Selasa, Oktober 7

Cili Kampung | Alamanda

Rupanya ada tempat makan yang menarik juga untuk dicuba di Alamanda. Namanya Cili Kampung. Memang tak perasan walaupun tempatnya dekat je dengan laluan masuk ke Parkson Tingkat atas. Saya selalu je masuk laluan tu tapi disebabkan Cili Kampung kat hujung sekali memang tak perasan la. 


Motto dia rasa tradisi Malaysia. 


Tempat makannya ada pokok-pokok. Dania kata macam ala ala dalam hutan. 


Setiap tempat ada pokok-pokok. 


Nampak macam rak ni sebelah sana tu meja makan panjang. Nampak ada 1 family makan ramai-ramai sebelah sana. 


Kami pilih meja di sebelah dinding yang menempatkan lukisan. 


Kerusi ni panjang. Kalau duduk dua orang stabil tapi kalau saya duduk seorang dan duduk sebelah kanan je. Mau kerusi ni macam nak jatuh. Hehe....


Cili Kampung dari arah luar. 


Dekorasi dalam Cili Kampung. 


Anak dan ayahnya di sebalik pokok-pokok. 


Kata-kata pada tisu. 


Kami order telur dadar tapi telur dadar ni memang ada satu saiz je. Sebesar ini dengan beberapa biji telur. Telurnya rasa creamy. Saya rasa masuk susu jugak dalam telur ni. 


Nasi diletakkan di dalam mangkuk besar ala kayu ni. Ada pula ulam raja kat situ.
 

Ini pula ayam goreng berempah. Memang dia takde porsi untuk seorang ke dua orang ke...kalau order memang ada 8 ketul ayam. Porsi yang besar juga untuk keluarga kecil kami. 


Ini pula ikan masin. 


Ambil telur sikit, seketul ayam dan nasi 1 senduk sikit. 


Total dalam RM100++ semua. Memang ya lah porsi dia bukan mengikut berapa yang datang tapi memang dah tetap macam tu. Makan untuk kami bertiga je memang kesemua lauk termasuk nasi kami tapau je. Kalau makan ramai2 boleh habis kot lauk-pauknya. 

So far, dekorasi dalamnya memang nampak menarik selain layanan yang sangat baik juga. Harga pula tidaklah murah. 




XOXO,
Ezna

20 ulasan:

  1. skarang dh byk cawangan cili kampung...mmg makan sini kena pi ramai2 sbb portion besar...kami mkn ber5 order 4 lauk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah....baru first time pergi pastu portion banyak. Memang tapau la jawabnya.

      Padam
  2. Tak perasan pula restoran cili kampung ni.. Mungkin sebab selalu masuk wing aeon big ikut basement.. Jarang nak pusing ikut luar.. 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang ya tak perasan pun sepanjang Dania kerja sana. Ni baru perasan.

      Padam
  3. Macam grand betul deco kedainya. Mesti harga menu bukan biasa-biasa ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya harganya mahal sebab portion untuk ramai yang makan.

      Padam
  4. Wahhh..Bleh tahan jgk rege dia =D

    BalasPadam
  5. Portion besar ya, kadang kita tak tau kan. Nampak sedap, boleh la try nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya kalau ramai2 boleh la makan kat sini. Kalau bertiga boleh juga cumanya nanti kena tapau la yang mana tak habis tu.

      Padam
  6. agak T20 juga kan restoran ni, sekali sekala apa salahnya kan Ezna :)

    BalasPadam
  7. Pokok2 tu sbg divider la agaknya, utk lebih privacy kan....
    Comel je ikan masin dihidang begitu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak pokok2 sini PH. Ye juga mungkin sebagai divider agaknya.

      Padam
  8. Patutlah ini spot pilihan untuk orang celebrate apa2... cantik tempatnya

    BalasPadam
  9. Selalu jugak nampak orang makan kat Chili Kampung ni. Portion memang besar. Tak habis la kalau banyak sangat ayam tu. Kalau datang ramai2 berbaloi la kot.

    BalasPadam
  10. best la feelinng2 mkn dlm hutan gitu hhehhe

    BalasPadam
  11. Ada juga niat nak makan kat Cili Kampung ni Kak Ezna, tapi tulah besar sangat potion dia tu kan...kena makan ramai-ramai baru berbaloi...

    BalasPadam
  12. macam pernah nampak cili kampung tapi x ingat kat mana..dia ada banyak cawangan erk?makanan nampak sedap...cuma portion besar ye

    BalasPadam
  13. Ada menu set tak kak? Tertarik juga mencoba. Cantiiiik dekorasi dia. Terlihat luas, tapi tak serabut. Masih ada space untuk jalan. Kalau makan di tempat begini memang lebih baik ramai yaa.. jadi tak bersisa menunya

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Jumpa Fanny sekejap

Sehari selepas berjumpa dengan Fanny....saya rasa saya perlu jumpa Fanny lagi ni sebab apa....(nanti saya explain) Pagi tu disebabkan Fanny ...