Jumaat, November 14

Mengurut time dan Lovely Lace

Sehari sebelum blogger Fanny plan nak jumpa tu saya buat appointment nak mengurut dengan orang yang sama urut saya sebelum ni. Dania pula untuk this sem hanya hantar pagi je....petang karang baru pick up. Katanya gap hanya 2 jam jadi baik dia stay fakulti je. Makan dan solat kat situ je. Tak payah balik rumah. Yayyyyy me time untuk ummi. 

Ni la bilik terapinya. 


Kita akan dihidangkan dengan teh sebelum urutan....saya rasa teh serai la....sedap juga. Lega setelah ditekan di area yang lenguh-lenguh ni. 


Selesai urutan, segar....sedapnya rasa badan....lepas tu jalan-jalan la dalam IOI City Mall ni. Kat tengah ni New Wing ni ada promo Lovely Lace. Ya allah bau dia memang menusuk hidung bau yang wangilah. Ni bukan gambar kat tempat promo tapi kat kedai dia sebab saya plan nak beli shopping bag dia. Nak bagi Dania bawak boots dia ke ladang. Dok guna plastik yang dah berlubang tu....sakit mata ummi tengok. RM3+ je harganya....boleh diguna berulangkali. Gambar Teddy Bear. Lepas tu nak cari gift untuk blogger2 yang bakal jumpa nanti. Beli lebih sebab takut ada yang last minute muncul. Sah memang ada. Post later ya....


Kedai Lovely Lace ada promo Christmas la. 


Bau semerbak kedai ni....memang suka lalu tepi kedai atau masuk kedainya. 


Lepas tu anakanda call kata dah habis kelasnya. Terus la menuju  ke Fakulti pulak. 

***Kisah perjumpaan blogger selepas ni jam 10 pagi. Saya tahu ada yang tunggu post yang ini 🌷




XOXO,
Ezna



 

13 ulasan:

  1. Sy dari dulu mmg suka masuk lovely lace.,..Tapi hanya beli pewangi teddy's dream tu..Lurve sgt dgn bau tu =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Teddy's Dream tu sedap baunya. Lagi satu kalau nak bau lembut sikit Teddy's Hug. EH tapi semua bau dia sedap la....

      Padam
  2. memang wangi kalau lalu Lovely Lace nie

    BalasPadam
  3. Kadang saja² lalu @ masuk Lovely Lace sbb nak ambik baunya ahaha

    BalasPadam
  4. Saya pun suka betul kalau ada Lovely Lace..wangiiii...
    Dulu kalau ternampak memang masuk singgah...habis membelek semua benda...
    Sekarang jarang pergi mall..tapi masih ingat lagi bau dia macamana...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan.....semua suka lalu tepi kedai dia...bau dia memang wangi....

      Padam
  5. Sesi terapi..alhamdulillah..ni biasa kaum hawa ja, maaf komen juga ya..niat baik..

    BalasPadam
  6. Sedapnya pergi mengurut.. saya ni pun sampai sakit2 badan dah sebab banyak duduk je kat ofis. Rasa tegang bahu ni..

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.