Ahad, Oktober 12

Typo Pencil Case

Selalu juga saya tengok website Typo ni sebab kadang-kadang dia ada buat promo yang sangat menarik. Brand Typo ni dari Australia. 

Bila tengok ada promo harga RM15 untuk pencil case ni....terus check out untuk 5 pencil case ni. Niatnya nak bagi kawan sebilik Dania masa asasi. Kawan-kawan ni yang Dania baik kat UPM pun. Ada juga pencil case yang berharga RM20, RM30 dan ke atas. Semua ni saya pilih harga RM15. Biar adil la semua dapat harga yang sama. Harga asal RM30. 

***Gambar semua di bawah Credit : Typo

Warna ungu dengan motif bunga orkid, daun dan strawberry. 


Warna kuning lembut dan corak heart. 


Sweet warna mint dan pink ni. 


Ni memang warna yang sangat feminin la. Pink....


Ini pula corak buah delima dan latar belakang warna pink. 


Ini pula pencil case baru Dania beli kat Typo Genting Highland Premium Outlet. Ada 3 compartment dan ketiganya boleh letak pen dan alat tulis yang lain. Masing-masing dapat yang baru meraikan semester baru 2025/2026. 😊


Nanti buka semester nanti Dania bagi la kat kawan-kawan. Saje la nak bagi gift kat mereka ni. Moga persahabatan mereka berkekalan sampai mereka kerja. Kawan Dania pun ada cakap bagus betul Dania...setiap kali jumpa selalunya mesti ada gift....😅.

Sehari lepas saya buat pembelian online, check balik kat website Typo ni harga pencil case dah naik jadi RM30/pencil case. Ada tertulis kat harga RM15 tu limited time only masa saya beli sehari sebelum. Berbaloi la harga yang saya dapat ni 😀. Item ni pula saya buat pick up di IOI City Mall. 

Siapa lagi yang suka brand Typo?. Dania dia ada membership. Bila beli certain pembelian kemudian akan dapat reward RM15 off. 




XOXO,
Ezna

11 ulasan:

  1. my boys pun suka brand typo ni..kerap jugaklah beli kalau tersinggah kat mana2 outlet cuma tak de sign up membership pun..anyway, cute la pencil case tu esp yg ada love2 kecik tuuuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Taste kita sama Suzz...I pun suka yang ada love kecik2 ni....

      Padam
  2. Yang love kecik2 tu cantik. Simple je. Best kawan2 Dania dapat goft. Mesti happy mereka semua tu.

    BalasPadam
  3. alhamdulillah..rezeki dpt time offer kannn..comei2 semua nya. sure seronok kawan2 Dania dpt nanti tu

    BalasPadam
  4. Kalau Typo ni ada time saya jadi student dulu mau saya terjebak beli jugak ni tau...cantik-cantik barang dia...

    BalasPadam
  5. Cantik comel..my Dania suka Typo ni dan ada banyak gak item yang dia beli sini...

    BalasPadam
  6. Saya suka corak 1 dan 2! Semoga murah rezeki utk umi dan dania sebab selalu bagi hadiah kat kawan2 dania

    BalasPadam
  7. Wafi pun suka items kat Typo.. kadang saya seram nak masuk dengan dia... takut Wafi tak jumpa jalan keluar.
    Murah lah kalau beli kat website tu.. memang berbaloi bila mereka reduce price.

    BalasPadam
  8. Berbagai warna dan bentuk..smart

    BalasPadam
  9. Memang worth it kak. Setengah harga 😍. Tapi kalo saya nak beli barang2 stationery ini buat anak, tak bisa sendiri. Dia harus ikut. Fylly tuh picky sangat 🤣🤣. Drpd saya belikan tp tak terpakai kan. Dulu zaman kuliah, saya pun sukaaa beli Macam2 stationery . Rasa semangat saja kalau peralatan tulis menulis lengkap 😄

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Jumpa Fanny sekejap

Sehari selepas berjumpa dengan Fanny....saya rasa saya perlu jumpa Fanny lagi ni sebab apa....(nanti saya explain) Pagi tu disebabkan Fanny ...