Sabtu, Ogos 9

Terhendap-hendap kat mana tu?

Bila kena hantar Dania kerja hari jumaat petang, memang keluar awal sikit la. Lepas tu nak thumb print tu lagi 50 minit, memang awal tibanya....saya kena tempuh 18 traffic light sebelum ke sini. Ikutkan dekat tapi bila ada 18 traffic light tu kena ambik masa sikit la. 

Terus ke food court Alamanda. Dah ada Tea Time Treats pula kat sini. Saya order la cucur bilis dan teh o suam. Dania pulak tak nak minum. 


Share la kami 2 beranak cucur bilis ni dengan cicah sos untuk minum petang. Dania dah siap2 early dinner yang saya masak.  Kali ni saya masak nasi lemak dengan sambal sotong. Ada telur rebus, ikan bilis goreng dengan daun salad. Timun tak ada sebab Dania tak makan timun.


Stokin Dania bila pakai kasut hitam ni. Hehe...bila duduk nampaklah bear tu. Kalau berdiri tak nampak. Ummi dah siap beli stokin plain dah 3 helai, stokin ni juga jadi pilihan....hmmmm....


Lepas tu lagi 15 minit nak masuk kerja, Dania pun pergi la nak thumb print. 


Ummi pun apa lagi, tak lama lepas Dania masuk kerja.....pergilah kejap kat Parkson ni. 


Lalu bahagian baju lelaki. Sekali lagi jumpa budak ni. Nama dia macam nama seorang raja di sebuah negeri di Malaysia. Sebelum ni saya pernah tanya kat dia mana office HR?, ok ke kerja sini?, Dah berapa lama dia bekerja?. Beliau seorang pelajar lepasan Matrikulasi. Kerja part time kat sini dengan kawan satu Matrikulasi juga. Tengah menunggu keputusan UPU untuk masuk Universiti. Top 3 Uni yang dipilih ialah UKM, UPM dan UUM nak ambik Perakaunan. UPM dan UUM tu merit dia memang perfect iaitu 100%. Memang kalau merit macam tu kena CGPA 4.00 rata. Itulah hakikatnya untuk yang nak apply course ini. Saya dok menanya sambil menunggu Dania habis interview kat Parkson. Lama betul interview dia 1 jam lebih 😅. 

Moga berjaya hendaknya adik ni. Aunty doakan ya....sporting adik ni posing sebab saya cakap nak tunjuk kat anak gambar adik. So that tahulah anak yang adik ni yang ummi dia dok berborak. Hari first interview ummi dia dah kenal. Kiranya ni kali kedua la. Sporting berborak dengan saya. 😊


Berjalan lagi dalam Alamanda ni kat bahagian baju wanita. Ada baju yang Dania berkenan kat sini.  


Sebelum balik, kita skodeng anak buat apa. Senyap2 di sebalik barangan lelaki ni haa....masa ni Dania tengah betulkan kasut kat rak. Rajin ya?. 😊. Dania tak perasan pun tapi tak tau la kot orang lain perasan kenapa ada orang terhendap-hendap ni? 😆


Tujuan saya nak lepak sekejap kat Alamanda ni sebab petang Jumaat kat jalan tu sangatlah sesak. Jadi lepak sini dulu tunggu reda. 

Tiba rumah dalam jam 7 malam. Ok la hubby pun tak balik lagi. Tak lama lepas tu baru hubby sampai. 




XOXO,
Ezna

 

22 ulasan:

  1. Selamat bekerja Dania. Typical mak2 skodeng anak. Hihi

    BalasPadam
  2. Kasut swiss polo ni sedap pakai, kawan sy ada beli. Sy rasa Ezna pun kena apply la kerja situ, tak yah terhendap² lagi, hahahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya ke?....sebenarnya brand Swiss Polo ni kalau kat sini pembelinya kebanyakkan mereka yang matang. Hehe.....tak apalah ya...kerja mengendap pun syok jugak. Hehehe.

      Padam
  3. Banyak traffic light area Putrajaya ni kan. Kalau tidak kejap je dah sampai. Random betul kak Ezna interview budak tu. hihi..Alhamdulillah Dania kerja dengan baik. Sempat lagi tu menghendap sebelum balik. hihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak nau t. light nya. Kena plan betul2. Idak terlambatlah ke tempat kerja. Adehhh umminya pun selalu sebenarnya buat kerja ni :)

      Padam
  4. Kakaaaaaak, memang lah supel sangat yaaaa 😄😄👍. Sampai bisa ambil foto adek tuh pula hahahahahha. Saluuut lah, kakak mudah nak bergaul. Saya butuh kenal dulu baru bisa macam itu 😅.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni first time kakak mendengar perkataan supel. Kakak mencari di google ohhh ternyata maksudnya pandai bergaul. Sebenarnya kakak ni suka tanya itu ini. Kebetulan adik ni pun bukan macam Dania pendiam....dia jawab juga...kemudian tanya kakak pula....hehe.

      Padam
  5. Skodeng anak ni memang kewajipan ibu bapa.. hehehee

    BalasPadam
  6. Comellah stoking tu...ada bear.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Kak Amie...nasib baik bila berdiri tak nampak bear tu.

      Padam
  7. Ada shift ke kerjanya Ezna? Sy ingat retail ni masuk keja pukul 10 waktu mall buka tu sampai tutup pukul 10 mlm gitu la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada syif juga PH. Ikut masa yang pekerja fulltime tu susun. Basically kat tempat Dania ni 1 minggu tu ada 1 hari cuti. 4 hari kena kerja 4 jam dan 2 hari lagi kena kerja 8 jam. Mengikut Akta Kerja 1955, pekerja kena kerja tak lebih 45 jam seminggu. Kalau separuh masa kerja kurang daripada itu. Kiranya tempat kerja ni tenang sikit Part Time dia berbanding sebelum ni yang memanjang 8 jam setiap hari.

      Padam
    2. ***Tambahan...kerja Dania dulu ada yang kena kerja 10pagi - 10malam juga. Tapi...ini selalunya sekali atau dua kali je dalam seminggu. Tu yang Dania kata Part Time sekarang lebih tenang berbanding dulu.

      Padam
  8. hehe.. comel je stokin bear tu.. ala takpe.. seluar dah tutup, xdela nampak sangat.. ^^

    BalasPadam
  9. ingt melaka je byk traffic light rupanya ezna pn byk kena tempuh traffic light tu ye nk ke alamanda...lama tk singgah alamanda

    BalasPadam
  10. kiranya u jd mamarazi lah ni ezz heheeh

    BalasPadam
  11. Terasa nak ke Alamanda baru ni, tapi malas pakai elok, sudahnya ke rumah kawan di Desa P Putra

    BalasPadam
  12. Ooo Dania kerja ada shift...nanti aunty SA nak skodeng la Dania kat Alamanda..hehehe...

    BalasPadam
  13. kihkih.. skodeng anak sendiri.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.