Rabu, November 19

Majlis perkahwinan di Dewan Astana Garden Glass, Cyberjaya

Masa weekend hari sabtu ada kenduri kariah surau di Cyberjaya. Majlis diadakan di Sky Garden. 

Dewan majlis ni sangat la cantik. Ada bunga terjuntai kat siling. 


Tempat buffet makanan pula di sebelah dewan. Luas juga tempatnya dan ada dekorasi bunga-bunga. Selalunya deko hanya tertumpu kat dewan perkahwinan sahaja kan. Ada fairy light juga menatarias siling tempat buffet makanan ni. Di sebelah buffet makanan pun ada tempat untuk duduk juga. Duduk sini lagi dekat dengan buffet makanan ni. Hehe.


Tempat makan yang kami pilih sebelah buffet ni sebab ada cermin kaca yang dibuka jadi udara luar masuk dan boleh juga tengok MRT lalu di track. Belah sini lebih tenang sebab ramai yang tertumpu kat dewan. 


Hubby ambik kuih muih selepas makanan utama. Dania sempat ambik Cendol Songkok Tinggi sebab lepas makan nasi je ehhhh dah tutup booth Cendol Songkok Tinggi. 


Kat luar juga ada booth sweet candy. Macam tak ada sangat je yang ambik kat sini. Penuh lagi semua jajan tu. 



Kami bergambar di sini dengan nama pengantin terpampang. Nama pengantin perempuan ialah Najma. Anak kariah surau ni nama Ezzul.


Dania bergambar depan cermin yang tertulis nama pengantin dan bunga-bunga. Eh...bunga2 kat bawah tu ambik kat UPM ke? Macam sama spesis je. 


Alang-alang dah keluar kenduri ni lepas ni nak singgah IOI City Mall pulak sebab nak beli barang....Barang apa?....

Selamat pengantin baru Ezzul & Najma. Moga berbahagia sehingga ke jannah. Hubby kata kariah jemaah surau ni orang kaya dari Kelantan. Alhamdulilah....





XOXO,
Ezna




 

12 ulasan:

  1. Ni dewan yang sama anak sepupu OT buat kenduri ni Kak Ezna...
    Memang cantik tempatnya...surau pun selesa....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ye ke?. Ya tempatnya cantik. Oh dah ke suraunya ya....

      Padam
  2. Cantiknya hall dia, bunga² meriah. Yang datang tu pun cantik & lawa terutama anak dara tudung biru tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dewannya penuh bunga-bungaan.....dan terima kasih :)

      Padam
  3. Sweet la baju kurung Dania tu 😍

    BalasPadam
  4. cantik dewan wedding..luas..siap ada sweet candy

    BalasPadam
  5. sweet la OOTD dania. ngam sgt dgn tudung tu!

    BalasPadam
  6. dewan untuk wedding sekarang semua cantik2..nampaknya SA kena simpan duit la mana tau 5 tahun akan datang nak kahwinkan Dania plak ke...hahaha..kena cari dewan kat Seremban...

    BalasPadam
  7. Berarti tak banyak yg bawa anak kecil ya kak, candies masih banyak tak tersentuh 😅😅. Kalau orang dewasa memang biasanya tak terlalu suka candies lah.

    Sukaaa dengan dekornya... Kalau banyak bunga begini memang cantiiik lah

    BalasPadam
  8. Sweet candy ambil sket boleh makan otw balik.. sekarang tengah trend rasanya bekas camtu.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.