Selasa, November 18

Amali Dania

Salah satu amali pada semester ini ialah melihat rahim seekor kambing untuk Animal Reproduction. Mereka melakukan amali ini mengikut prosedur yang ditetapkan dengan memakai baju coverall, boots paras betis dan ketika amali dilakukan, memakai sarung tangan juga.

Tidak ada penganiayaan terhadap kambing ya. Ini bagi memastikan in future pakar haiwan ini akan tahu cara melihat kambing bunting di screen. Kena belajar juga bab tu dah nama pun program Sains Haiwan. Kena tahu tahap kesihatan haiwan, kalau haiwan bunting kena buat apa.....


Hasil scan boleh nampak 2 embrio kambing yang berbentuk bulat tu dalam rahim ibu kambing. Baru-baru ni ada seekor anak kambing yang mati secara mengejut dan nanti Dania dan kawan-kawan akan menyiasat kenapa anak kambing ni mati. Interesting juga jika memang minat haiwan. Banyak cabang sebenarnya. Kesihatan haiwan, pemakanan haiwan, genetik haiwan etc....


Hanya yang boleh dilihat sahaja dipaparkan. Selebihnya untuk simpanan sendiri ajer. At least ada gambaran la kan apa yang Dania belajar kan....

Ini pula untuk subjek Pasture Science. Untuk meratakan tanah guna traktor Kubota ni. Para pelajar kena tanam rumput Napier untuk makanan kepada haiwan. Bukan hanya haiwan je mereka belajar tapi juga kena belajar menanam makanan haiwan. Last semester mereka menanam rumput Ruzi. Kali ni Napier pulak. 

Hari tu mereka masuk lab untuk tahu nutrien dalam rumput yang diproses. Itu untuk subjek Basic Animal Nutrition. Dah tahu pasal anatomi haiwan, kena tahu pula pasal macam mana nak menanam makanannya. Lepas tu kena tahu pula nutrien yang terdapat pada makanan haiwan tersebut. 


Moga Dania dan kawan-kawan berjaya melepasi Final Exam untuk Semester 3 ni dengan cemerlang. Boleh tahan tough jugak subjeknya. Cuba yang terbaik ya anak ummi....

Kalau nak tahu info apa yang Animal Science ni belajar boleh tengok youtube type 'Animal Science Student' atau 'Animal Science'. Akan keluar dari Purdue University, Kansas State University, Northwest Missouri State University. Info dari negara luar lagi banyak berbanding negara kita. Tapi....yang paling saya suka youtube bertajuk Discover Animal Science oleh Wageningen University, Netherlands. Memang detail pasal apa yang student boleh expect jika nak belajar dalam program Animal Science. Universiti ini juga yang terbaik No. 1 jika ingin belajar dalam Agriculture atau Forestry dalam QS World University Rankings. 

Bogor Agricultural University, Indonesia No. 49 dan Universiti Putra Malaysia pula No. 56 berkongsi tempat dengan Colorado State University, USA. Di bawah Universiti Putra Malaysia pula ialah The University of Edinburgh, UK. Ini untuk subjek Agriculture & Forestry sahaja. Kalau subjek lain barisan Uni dia lain la pula. 

Jadi jika ingin tengok kat universiti mana yang terbaik untuk kita belajar sesuatu subjek tu boleh search QS World University Rankings By Subjects. Kalau Universiti terbaik dunia tu memang Universiti dimonopoli oleh Mat Salleh la. Uni di US dan di UK.....Salah seorang senior Dania di Sek Men dulu bekas pelajar di Top 10 Uni iaitu di University College London (UCL). Rezeki la kan....kita ni tumpang happy untuk orang lain la. 




XOXO,
Ezna





 

20 ulasan:

  1. kiranya UPM ni top ranking lah utk course yg dania study tu...terbaeklahhhh!!! moga2 dania dpt deans list utk sem ni..aamiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau Agriculture ya kalau study kat UPM sebab niche Uni ni pun bermula dengan Agriculture & Forestry. Aamiin untuk doa you Suzz. I doakan Zharfan juga melepasi deans list this semester walaupun subject masing2 tough juga ni.

      Padam
  2. wah bestnya. Dulu MY sekolah teknik, so takde belajar sains yang macam ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dania pernah dapat tawaran kelas Pertanian kat sekolah teknik. Rasanya ada belajar juga basic pertanian kat sek teknik tu. Dania dapat tawaran Sekolah Teknik di Melaka. Kalau time degree dia detail sikit. Kalau sek men maybe tak sedetail ini.

      Padam
  3. Menarik program Sains Haiwan ni kan. Bagus jugak Ezna share di blog, bolehlah saya tahu serba sedikit apa yang student Sains Haiwan belajar.

    Moga Allah kurniakan kejayaan cemerlang buat Dania dan kawan-kawan dalam Final Exam nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanya sedikit je yang dikongsikan Ujie tapi sekurang-kurangnya untuk pelajar yang berminat nak ambik program ni boleh dapat sedikit gambaran la apa yang akan dipelajari.

      Padam
  4. oh kena tgk rahim kambing..siap ada screen bole tgk hasil scan tu ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam kita check mengandung tu Amy....tapi ada sedikit perbezaan pada mesin untuk kambing ni.

      Padam
  5. Ingatkan belajar pasal haiwan aje, makanan haiwan seperti rumput pun kena belajar tanam jugak ya. All the best, Dania. Semoga Dania berjaya dengan cemerlang dalam kerjaya ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan hanya haiwan tapi yang turut berkaitan dengan haiwan juga. Aamiin untuk doanya ya. Terima kasih :)

      Padam
  6. Bab ternak dan tanam ni wak takde belajar kat mana2. Semuanya daripada pengalaman sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Wak....ada yang belajar melalui pengalaman juga. Anak saya belajar melalui pelajaran. Bila bergabung pengalaman + pelajaran memang bagus juga tu.

      Padam
  7. Bab ternak dan tanam ni wak takde belajar kat mana2. Semuanya daripada pengalaman sendiri.

    BalasPadam
  8. Menarik juga bila investigate penyebab kematian haiwan. Dah macam forensik pula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya...masuk pulak area forensik. Mungkin sebab pemakanan, genetik atau yang lainnya.

      Padam
  9. wow..part ni menarik la..boleh siasat sebab2 kematian haiwan ye...mana tau satu hari nanti Dania jadi doctor haiwan...kan?all the best Dania

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak jadi Dr Haiwan kena tambah lagi 5 tahun SA jadi tengok la macam mana. Faktor umur pun kena ambil kira.

      Padam
  10. Menarik sangat course Dania..macam-macam rupa-rupanya ye...

    BalasPadam
  11. Teringiiiin lihat yg pemeriksaan hewan begini. Autopsi hewan utk menentukan penyebab kematian, itu pun menarik. Tp memang saya sebatas hanya mau tahu garis besarnya saja. Kalo nak tahu detil, memang susah lah, Krn bukan bidang saya kan 😅.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.