Lepas Dania habis kelas, terus menuju ke pejabat polis bantuan. Nak ambik pelekat kenderaan. Jadi senang la nak parking kat dalam UPM ni. Bayaran yang dikenakan untuk 1 pelekat ialah RM2.
Memang docs dah sedia dah, bila kata boleh apply je haaa hari first dah apply dah. Nak lulus tu makan masa 8 hari jugak la.
Dania dengan pelekat kenderaan untuk kereta oren ni haaa.....kami tiba 12.08 tengahari. Rehat jam 12.15 tengahari. Nasib baik sempat. Idak kena datang pulak lepas rehat.
Tak jauh dari sini ada church juga. Kawan Dania seorang yang beragama Kristian akan ke sini pada hari ahad.
Lepas tu jom la kita makan laksa. Nak masak tak sempat dah ni sebab ambik masa juga nak ambil pelekat tadi. Kelas Dania next pukul 2 petang.
Order cendol pulut 2. Tak manis sangat.
Order laksa pun 2.
Lori KDEB (lori sampah) berhenti di seberang jalan TAPI....bau dia sampai ke sini. Kuat betul bau dia. 😅
Anak ummi pun suka laksa utara juga.
Alhamdulilah....kenyang dah kami dua beranak. Lepas makan ni kami balik la....lepas solat Zohor, hantar Dania pulak ke kelas.
XOXO,
Ezna








Nanti nak cari Cendol la jugak hihi
BalasPadamSila la cari. Hehehe....
PadamKalau church mini mcm ni diorang salu panggil chapel... masih ke chapel yg x jauh dr padang kawad berdepan fakulti sains komp tu kak?
BalasPadamHaaa ya Chapel namanya....terlupa perkataan ni tu yang letak church. Haaa ya betul chapel ni depan Padang Kawad dan tak jauh dari Fakulti Sains Komputer tu. Dekat dengan pejabat polis bantuan.
Padamsedap nya makan laksa dengan cendol tu...
BalasPadamMemang nikmat ni sebab dah beberapa hari laksa ni tak bukak.
PadamAduhai..Tgk ni terus trigt laksa & cendol dekat depan SONY R&D tu sis...=)
BalasPadamOh situ tu ada...yang ni berdekatan dengan Ilim dan IPG Bangi dan opposite HQ Jpam.
PadamBest jugak petang2 makan laksa dengan cendol.
BalasPadamAlhamdulilah. Kebetulan Dania pun teringin cendol kat sini.
PadamCendol + laksa atau cendol + rojak.... memang ngam.
BalasPadamYa tapi sini cendol dan laksa je ada....kalau tambah rojak sedap jugak.
Padamlaksa dan cendol memang perfect combination esp kalau cuaca panas!
BalasPadamBetul you....cuaca time ni memang panas cuma kami makan bawah pokok jadi redup sikit.
Padamkalo ada laksa mesti ada cendol..lg 1 rojak
BalasPadamYa setuju Amy....memang tu kot kombinasi dia.
PadamAduh..SA dh la tgh craving laksa..sedapmplak nampak laksa tu..share tempat pliss...hahaha..jauh nau nakmmakan laksa ye
BalasPadamOh situ tu ada...yang ni berdekatan dengan ILIM Bangi dan IPG Bangi dan opposite HQ Jpam. Dia lori laksa.
PadamCendol kurang manis, itu yang saya nak..kurang kan gula..tepi jalan lancar niaga dia kan ramai singgah, agaknya harga ada beza tak ..
BalasPadamDulu saya butuh waktu lama utk bisa suka laksa Penang. Ntah kenapa awal2 tak bisa cocok, mungkin Krn kuah ikan. JD bagi saya fishy sangat. Tapiiiii diajak teman makan laksa Penang di salah satu mall di gurney. Lupa lah nama kedainya, dan itu sedaaap. Tak amis. Sejak tu ntah kenapa jadi suka. Tp memang liat sellernya lah. Kalo memang pandai buatnya, sedaplah dia 😄❤️
BalasPadam