Saya ingatkan kawan-kawan Dania belum graduasi untuk Diploma. Rupa-rupanya dah graduasi tahun lepas 2024. Dania kata Graduasi Sabtu Ahad kemudian Isnin dah ada balik kat Serdang. Disebabkan mereka selesai di UPM Sarawak maka graduasi di UPM Sarawak. Dania kata tak semua yang terbang ke Bintulu untuk graduasi. Ye lah dah belajar kat UPM Serdang kemudian nak graduasi diploma kat UPM Sarawak pulak jadi mahal juga kos kan. Ada je yang tak pergi.
Saya nak highlight 3 kawan yang baik dengan Dania kat kelas. Mereka terdiri dari pemegang Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan. Itulah laluannya Bacelor Sains Haiwan dan ada juga rakan mereka laluan ke Doktor Perubatan Veterinar. Disebabkan mereka bertiga baik. Bila Dania baik dengan seorang jadi terus dapat baik dengan lagi dua. Baguslah gitu kan. 😊. Mereka bertiga setahun tua dari Dania sebab Diploma ni 3 tahun. Takde panggil kakak pun Dania kata...panggil nama je.
***semua gambar bawah screenshot dari youtube Universiti Putra Malaysia.
Nur Faqihah.
Farah Syameera.
Nurain.
Ini pula rakan sekelas Dania juga nama Ives. Nampak macam kawan baik dia David tak datang Sarawak untuk graduasi.
Ni masa hari pertama Dania tukar course ke Bacelor Sains Haiwan dan duduk sebelah Farah Syameera. Ada taklimat di dewan. Tukang ambik gambar, kawan sekelas masa Bacelor Sains Perniagaantani. Kemudian dia pun terkejut Dania ada sini....😅
XOXO,
Ezna




congrats utk semua kawan2 dania!
BalasPadamThanks Suzz :)
PadamTahniah buat kawan² Dania. Semoga ia menjadi titik tambah kepada kejayaan yg lebih besar di masa akan datang.
BalasPadamtahniah untuk kawan2 Dania...dulu2 nak sambung belajar dekat Sarawak juga, tapi mak tak bagi..tu yang pilih Ganu pula
BalasPadamTahniah semua!
BalasPadamSemoga terus sukses semuanya
Tahniah penerima graduasi
BalasPadamJauh juga nak konvo tu ye. Tahniah dah grad! Boleh sambung degree pulak tu dah habis dip.
BalasPadamAlhamdulillah, dah grad diploma... next degree pulak... rindu tgk jubah maroon ni.. kalau kat rumah sy sorg je gambar dgn jubah maroon ni, adik² 5 org semua jubah biru (uitm)
BalasPadamcongrats to all..
BalasPadamTahniah buat semua kawan2 Dania.
BalasPadamTahniah semua ye...
BalasPadamCongrats untuk teman2 Dania .
BalasPadamSusah juga yaa, kalo hrs convo di Sarawak. Lumayan jauh dan pasti costly 😅