Ahad, November 16

Hadiah & outing kawan-kawan ex Asasi

Dah bersusun je ni pencil case untuk ex roommates masa Asasi. Semuanya 6 orang termasuk Dania. Biliknya memang luas dengan almari baju tinggi dan meja study yang besar. Baik-baik semuanya dan pandai-pandai. Tu lah bila Dania sebilik dengan mereka ni asyik duduk kat meja study. 

Hasilnya, 3 meneruskan pengajian ke Fakulti Pertanian & 3 lagi ke Fakulti Kejuruteraan. Dua orang dapat tajaan YTP (Young Talent Programme) under Mara masa Asasi tapi tak nak pergi nak stay di UPM iaitu Dania dapat tajaan untuk bidang Sains Komputer di MMU, Cyberjaya. Hana Elisha pula dapat tajaan untuk Kejuruteraan kat MMU, Cyberjaya juga. Mereka berdua plan nak stay UPM. 

Dania cerita kawan-kawan sebilik masa baru-baru masuk lepas solat semuanya baca Al-Quran. Lepas tu pagi-pagi kejut Dania sebab mereka ada kelas pagi. Kesemuanya 6 orang ni berlainan kelas. Lepas tu masing-masing Dania perhatikan akan sentiasa duduk di meja study masing-masing. Mana la ummi Dania rasa sejuk hati kalau Dania teruskan juga di UPM sebab kawan-kawan sebilik pun dah jenis yang baik-baik kan?. Pulak tu jenis rajin belajar dan kurang nak berjalan. 2 orang Sabah, 2 orang Sarawak dan 2 pula orang Selangor. 4 muslim dan 2 non muslim tapi baik-baik ajer. 2 yang non muslim pula jenis pergi church / chapel setiap hari Ahad jadi bila jenis mengikut agama masing-masing tu insya allah la orangnya pun yang baik-baik juga. 

Lagi satu yang Dania berat nak terima YTP Mara sebab nampak ayah dia punyalah kerja keras masa Covid. Masa zaman tu kena work from home lepas tu Dania kata macam takde kehidupan je. Ayah Dania memang line Computer Science pun. Paling ummi rasa kelakar sebab Dania kata Dania macam suka ada kucing kat level kolej Dania tu. Adehhh la Dania...sebab kucing boleh tak nak terima tawaran dari Mara tu. 😅

Tanya pendapat Dania sambil saya bawa semua borang-borang siap fotostat ya...kalau on je saya teruskan siapkan apa yang diperlukan. Sambil bawa dinner Dania nasi ayam yang saya masak. Saya bab ni tak akan masuk campur sebab yang nak belajarnya Dania. Boleh bagi pendapat je. Hubby pun sama ikut dia la....dia yang nak belajar. Kalau la Dania setuju, selepas Foundations in Computing di MMU boleh sambung Data Science, Cyber Security, Game Developer atau Software Engineering. 

Hari yang sama tak dapat bagi keputusan, setelah beberapa hari barulah ada keputusannya. Dania nak stay kat UPM. Dan sekarang....sampai dapat masuk la program yang diminatinya walaupun mulanya program Sains Komputer tu salah satu program yang mungkin dipilih. Tapi, disebabkan dah bergelumang dalam dunia pertanian masa asasi lagi...minat tu wujud dan pulak Dania memang akan excited pun kalau berdepan dengan haiwan....Even kalau Dania masih berminat nak masuk bidang Sains Komputer ni memang UPM ada tawarkan juga. 

Begitulah ceritanya dan saya amat berbesar hati la kawan-kawan Asasi Dania ni masuk dalam kehidupan Dania. Memang mereka la selalunya saya belikan macam2 sebab suka dengan mereka 😍. Rasa macam anak-anak saya jugak la. 

Hadiah pencil case ni Dania yang pilih highlighter dengan pencil case tu. Highlighter tu ikut warna pencil case masing-masing. Warna highlighter dan pencil case ni sedondon. 

Dari kiri : Ayuni, Corina, Durrah, Hana & Wafa yang punya barangan tersebut. 


Kawan baik-baik ya Dania...pencil case ni masih tersimpan la selagi tak jumpa mereka ni. Bila dah berjumpa barulah bagi pencil case dia. Ni lepak kat cafe mana pulak tu. Nampak macam air matcha je. Kongsi kek apa tu?. Ada game card atas meja jugak tu. Dania siap bawa Uno dia. Ni pun tak cukup lagi seorang ni. Tak boleh join pulak. 

Dari kiri Wafa, Corina, Ayuni, Hana & Dania. Missing Durrah....
Kalau tengok tema bajunya hitam dan brown la. Tak plan pun tapi macam tersama pula warnanya ya...


Seronok nampak mereka seronok macam ni....

Dania pun dapat ni. Kipas tu Corina beli masa mobiliti di Indonesia, Hana pula beli cenderahati gelang merah masa mobiliti di China dan gelang pink pula masa mobiliti di Indonesia. Kalau ada rezeki Dania pula akan mengikuti mobiliti tahun hadapan. Mobiliti ni maksudnya program di luar negara samada seminar, pertukaran pelajar, summer program etc....






XOXO,
Ezna

25 ulasan:

  1. cantik penselcase utk kwn2 dania..dpt kwn yg baik 1 rezeki

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Amy setuju. Masa belajar ni kena pilih kawan yang betul. Salah langkah sikit bahaya...

      Padam
  2. Lembutnya hati Dania.. asbab sayangkan kucing terus nak sambung kat UPM.
    Bila ada program mobiliti memang kena ambil peluang sertai. Dapatkan pengalaman belajar di negara orang pula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bab ni buat ummi dia tergelak sikit...haaa sebab kucing?

      Padam
  3. Ada dengar orang cakap. Kalau berkawan dengan penjual minyak wangi maka wangi la kita. Macam tu la bila kita berkawan dengan orang baik, pandai, rajin belajar, rajin mengaji kita pun akan terikut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Cie....tu lah....Anak2 pun kena pandai juga pilih kawan-kawan yang membawa kepada kebaikan....

      Padam
  4. cute betul semua pencil case ni! yg paling i suka yg ada tanda love kecik2 tu! best dania dpt kawan2 yg baik2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Comey semuanya. I pun berkenan yang tu jugak. Hehe

      Padam
  5. Baru nak Tanya mobiliti tu apa, dah terjawab :)
    Bagus ada circle yg baik & rajin study ni. Kita pun senang hati tengok anak² kita bergaul dgn kawan² begini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah ah itulah maksud mobiliti....lagi satu kena pantau juga....kalau ok perangai kawan2 lega la kita sebagai ibu bapa....

      Padam
  6. Alhamdulillah..mama Dania senang hati bila dapat circle yang begitu..bagus² semuanya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya sedikit sebanyak anak terpengaruh juga dengan circle dia.....

      Padam
  7. Seronok ikut program mobiliti ni, boleh dapat pengalaman belajar di tempat orang. Apa pun, nampak sedondon ya warna pencil case dengan highlighter

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah dapat kawan yang baik. Risau zaman sekarang ni kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya zaman ni kena pantau juga berkawan dengan siapa...supaya tak silap langkah.

      Padam
  9. Alhamdulillah, rakan yang baik dan serasi satu rezeki juga.. membuatkan kita rasa selesa untuk menjadi diri sendiri

    BalasPadam
  10. Seronok jadi kawan- kawan Dania...mak dia pemurah...hehehehe....berkawan baik- baik ye Dania...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga baik2 la mereka berkawan ni SA. Kalau tak baik jenuh juga sebab kawan Dania kalau itu...itu je lah....

      Padam
  11. Semoga berkawan selamanya Dania n kawan-kawan...
    Ni sama macam adik bongsu saya Kak Ezna...sejuk je hati tengok memasing berkawan..jenis rajin belajar, pandai-pandai belaka pulak tu, yang penting tak bukan-bukan..so tak risau sangat kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita pun tak risau Sue. Dapat yang suka ponteng kelas takut turut terikut jugak. Memang ada contoh pun....bila tengok kawan2 rajin belajar...kita pun terikut....

      Padam
  12. Memang bersyukuuuur sangat kalau teman2 anak kita baik2 seperti itu. Jadi tenang, Krn circle nya tak buat worried. Terkadang pergaulan seseorang itu terpengaruh dari circle. Kalau biasa kumpul dengan yg baik2, akan terikut baik.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.