Jumaat, Oktober 3

Lunch berdua X lunch anakanda

Masa ni kami berdua je kat rumah. Lunch kami pula telur dadar. Banyak bahan dalam tu seperti daun sup, daun bawang, lobak merah, cili merah, cili api, cendawan, bawang holland. Saya suka letak bahan lain dalam telur dadar. Janji family saya suka. 


Ikan siakap goreng garing. Kelar ikan sampai ke tulang supaya cepat masak. Ekor tu saya cop dulu. Hehehe. 

Siapa suka part ekor ikan? 


Haa tudia bila dah letak bahan semua tak nampak dah ikan siakap. Hehe. Ni saya buat ikan siakap 3 rasa. Bahannya seperti cendawan, 4 sos (ikan, tomato, cili dan kicap tiram), serai dipotong halus, daun limau purut, nanas, capsicum merah, buah tomato, cili api, cili merah, bawang putih dan bawang holland. Last tabur dengan daun sup dan daun bawang. Buat sendiri bahan dia memang lebih la kan. Kalau kat kedai selalunya badan ikan tu boleh nampak juga sebab bahan dia sikit. 


Ni pula bekal anakanda. Macaroni & Cheese udang dengan daun bayam dan roti pizza macaroni. Kali ni anakanda kena kerja 10 jam jadi inilah bekalnya. Macaroni & Cheese ni Dania makan rehat pertama. Roti pizza tu rehat kedua pulak. Kenyang katanya. Ummi whatsapp tanya dah lunch ke belum....


Walaupun anakanda tak lunch sekali tapi ummi pastikan lunch Dania juga mencukupi. Apatah lagi Mac & Cheese tu memang favourite anakanda ya...alhamdulilah. 

***Dania dah berhenti kerja. Ni citer masa Dania tengah kerja. 




XOXO,
Ezna
 

10 ulasan:

  1. wah menu hidangan.. terbaik ni. dah tak nampak ikan siakap tu, tersorok dalam eksesori hehe

    BalasPadam
  2. Sy kalau ikan mmg suka part ekor =D

    BalasPadam
  3. ibu mithali betul kak ezna ni. Kat mana pun berada fikir makan minum dan keadaan anak

    BalasPadam
  4. telur dadar kt umah biasa kosong je sbb tisya kalo ada ltk mcm2 mmg dia xmakan la..ikan apa2 mmg suka part ekor

    BalasPadam
  5. SA pun suka letak barang lain dalam telur dadar selalin bawang merah dan cili api...SA suka letak cendawan shiitake ke, cendaan shimeji ke..tomato dan paling sedap letang udang yang di cincang atau oyster

    BalasPadam
  6. kalau untuk anak2 telur dadar kosong..ibu ayah punya, macam2 kita letakkan...hihihi...
    lama tak buat siakap 3 ekor nie

    BalasPadam
  7. waduh waduhhhh sedapnyaaaa siakappppp

    BalasPadam
  8. alhamdulillah sedap2 semuanya. telur dadar tu memang all time fav laaaa

    BalasPadam
  9. Telur Dadar Kak Ezna buat meriahnya bahan²..cukup dah tak payah masak sayur lain..
    Siakap tu kalah kedai punya ye..macam² bahan jugak ada..best👍❤️

    BalasPadam
  10. Saya juga lebih suka telur dadar dimasukkan bawang dan cabe. Tapi sekarang ini kak, saya lagi tergila-gila dengan Pajeon 🤣. Jadi kalo masak telur dadar korea nih, saya bubuh udang, atau crab stick atau daun bawang. Sedaap memang.

    Saya pun suka ekor. Tak pernah suka kepala. Sebab bagi saya daging sedikit tulang banyak dan lebih amis.

    Tapi suami sukaa sangat kepala. Sampai dihisap2 oleh dia , 😂. Trus makan matanya. Saya tak laah, geli 🤣

    Cuma pernah ada yg bilang, kalo suka kepala memang karakternya suka memimpin. Yg ekor, lebih suka jadi follower. Betuuuul. Saya memang tak suka memimpin 😂

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Jumpa Fanny sekejap

Sehari selepas berjumpa dengan Fanny....saya rasa saya perlu jumpa Fanny lagi ni sebab apa....(nanti saya explain) Pagi tu disebabkan Fanny ...