Ni Dania baru masuk kedai Typo nak tukar phone casing. Corak bunga kecik dan background warna brown. Warna pink tu phone casing lama. Buat tukar-tukar la nanti.
Masuk juga Innisfree ni nak cari barang. Dania ada jadi member kat sini jadi kalau bulan birthday dapat la harga diskaun.
Ada promotion barangan New Balance ni. Ni kasut 740. Dania punya kasut 327.
Tumpang ambik gambar dengan duta Sulwhasoo iaitu Yoona. Pelakon Bon Appetit, Your Majesty. Lepas tu yang staff kedai ni kata dia faham....hehe mungkin ramai la tumpang bergambar kat sini.
Ni kami singgah minum air mineral jap kat dalam FamilyMart. Ada jual telur QL dalam ni. QL ni selalu juga datang Fakulti Pertanian kalau ada event. Ada juga taja hadiah terbaik pelajar Sains Haiwan juga.
Ada seorang patung pakcik kat satu kedai kosmetik. Sebijik muka orang ya...cukup sifat. Macam tak boleh bezakan dengan patung. Takut juga...kemudian salah satu jarinya tercabut atau mungkin dicabutkan tak tahulah sebab kata orang kalau patung tu cukup sifatnya nanti patung ni akan bergerak.
Ternampak blind box ni kat luar Lovely Lace. Boleh pilih nak nombor berapa tapi kita tak tahulah dapat apa dalam ni. Kebetulan nak bagi birthday present kawan. Pilih No. 21 dan......hadiahnya.....
Kiranya ni mesin gedegang jugak la tapi bukan keluar air tin/botol tapinya keluar kotak hadiah. Harga asalnya RM100++ tapi sekarang harganya ialah RM39.90. Semua ni harga yang sama cumanya isinya je tak tahu dapat apa.
Pewangi, pot pourri, shower gel dan hand cream. Bukak dulu nak tengok kawan dapat apa....bau dia of course la memang wangi. Bau kalau you lalu tepi kedai Lovely Lace tu.
Lama juga la tak ke MidValley ni. Satu je kalau ke sini....pergi masa mall baru bukak baru la senang dapat parking. Idak....nak kena pusing sampai berapa kali tak tau la....😅
XOXO,
Ezna








menarik juga blind box tu..harga dr rm 100 dpt rm 39.90 not bad...isinya pn menarik
BalasPadamTu lah dah turun harganya tu Amy.
Padamlama tak nampak kedai lovelylace, memang limited kedai tu... bagus nya ada mesin gedegang blindbox tu...harga pun murah dah tu.. memang sesuai buat hadiah
BalasPadamMasih ada lagi berdekatan dengan rumah kedai Lovely Lace ni. Harga dia berbaloi juga la. Bukak je dah bau wangi dah.
PadamSA suka bau yang kalau kita lalu lovely lace tu...pernah tanya tapi staff tu x layan..masa tu org tengah ramai la..nanti la nak pergi lagi nak beli..nak letak dalam bilik...bagi wangi selalu kan
BalasPadamOh kalau bau kat kedai Lovely Lace tu bau dia namanya Teddy's Dream. Pernah tanya staff kedai dulu. Sambil2 dia balut hadiah....kita pun tanya la bau kedai ni bau apa....Nanti SA cari Teddy's Dream ya.
PadamWahhh..Bestnya promo dr mesin blind box tu..Baru pagi td sy brcerita dgn Hata ckp dh lama x pegi mid valley =D
BalasPadamYa kalau berminat cari kedai Lovely Lace. Mesin ni kat luar kedai dia. Nanti kena gi MidValley la....
Padamcomel cover phone Dania yang corak kecil-kecil tu, kak ana kan Midvalley dengan OU dua mall ni paling malas nai pii sebab besar sangat nak cari satu-satu kedai tu.. hehe :)
BalasPadamMemang besar pun Kak Ana. Tapi.....cuba Kak Ana masuk IOI City Mall lagi besarrrrrr.....ni dah mula nak buat Fasa ketiga. Lagi panjang la mall dia.
PadamPH suka betul bau Lovely Lace tu... Kadang masuk sesaja sbb nak hidu bau dia yg sedap tu...
BalasPadamYa PH. Sama la kadang2 saje lalu kedai dia dan masuk dalam. Bau kedai dia tu Teddy's Dream.
Padami suka masuk kedai lovely lace sbb wangi!!
BalasPadamYa....betul lagi satu kalau lalu Lush....pun best.....
PadamEntah2 tu bukan patung... malam2 dia gerak!
BalasPadamSebijik orang UG. Tu pun dah fikir patung tu kalau jeling la seram.....sebijik orang....complete muka manusia.
PadamSuka bau lovely lace tu wangi. Lalu depan pun wangi. Sebiji manusia betul patung tu macam hidup je.
BalasPadamYa seram Cie....sebab sebijik muka orang....tinggi pulak patungnya.
PadamPatung tu memang sebijik mcm orang betullah.. garang pulak tu muka dia haha.
BalasPadamBerbaloi dri harga 100 turun ke 39.90! Isi dalam tu pun agak banyak
Ya muka dia garang. Haha terfikir kot dia jeling kita je.....Harga Blind Box tu berbaloi.....bukak je kotak bau wangi dah.
PadamDulu saat di masih HSBC cabang tempat saya kerja dekat mall, yg ada counter lovely lace ini. Memang kalau dah lewat depan tokonya, aiiiih macam masuk ke spa atau hotel bintang tinggi 😄😄😄. Sukaaaa dengan aneka wanginya
BalasPadamYa Fany. Suka sangat bau dia.....bila masuk kedainya memang tak ada bau busuk.....hanya wangi.....
PadamTak sangka blind box pon ada kt mesin gedegang... Memang trending blind box ni lagi2 anak patung comel
BalasPadamAh ah ada Cuya. Sekarang ni canggih. Mesin gedegang jual telekung ada, bunga hidup ada, makanan panas pun ada....
PadamSuka bau dari Lovely Lace nih Kak Ezna...semerbak wangi...
BalasPadamHappy nice day..enjoy ..
BalasPadamLalu Lovey Lace memang ada bau tersendiri. Kalau tak silap Teddy Dream sebab akak ada beli. Tahan baunya.
BalasPadam