Bila nak pick up hasil tangkapan adik saya dari Sabah dan Langkawi....kebetulan Ema kena outstation kat kedua tempat ni. Ni Eerfan....ehhh kenapa Aunty Ena tengok dah makin tinggi?. Eerfan ni adik Sofiah dan manja betul dengan kakaknya Sofiah tu. Dulu....bila kakak dia kat asrama....Eerfan mengendeng kat Kak Dania pulak. Dania pun pandai je ambik hati adik-adik sepupu ni.
Ikan bilis 2 packed tu 1kg setiap satu. Ikan bilis dari Sabah. Ada tambahan Amplang iaitu keropok ikan yang popular di Sabah. Coklat pula sinonim dengan Langkawi la.
Ada yang saya kirim dan ada yang adik saya belikan je....Terima kasih adik....moga murah rezekinya. Macam tu la adik-beradik ya....kejap kita memberi, kejap kita dapat....beri lagi, dapat lagi....begitulah seterusnya.
XOXO,
Ezna
pintu tu macam pintu cerita korea eh...pakai kombinasi nombor tu? berangan nak pakai kunci pintu rumah macam tu...hihih
BalasPadamYa pintu pakai nombor. Bila betul je kombinasi tu dia berbunyi. Kawasan sini kejiranan tak ada pagar cuma luar je sekeliling berpagar. Boleh je.....kena dengan budget nanti Linda buat.
Padamfavourite sis amplang tu.. kalau g langkawi, tak sah kalau tak beli coklat.. ^^
BalasPadamSuka juga amplang tu. Kadang tawar je dia tak ada rasa masin pun. Langkawi ni memang syurga coklat.
PadamAmplang tu, suka sangat.
BalasPadamSuka juga Mulan...
PadamWah syok!
BalasPadamRezeki sesekali....
PadamSemalam pun dpt amplang...sedappp, wat kudap kudap
BalasPadamYa MA....tau tau dah habis. Hehe
PadamAlhamdulillah rezeki...Sy pun masih ade lg sikit stock ikan bilis dr sabah...Buat goreng saje & sambal ikan bilis..Oh ya..Sambal belacan ikan bilis pun sy dh buat =)
BalasPadamOh ikan bilis dari blogger Amie ya?. Memang adik ni asal ke Sabah dia akan beli ikan bilis. Oh ya sambal belacan ikan bilis?. Nak kena cari resipi dulu la. Tak pernah buat.
Padamalhamdulillah, berkasih sayang antara adik beradik
BalasPadamAlhamdulilah.....
Padam