Jumaat, November 14

Kisah perjumpaan blogger Malaysia & Indonesia

Pada 11 November 2025, saya parking terus ke IOI City Mall. Mulanya minta Fanny lalu F.O.S dan tunggu di Padini tapi Fanny masuk entrance berdekatan dengan Michael Kors. Jadi, carilah Fanny depan sikit di Michael Kors. Kemudian teman la Fanny ke Pejabat Pos Mini di dalam IOI City Mall ni jugak. Ada 4 barang Fanny pos ke blogger2. Setiap barang bukan kecik ya gais....berapalah agaknya yang Fanny peruntukkan untuk shopping barang2 cenderahati untuk kawan2 ya?. Pulak tu dari Michael Kors nak ke Pejabat Pos Mini tu ya allah nak menapak tu tuhan je yang tahu ya. Boleh berpeluh sebab jauh. 😅. Siapa yang pernah ke IOI City Mall ni tahulah betapa besarnya mall ni. Lagi mau bina fasa 3 ya....

Saya, kalau perjumpaannya di KLCC memang akan naik public transport ya. Kalau berani memang saya dah drive dah ke KLCC tu. Kami bertiga (Saya, Fanny dan suami Fanny, Raka) sama2 ke Putrajaya Sentral. Saya setakat drive ke Putrajaya Sentral tu memang ok la. Jangan ke KL je. 😅. Masa tiba kena tunggu 4 minit sebelum ERL sampai. 

Ni dalam ERL ni menuju ke KL Sentral. Pilih seat berempat. Dok berborak tak perasan pula dah tiba KL Sentral. Just in time je tiba ya. 


Lepas tu tunggu pulak LRT kat KL Sentral ni nak pergi ke KLCC. Ni dalam LRT. Candid gambar suami isteri. 


Suzi paling awal tiba. Kemudian saya, Fanny dan Raka pula tiba. Duduk sekejap Carneyz pun sampai. Sebelah saya blogger MZ @ Suzi @ saya panggil Suzz @ kawan baik saya, Blogger Carneyz dan yang tak perlu diperkenalkan...Blogger dari seberang Fanny Frishtika Nila sepanjang di Malaysia memang busy ya. Appointment penuh kena booking dulu gais....😅. 


Lagi gambar....Kalau ada rezeki nak berjalan ke Jakarta nak jumpa Fanny. Kononnya plan dengan Suzz & Carneyz. Ada yang nak join? Moh la kita....💜💜💜


Kali ni Blogger Afif pun tiba. Fanny sebut Afif ehhh saya tak cam la pulak tapi bila disebut Blog Time Travel memang cam sangat-sangat. Nasib baik bawa gift lebih. Hehe. Kami bab berborak ni lancar je macam kenal lama tapi sebenarnya ada yang tak pernah bersua muka pun pada mulanya. Mungkin sebab berkongsi minat yang sama blogging kan. Dengan Fanny pun kita semua kenal di dunia blogging juga sebab Fanny sangat rajin komen. Setiap komen selalunya panjang-panjang dan sekali banyak Fanny tinggalkan jejak. Mana la tak kawan2 blogger Malaysia ni suka dengan Fanny ya. 

Fanny pernah tinggalkan komen sebanyak 20 post saya ya gais kat blog saya....😅. Tapi....tak tinggal komen kat 20 post saya pun tak apa sebab saya sering terima komen dari blogger2 yang saya jumpa ni. Terima kasih semua....yang tak jumpa pun terima kasih ya....


Lagi gambar. 


Makanan yang Suzz belanja. Terima kasih Suzz. Ada Sandwich ada bawang, ada yang tak ada bawang. 


Close up.....memang saya suka sandwich O'Briens ni. Simple tapi mengenyangkan. 


Air yang dipilih orange juice je. Sedap....


Lepas Suzi say good bye kena balik office, kami masih berborak sebelum pindah ke Nyonya Colors pulak. Thanks to Carneyz ya sebab belanja. 

Moh la tengok apa yang diorder....ada potongan nangka juga....


Ini pinjam jap roti jala Afif nak ambik gambar. Hehe. 


Kuih muih.....


Belah kiri tu kuih Choi Pan kata Fanny kalau di Indonesia. Ya Ampun....saya suka....sedap ada sengkuang dan udang kering. Patut la Fanny amat mengenali kuih ini sebab bila google....berasal dari makanan Tionghua di Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia yang popular di Bangka-Belitung. 


Gambar di luar kedai. Orang belakang tu orang penting jadi agak busy. 😀


Smile.....tak tahu nak tengok yang mana ya sebab saya ambil selfie dari kamera saya. Screen dia boleh dibuka untuk selfie. 


Ni hadiah yang Fanny hadiahkan untuk ulangtahun Dania. Dania pun terkejut dengan hadiahnya....ada bucket hat & buku 'kelinci' yang embroidery ditempah khas (buku ni sangat tebal), magic wallet. Sungguh memang magic. Dah cuba dah, telekung travel ni memang Dania suka sangat sebab kecik dan boleh masuk handbag Dania yang bersaiz kecik, ada lip oil yang dalamnya ada bunga dan tote bag yang Dania kata boleh bawa masa nak Final Exam nanti. 

***Kelinci tu Bahasa Indonesia bermakna Arnab. 


Ini pula hadiah saya....memang Fanny nak saya rajin memasak ni....seasoning untuk ikan salmon, beef, chicken dan mushroom. Ada serbuk truffle dan mushroom juga kecap (kicap) kelapa manis. Board defrost. Alhamdulilah terima kasih sebab memang saya memasak. Minyak telon sakura, minyak angin kayu putih dan minyak cajuput vanilla. Elok betul la kalau minta hubby picit2 kaki ataupun pakai masa nak tidur. Ada keropok kentang udang dan tote bag yang ditempah sekali dengan topi dan buku Dania tu. 


Hadiah dari Suzz dan Carneyz ada lip balm strawberry, brooch Ozel, beg comel mengkuang dengan jajan yang sedap2 ni....Terima kasih.....buat susah-susah je kawan-kawan....


Terima kasih ya Carneyz menghantar saya dan Fanny ke KL Sentral. Dari sini naik ERL ke Putrajaya. Masa tiba....ERL statik je situ tapi bila nak masuk je dah mula berbunyi. Zasss kami masuk cepat-cepat. Tak lama kemudian, ERL pun berjalan. Ehhh selalunya saya seorang tu ERL tu saya kena tunggu juga ya. Kali ni mudah je...ERL yang tunggu saya dan Fanny ya. Kami meet Raka di Putrajaya Sentral sebab Raka ke TRX dan memang ada laluan direct MRT TRX ke Putrajaya Sentral. Maknanya laluannya juga boleh ke UPM. 

Lepas tu saya bawa Fanny & Raka ke Beryl's di Serdang. Ok je sebab apa-apa hal pun dekat je nak ambik Dania kat Fakulti tu. Tak ada pulak gambar di Beryl's. Saya je ambikkan gambar Fanny & Raka kat sana. Saya beli sikit je coklat tapi Fanny & Raka borong Beryl's untuk cenderahati kepada rakan-rakan dan anak-anak. Nasib baik tiba di Beryl's jam 4.30 petang. Kat situ tutup jam 5 petang tapi ada satu bas rombongan tadika tiba sama dengan kami. Jadi cashier Beryl's kata mungkin extend sikit masa sebab ada bas rombongan baru tiba. 

Lepas tu Dania pulak call kata dah habis kelas....Udah la dari Beryl's kami bertiga ke Fakulti Pertanian. Hehe....ambik Dania kat tempat tunggu bas lepas tu Dania dengar ada yang cakap eh cantik la warna kereta tu...😅. Penuh student kat tempat tunggu bas nak tunggu bas UPM dan MRT. Tante Fanny dan Om Raka pun ada sekali dalam kereta. Meriah la kereta saya. 😁 

Kemudian kami ke IOI City Mall. Drop kan Fanny dan suami di entrance berdekatan dengan F.O.S sementara menantikan Fanny bawa gift untuk saya dan Dania. Gift ada kat bilik. Nak bawa sekali tadi berat sebenarnya. Sementara menunggu, Polis Bantuan IOI City Mall pula tiba....memang tak boleh parking sini lama2 tapi saya cakap nak tunggu barang. Boleh kan Najmi? Terus polis bantuan tu angguk. Ummi kata boleh kan? Dania pulak pelik....entah kenapa pulak ummi guna ayat boleh kan?. 😅

Fanny keluar dengan Blogger Mulan. Mulan punya turn nak jumpa Fanny kat lobi hotel. Alhamdulilah boleh tengok Mulan in person ya. Dania la selfie photo guna phone Dania. Ummi punya phone kejap2 IPhone memory full. 😂


Lagi gambar.....tq Dania.....😍. Lepas tu Dania kata nak solat.....jadinya saya masuk ke parking IOI City Mall ni tunggu la Dania solat sebelum balik. 


Kuih tat dari Mulan. Terima kasih. Sedap kuih ni. Satu dah hilang sebab hubby nak rasa....next time kalau turun Putrajaya, boleh la kita berjumpa ya Mulan. Tak best pula tak bagi apa-apa dan saya pula yang dapat something. Terharu pun ya jugak. Terima kasih ya Mulan....

Selepas Mulan.....Mazni dan Uncle Gedek pula menyusul tapi keduanya saya tak sempat berjumpa. Moga lain kali dapat berjumpa ya. 


Alhamdulilah...hari bertemu blogger ni sangat la best. Afif & Mulan la saya baru bertentang mata. Moga di masa depan boleh jumpa ramai blogger lagi. Tak kisah la umur berapa pun...kalau berjumpa pasti riuh tak?....😛




XOXO,
Ezna

 

29 ulasan:

  1. Panjang perjalanan nya.. Sebenarnya macam nak join jumpa Puan Mulan tu sebab saya ada di Cyberjaya dan habis kerja pun dalam 5.30 macam tu. Tapi tak ada rezeki insyallah lain kali buat event besar ramai boleh jumpa :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam sempat je Afif. Kat sini pun dalam 5 lebih jugak. Takpe next time harap2 ramai lagi boleh kita jumpa ya....wahhhh Afif dah jumpa Uncle Gedek la....

      Padam
  2. Alhamdulillah...seronok dapat bertemu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Alhamdulilah. Seronok sangat akak rasa....bila bercerita tu ehhh lancar je padehal baru jumpa je.

      Padam
  3. Alhamdulillah. Rezeki pertemuan dari alam maya ke alam nyata.

    BalasPadam
  4. Seronok...jom la buat gathering blogger KL...SA ok je kalau nak jumpa...weekend boleh..hari bisa boleh tapi kena bagi tau awal..bleh amik cuti

    BalasPadam
  5. Wah..hadiah untuk Dania pun ada!
    Fanny orangnya sangat teliti, bagi hadiah ikut sesuai penerima bukan beli benda yang sama untuk semua orang. Kagum saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebetulan Fanny tahu Dania punya birthday bulan 11 jadi Fanny hadiahkan juga. Fanny ni teliti orangnya. Dia tahu kesukaan orang tu melalui pembacaan.

      Padam
  6. bahagia tengok kemseraan .. di antara manfaat blog.. melebarkan jaringan persahabatan..

    BalasPadam
  7. Wahhhh..Bestnya..Next year nk join jgk lah =)

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah seronok tengok gather di KLCC, lagi seronok tak sangka dapat bertemu mata dengan Ezna. In syaa Allah lain kali kita jumpa lagi. Tart tu beli extra saja bawak, rezeki Ezna.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih buat Mulan juga ya. Saya terus terkedu juga jumpa Mulan sebab ini baru pertama kali tengok live. Dalam blog selalunya memang tak tahu muka sebenar. Alhamdulilah dapat kita bertemu :) Terima kasih untuk kuih tat tu. Sedap.

      Padam
  9. Wah bestnya Kak Ezna.....
    Cantik Fanny...manis...

    BalasPadam
  10. Kita yg baca ni tersenyum² haha ... Mesti seronok kan... Rezeki Ezna dalam satu hari jumpa ramai bloggers 👍🏻

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak nak ditulisnya. Sebelum jumpa, masa jumpa dan selepas jumpa.....

      Padam
  11. Best tu jumpa rakan-rakan blogger... semuanya mesra.
    Semoga ukhuwah terus berkekalan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya semuanya macam kenal lama padehal ada je yang baru jumpa.

      Padam
  12. Wah, best tul nampak..tahniah pertemuan yang sangat bermakna. Blogger ni semua mesra, baik hati. terjalin sebenar2nya persahabatan..alhamdulillah ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila dah berkongsi minat yang sama pasti bila nak berborak ada aje yang menarik untuk dibualkan.

      Padam
  13. Seronok je tengok geng KL gathering sekali. Muka masing2 excited macam dah kenal lama sangat!

    Semoga next time boleh gathering sekali, tapi di jakarta pula 🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul padehal perkenalan dalam blog je kan....selalu jumpa situ je. Tak jumpa in person. Kalau ada kesempatan boleh jumpa Mazni pulak. Jom kita....kata area IOI City Mall tu dekat dah tu.

      Padam
  14. best i baca entry ni ;) hectic betul jadual fanny hehehe ala2 meet n greet dgn artis gitu!! fanny sgt caring dan concern laa bab2 bagi hadiah. pastinya kesayangan teman2 di msia!! moga ikatan persahabatan sentiasa erat sampai bila2..aamiin. terasa betul jakarta melambai2 hahaha i belum pernah jejak kaki kat bumi indonesi la ezz..so memang agak excited sebenarnya if kita dpt realisasi holiday ke sana... even 3h2m pun ok ajer!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terasa macam meet and greet dengan artis jugak ni Suzz sebab kena buat appointment. Hehe. Cerita I panjang sikit sebab dari pagi sampailah ke Beryl's, ambik Dania kat Fakulti dan hantar Fanny balik tapi tak balik lagi sehingga i dapat gift I pulak....Fuhhhh panjang hari I....

      Padam
    2. Jom....I kalau Jakarta I familiar jugak la few places. Boleh mengimbau zaman I sekolah dulu....

      Padam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.