Isnin, Oktober 13

Berbelanja di Genting Premium Outlet

Lepas selesai check out, kami menuju ke Genting Premium Outlet (GPO). Check out mudah je. Bagi kunci dan siap. 

Ni ambik gambar dalam kereta je jadi tu yang ada nampak bayang-bayang tu. 


Orang tak berapa ramai. Ok la kan....
 

Suasana tempat makan coklat Godiva. 


Ok dah nampak dah kedainya....


Belikan Dania botol air dan pencil case serta sticky notes. Lazimnya kalau beli kat Typo di Premium Outlet ni harganya murah sikit. 


Lepas tu Dania nak pergi Onitsuka Tiger. Mahal betul harga kasut pun. Warna kasut ni memang sweet la cuma harganya 'tak sweet'. Hehe


Ni lagi satu design Onitsuka Tiger. 


Singgah Puma pulak. 


Charles yang bawa kereta Ferrari F1 yang Dania minat sangat ni. Katanya umur sebaya Jung Kook BTS. Ada T-Shirt Ferrari tapi tak sesuai pakai masa amali sebab warna dia merah F1. Boleh menarik perhatian lembu. 😅. Lecturer ada bagi tahu tentang ini jadi jangan la pakai warna merah kat ladang ya. 


Hubby dapat sehelai seluar kat Puma ni. 


Lepas tu singgah Converse pulak. Ni kasut berbunga ros. Kalau beli kasut pink....tampal je la bunga yang boleh cari kat kedai aksesori pengantin tu. 


Dania sebenarnya nak beli 1 kasut untuk berjalan tapi end up eh eh....


Dania belanja ummi kasut Converse harga RM160++. Alhamdulilah. Dania kata Dania bayarkan. Terus Dania dan hubby suruh pakai terus kasutnya. Menitik juga airmata ummi ni haaa 😭 (terharu sebenarnya). Kena juga dengan warna stokin saya tu peach tu. 


Lepas tu ke Adidas pulak. Nampak design ni. Dania sebenarnya dah tahu dah nak kasut apa cumanya dia compare je semua kasut kat sini. 


Sangat comelnya kasut Adidas baby ni. 


Beg ala bola ni unik. Bulat macam bola bentuknya. 


Cuaca tak sejuk sangat masa ni. Pernah pergi sini dulu dulu siap keluar asap dari mulut lagi. 


Belakang tu tak silap Hotel kami menginap tu. Ada juga minum kat food court dia dan lepas tu solat dulu kat surau sini. 


Tak makan pun kat sini tapi hubby ajak makan di.....lepas ni ya.... 😍




XOXO,
Ezna

12 ulasan:

  1. sweetnya dania belanja umi beli kasut! barakallah fiiha. moga murah rezeki dania sbb buat uminya happy! cute kasut u tu ezz. fits u nicely! i pun mcm teringin nak beli kasut baru ahhaah esp utk pakai gilir2 gi keje...tgk nanti kalau terjumpa kasut baru time ronda2 mall, boleh lah usha2 dan beli!

    BalasPadam
  2. Aunty SA pun suka kasut Onitsuka Tiger kaler hijau tu..cantik sangat tapi harga dia x berapa nak cantik la...alhamdulillah Ummi dapat kasut converse dari Dania...semoga Dania murah rezeki nanti...dah kerja nanti pun buat yang sama ye...

    BalasPadam
  3. cantik warna onitsuka tiger tu...sedap dan selesa pakai, beli beli hehehhehe (aunty racun)

    BalasPadam
  4. sronok ummi dpt kasut baru dr dania tu...kasut Onitsuka Tiger color green ada skit pink tu sweet

    BalasPadam
  5. Saya ingat barang2 yg ada kat genting ni semua jadi mahal, rupanya typo kst sana lagi murah ya 😄

    Sweetnya dania belanja umie. Cantik kasut warna pink!

    BalasPadam
  6. alamakkkk... siapa yang tak suka Onitsuka Tiger tu... kalau boleh nak beli juga huhu..
    terharu ya ummi dapat kasut.. semoga rezeki Dania terus barkah dan melimpah ruah asbab memuliakan ummi.

    BalasPadam
  7. sweetnya Dania...kalau linda pun mesti menitis air mata ...terharu...Alhamdulillah...

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah moga sentiasa murah rezeki Dania, belikan ummi kasut.

    BalasPadam
  9. Adui..menariknya tempat ni..saya suka..Subahanallah..

    BalasPadam
  10. Alhamdulilah...cute sangat kasut baru Kak Ezna tu..baru nak tanya beli kat mana, sekali baca entry ni (saya baca entri yang baru ke lama), baru tau wahh hadiah dari Dania rupa-rupanya...sweetnya

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah rezeki anak belanja kasut Converse utk sis 😍

    BalasPadam
  12. Suami saya dah bilang, nanti di KL dia nak ke premium outlet yg Mitsui itu kak. Doa nak belanja sepatu dan t-shirt dr brand fav dia 😄. Saya sendiri tak suka belanja di premium outlet , sebab memang dah punya brand fav sendiri, dan kebanyakan tak ada dijual di outlet begini. Tapi suami memang lah penyuka brand2 yg ada di setiap premium outlet.

    Makanya tiap ke destinasi yg ada tempat begini, pasti dia belanja. Pdhl sepatunya banyak sangat di rumah. 🥴. Penuh rak sepatu dengan sepatu dia only

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Jumpa Fanny sekejap

Sehari selepas berjumpa dengan Fanny....saya rasa saya perlu jumpa Fanny lagi ni sebab apa....(nanti saya explain) Pagi tu disebabkan Fanny ...