali or scammer mmg die detect so mmg tk jwb la
BalasPadamSy jarang angkat call no yg x dikenali. Kalau terangkat tu mmg cepat² hang up.
BalasPadamHahaha..yang call pasal loyalty tu IYE..tapi, dia tak minta details lain..cuma dia cakap nak hantar barang je, free..kita layankan je lah..dan memang dapat la free barangnya..lepas tu mula lah permainan diorang...minta review itu ini, mula² dapat duit..tapi ada masa dia suruh bagi semula duit nya untuk gandakan duit..start situ suspicious lah
BalasPadamCie memang jenis tak angkat call dari nombor tak dikenali. Pernah dapat panggilan senyap tu. Musim scammer so decide malas angkat. Kalau ada urgent cari la kat whatsapp.
BalasPadamMemang macam2 taktik skemer ni buat nak memperdayakan kita.
BalasPadamPernah dapat juga panggilan senyap. Saya tak cakap apa. Dia senyap, terus saya letak. Tapi sekarang kalau no tak dikenali memang tak angkat dah lah. Risau betul zaman sekarang, macam-macam cara scammer ni nak pedajal orang.
BalasPadamMemang selalu dapat panggilan dari nombor yang tak dikenali. Pernah juga angkat sebab panggilan masuk bertalu-talu tak berhenti. Senyap jew... tahulah itu scammer. Kadang-kadang risau juga tak angkat panggilan penting dari keluarga atau pegawai tertentu berkaitan tugas.
BalasPadam