Sehari sebelum blogger Fanny plan nak jumpa tu saya buat appointment nak mengurut dengan orang yang sama urut saya sebelum ni. Dania pula untuk this sem hanya hantar pagi je....petang karang baru pick up. Katanya gap hanya 2 jam jadi baik dia stay fakulti je. Makan dan solat kat situ je. Tak payah balik rumah. Yayyyyy me time untuk ummi.
Ni la bilik terapinya.
Kita akan dihidangkan dengan teh sebelum urutan....saya rasa teh serai la....sedap juga. Lega setelah ditekan di area yang lenguh-lenguh ni.
Selesai urutan, segar....sedapnya rasa badan....lepas tu jalan-jalan la dalam IOI City Mall ni. Kat tengah ni New Wing ni ada promo Lovely Lace. Ya allah bau dia memang menusuk hidung bau yang wangilah. Ni bukan gambar kat tempat promo tapi kat kedai dia sebab saya plan nak beli shopping bag dia. Nak bagi Dania bawak boots dia ke ladang. Dok guna plastik yang dah berlubang tu....sakit mata ummi tengok. RM3+ je harganya....boleh diguna berulangkali. Gambar Teddy Bear. Lepas tu nak cari gift untuk blogger2 yang bakal jumpa nanti. Beli lebih sebab takut ada yang last minute muncul. Sah memang ada. Post later ya....
Kedai Lovely Lace ada promo Christmas la.
Bau semerbak kedai ni....memang suka lalu tepi kedai atau masuk kedainya.
Lepas tu anakanda call kata dah habis kelasnya. Terus la menuju ke Fakulti pulak.
***Kisah perjumpaan blogger selepas ni jam 10 pagi. Saya tahu ada yang tunggu post yang ini 🌷
XOXO,
Ezna





Sy dari dulu mmg suka masuk lovely lace.,..Tapi hanya beli pewangi teddy's dream tu..Lurve sgt dgn bau tu =D
BalasPadammemang wangi kalau lalu Lovely Lace nie
BalasPadamKadang saja² lalu @ masuk Lovely Lace sbb nak ambik baunya ahaha
BalasPadam